Datin Sri Mastura Yusoff Amalkan Jamu, Rahsia Awet Muda

Ternyata wanita yang berasal dari Terengganu ini sememangnya cukup menjaga penampilannya. Personalitinya kelihatan menarik dengan penampilan diri yang cukup bergaya tidak menggambarkan usianya sudah mencecah 40 tahun.

Datin Sri Mastura cukup menjaga kecantikan dalaman dan luaran mengakui sejak zaman remaja beliau sudah mula menjaga kecantikan. Malah beliau juga punya rahsia awet muda.

“Walaupun saya nampak moden, tetapi saya masih mengamalkan pengambilan jamu tradisional untuk mengekalkan kesihatan tubuh. Saya banyak mengamalkan makan makanan dari bahan-bahan semulajadi seperti mengamalkan minuman air akar kayu dan jamu yang diadun sendiri oleh ibu saya untuk mengekalkan kecantikan secara luaran dan dalaman. Dari situ, saya mula terfikir ingin komersialkan petua-petua serta amalan orang-orang tua dahulu yang terbukti berkesan kerana saya sendiri mengamalkannya.

“Malah, rakan-rakan sering bertanya tentang rahsia bagaimana saya mengekalkan kecantikan pada usia bakal mencecah 40-an dan jawapan saya amat mudah. Saya gembira kerana amalan pengambilan jamu tradisional serta minuman akar kayu banyak membantu saya mendapatkan kesihatan fizikal dan dalaman yang baik. Sekaligus, ia mencetuskan idea buat saya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan berasaskan kecantikan selepas mendapat galakan serta sokongan dari suami.

IKLAN

“Jamu tradisional merupakan resipi turun temurun dari ibu saya, bahan-bahan ramuan jamu ini diperbuat dari remuan asli seperti akar kayu. Malah ibu saya sudah mengamalkan meminum jamu ini sejak dia berusia 16 tahun dan saya sendiri minum sejak remaja,” ujar Datin Sri Mastura yang sedang merancang untuk membuka salun kecantikan.

Datin Sri Mastura Yusoff Amalkan Jamu, Rahsia Awet Muda

IKLAN

Kekalkan Stamina Dengan Bersenam
Bagi mengekalkan stamina agar kelihatan berstamina, Datin Sri Mastura memberitahu dia dan suami biasanya akan melakukan senaman di gymnasium.

IKLAN

“Dalam seminggu saya dan Dato’ akan bersenam tiga kali seminggu di gym. Paling kurangpun sekali seminggu. Senaman sangat penting untuk mendapat tubuh yang sihat dan cergas. Paling penting mendapat tidur yang berkualiti. Jika semua ini dapat dicapai pasti kita dapat menjalani hari-hari dengan gembira.

“Saya juga mengambil makanan yang seimbang dan mengambil makanan tambahan untuk keperluan seharian. Pada pandangan saya pengambilan makanan adalah sangat penting.

“Ramai juga yang bertanya macamana saya kekalkan bentuk badan yang cantik terutamanya selepas bersalin, semasa dalam pantang saya tak makan nasi langsung. Saya cuma ambil makanan yang berkhasiat seperti sup, ikan haruan, biskut untuk menjana susu badan. Malah saya juga seorang yang sangat kuat mengamalkan pantang tradisional seperti bertungku,” jelas beliau.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI