Sumber / Sumber Foto :  Instagram Aishah

Aishah dimarahi cerita pengalaman ‘isteri yang beli beras’, luahan penyanyi Aishah baru-baru ini sempena ulang tahun kelahirannya mendapat reaksi yang kurang enak malah dia juga akui menerima banyak mesej peribadi (DM) di Instagram.

Seperti mana yang dikongsi sebelum ini menerusi akaun rasmi Instagramnya, Aishah begitu gembira menerima seutas gelang daripada anak-anak, Armand Azhari dan Azhad Ahlami.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Janji Manismu’ itu mencurahkan isi hatinya tentang perkahwinannya sebelum ini. Luahan Aishah yang menyambut ulang tahun kelahirannya pada 3 Januari lalu juga telah menyentuh hati para pengikutnya di Instagram.

Terang Aishah dia bukan saja dia tidak pernah dimanjakan dengan bingkisan hadiah semasa bergelar isteri. Bahkan dia memikul tanggungjawab yang lebih besar.

Aishah Dimarahi Cerita Pengalaman ‘Isteri Yang Beli Beras’,“Realiti Ramai Wanita Lain Juga”

“Saya tidak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah..

“Seumur hidup sayalah isteri yang membeli beras.

“ALLAH bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present from Armand.

IKLAN

“Buat mata mum dia masuk habuk,” titipnya.

Aishah Dimarahi Cerita Pengalaman ‘Isteri Yang Beli Beras’,“Realiti Ramai Wanita Lain Juga”Aishah Dimarahi Cerita Pengalaman ‘Isteri Yang Beli Beras’

Dek kerana perkongsian tersebut, terbaru Aishah menyatakan dia dimarahi. Malah dia juga tidak menyangka pengalaman realiti yang dilalui dalam rumah tangga sebelum ini membuatkan ramai yang tidak berpuas hati.

“Hadoiii marah betul setengah orang bila saya menceritakan pengalaman saya sebagai ‘isteri yang beli beras.

“Relax, saya sebut itu kerana itu betul-betul terjadi, dan bagi saya ia tak aib apa pun.

Realiti Pengalaman

“Itu realiti pengalaman saya dan saya percaya ianya realiti ramai juga kaum wanita lain.

IKLAN

“Hari saya terima hadiah dari anak-anak saya, Saya sangat teruja, bukan saja kerana pemberian itu tetapi yg paling utama Allah SWT.

“Tarbiah saya direct. Kenapa? Kerana Allah SWT.

“Mengajar saya yang bila kita buat baik, dan lebih dari tanggungjawab kita, Allah .akan balas dengan berbagai cara dan melalui orang lain.

Anggap Amal Jariah

“So chill, tak payah nak nak bertubi-bertubi DM saya nak maki hamun saya. Saya tulis dlm IG saya, saya tak cari wartawan untuk bercerita hal itu pun.

IKLAN

“Kalau tak suka tak payah follow atau skip je cerita saya ok. Tak pernah menyesal pun dengan pengalaman itu, dianggap sebagai amal jariah dan sedekah,” kongsi Aishah.

Menarik Lagi : ‘Unboxing By Husband’ Selalu Istilah Ni Orang Guna Bila Beli Barang

Ingin Berkahwin Dengan Teman Wanita, Seorang Bapa Tergamak Campak Anak Dari Tingkat 15

Mingguan Wanita: Semoga para wanita yang lalui pengalaman yang sama tabah dan semoga Allah SWT balas kebaikan buat anda semua.

Sumber / Sumber Foto :  Instagram Aishah

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI