Datang rumah orang. Setiap orang ada cara kehidupan sendiri. Belum lagi keadaan rumah seseorang, kita tak tahu cara mereka. Ada yang terlalu pembersih pun tak boleh juga, pantang pegang terus dilapnya.
Itu satu hal, ada juga turan rumah yang tidak sempat nak uruskan rumah, bukan tak nak kemas tapi baru 5 minit kemas, anak dah sepahkan. Faham-faham sendirilah bila ada anak kecil ini.
Begitu juga dengan kita, mungkin pandangan kita sendiri rumah dah cukup bersih dan kemas tapi kalau orang lain tengok, kita tak tahu dalam hati. Sebab itu, bila datang rumah orang, jaga aib tuan rumah ye.
Dalam perkongsian oleh Suriana Megat Zabidi menasihati agar kita yang datang rumah orang supaya tidak cepat menilai keadaan rumah orang. Carilah yang manis dan baiknya.
Ads
Suatu hari, kami terpaksa menumpang solat di rumah adik, kerana waktu solat dah nak habis. Kiranya seperti kunjungan mengejutlah ni. Kami beritahu 15 minit sebelum sampai.
Sampai sahaja kami di rumahnya, adik ipar perempuan kelam kabut kemas bilik, kain baju yang belum berlipat di tolak naik atas katil sambil berkali kali mohon maaf rumah tak berkemas.
Kami memandang dengan mata lebah, mencari yang baik dan manis. Rumahnya bagi kami tetap cantik dan kemas. Tidak pula kami perhatikan celah langsir ada rambut atau tidak, bilik air bersental atau tidak. Kami tak cari yang busuk dan buruk.
Jatuh belas kasihan padanya mengenang dia membantu adik saya mencari rezeki dan di masa yang sama mengurus anak-anak yang masih kecil. Terlompat lompat mengurus banyak benda, tidak merungut, hadap sahaja. Saya doakan rumahtangga mereka aman bahagia dan dirahmati Allah.
Ads
Jangan Cari Pasal
Begitulah kita menjadi manusia. Jangan hati perut tu suka mencari pasal dan salah orang. Yang mana kita boleh permudah, permudahkan. Kita tak berkenan cara orang sana sini, kita berkata buruk tentang mereka, seolah olah kita ini sempurna. Walhal aib kita Allah yang selindungkan.
Sebab itu saya tak menjemput sesetengah orang ke rumah saya. Saya tidak cukup kuat untuk melayan langau dan lalat, yang mencari rambut di celah langsir,
kemudian dihebah sana sini. Tetapi jika lebah yang ingin berkunjung, saya begitu mengalukan.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan benci orang. Jalan terus dengan gembira cara kita.
Ads
Mingguan Wanita : Betul sangat. Tak perlulh nak cakap itu ini. Kehadiran kita dirai pun sudah cukup bersyukur. Sebab tetamu datang itu adalah pembawa rezeki.
Setiap kali hari raya, anak-anak yang paling seronok dan tak sabar nak beraya. Mereka membayangkan hari raya dapat pakai baju baru, kumpul duit raya dan jalan-jalan.
Itulah yang mereka fikirkan, sedangkan dalam fikiran mak ayah pula berbeza terutamanya keluarga yang struggle dalam kehidupan sehari-hari.
Kalau ikutkan hati mak ayah, beraya nanti pakailah baju yang mana ada, masih elok dan muat. Sebabnya nak jimat dan tak nak membazir. Namun, tak sampai hati pula untuk melihat anak dengan pakaian biasa saja.
Tidak semua mak ayah yang jalani kehidupan senang lenang. Ada antara kita yang struggle dalam mencari rezeki setiap hari. Hari raya hanya disambut ala kadar saja.
Walau bagaimana pun, bila melihat wajah anak-anak, tak sampai hati melihat mereka beraya tanpa baju baru. Bukan nak beli baju mahal tapi cukuplah dapat menggembirakan mereka.
Perkongsian daripada Aimi Nawi ini antara pengalamannya sebelum ini. Tahun paling struggle untuk dilalui dengan pasangan dan anak-anak. Takdir Allah, rezeki untuk anak pasti ada.
Semalam baca discussion orang pasal baju raya tahun ni. Ramai yang recycle tahun lepas je.
Nak jimat. Baju raya pun tak murah mana.
Gambar raya 2018. Tahun paling struggle untuk kami. Masa tu ambil keputusan tak beli baju raya dah. Pakai apa ada je.
Tapi lagi few days nak raya, tengok muka anak-anak rasa tak sampai hati. Rasa macam, We’ve been through a lot, biarlah walaupun cuma sekejap,
Di pagi raya tu,I just want all of us to be happy, Dan lupakan kejap all the hardship. Ajak encik suami cari baju anak-anak. In mind beli untuk anak-anak je pun dah cukup. Bajet RM50 seorang. Tak boleh lebih. Walaupun bunyi macam mustahil, Tapi dengan izin Allah, Ada jugak baju raya mereka. Baju the girls RM39 sepasang, kurta Angah RM49.
Malam sebelum balik kampung, tengah kemas baju, Aimi terpegang satu dress tergantung jauh dalam almari.
Rupanya,dress pernah beli untuk 1 event, tapi tak pernah pakai. Siap ada price tag lagi.
Nasib baik muat dengan mak buyong masa tu. So technically, Baju baru la kan
Malam tu jugak, Aimi pujuk encik suami, Abang pergi Tesco beli 1 kurta untuk raya.
Di pagi raya tu, Kami bergembira sebagai satu keluarga. Kami bertahan sebagai satu keluarga. It did took a lot of effort to do so.
From all of us. And of course dengan izin Allah. Dalam Quran, Allah kata, Ingatlah padaKu, Dan Aku akan ingat kepada kamu.
Kadang, Allah nak bagi kita pahala yang besar, Nak bagi pahala yang banyak. Allah tak bagi kita nikmat. Allah bagi kita ujian.
Dan asbab sabar menghadapi musibah, Allah bagi kita pahala besar
Ustaz kata, Pahala bersabar atas musibah, Lebih besar dari pahala bangun malam.
Ramai orang tengah struggle sekarang. Ramai kawan-kawan bisnes tengah struggle.
Sabar lah. Allah sentiasa ada dengan kita.
Mingguan Wanita : Setiap kita diuji Allah dengna cara berbeza. Sabar dan tabah hadapi sebab DIA nak beri yang lebih baik lagi.
Isteri masih setia bersama suami. Rata-rata isteri pertahankan rumahtangga demi memikirkan anak. Dia rela terima pahitnya tapi jangan sesekali anak kehilangan kasih sayang seorang ayah. Namun, sampai bila nak bertahan. Tiba masanya akan ‘meletup’ juga.
Kadang-kadang, tak faham apa yang suami mahukan, dapat isteri yang sempurna, sanggup susah senang bersama. Tapi bila suami ada segalanya, mulalah bermain kayu tiga dan lupakan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak.
Mahu teruskan. Masih setia bersama suami atau tinggalkan jenis suami macam ini? Ini jawapan daripada perkongsian Syafiq Ridhwan.
Pagi tadi sewaktu perjalanan pergi ke tempat kerja, saya terdengar luahan hati seorang pemanggil di sebuah radiao. Tajuk yang dikupas pagi ini adalah mengenai “Stay or Chow” yang dikupas bersama dengan Puan Fynn Jamal.
Pemanggil merupakan seorang isteri yang sedang mengandung dan mempunyai 2 orang anak. Bila saya dengar suara dia meluahkan segala rasa terbuku di dada, rasa kasihan ada, rasa sebak pun ada.
Tahu apa yang diluahkan?
Beliau meluahkan bahawa suami beliau ini seolah-olah mempunyai orang ketiga. Walaupun perkara ini tak nampak jelas di depan mata, tapi beliau mengetahuinya apabila mendapati si suami telah memuat turun apps pihak ketiga untuk mencari jodoh. Firasat hati seorang isteri itu rasa semacam. Seolah ada sesuatu yang tidak kena.
Persoalan yang dilontarkan, adakah beliau perlu stay atau chow?
Namun mengenangkan diri yang sedang mengandung serta memikirkan kedua orang anak yang sedang membesar, fikirannya menjadi buntu dan tidak tenteram.
Saya tak ingat kesemuanya tapi saya suka mendengar kata jawab yang diberikan oleh Puan Fynn Jamal. Ia lebih kurang beginilah.
Pertamanya, puan tersebut perlu kuat kerana beliau sedang mengandung. Anak ini ia dapat rasa juga semua perasaan yang dialami oleh ibunya. Justeru, si isteri perlu terus kuat.
Kedua, jangan pernah jatuh ke dalam lubang yang sama untuk kedua kali. Kalaulah perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan sudah ditegur, tapi berlaku lagi. Beritahu diri untuk pergi. Andai boleh memaafkan, silakan. Tapi ia tak akan pernah mudah untuk sesetengah daripada kita.
Saya kira ia sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan kesedihan dan kerisauan yang dialami oleh si isteri tadi.
Saya tiada kata-kata buat si isteri. Tapi kalau si suami baca apalah yang saya tulis ini, anggaplah ia satu nasihat dari seorang adik kepada seorang abang. Atau mungkin kalau sebaya, nasihat dari seorang kawan kepada sahabatnya.
Isteri kita ini, kalau dia masih ada dengan kita sehingga hari ini, sentiasalah menitipkan rasa kesyukuran kepada Tuhan. Berusahalah untuk menghargai segala jasa dan pengorbanan dia selama ini.
Kalau dulu kita susah dan sekarang dah senang, lihatlah semula perjalanan kesusahan yang kalian alami dan lalui sama-sama satu tika dulu. Ia tak akan pernah sama dengan orang lain. Sewaktu kita melewati kesusahan itu, dia kekal setia di sisi menemani. Tak pernah terdetik pun untuk dia meninggalkan.
Kalau kalian memang dah senang sejak dari awal perkahwinan. Duit, harta bukanlah satu masalah. Tetaplah juga mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana si isteri masih kekal setia sehingga hari ini. Dia boleh saja merungut untuk mengatakan dia kekurangan masa bersama kalian dek kerana kesibukan kerja/berniaga atau apa jua alasan sekalipun.
Kerana ujian untuk pasangan miskin dan pasangan kaya itu tetap ada meskipun berbeza. Ia akan datang dalam pelbagai bentuk. Kalau ujian itu hanya ada untuk pasangan yang tidak berduit dan berharta, kenapa mereka yang kaya juga melalui masalah yang sama kan?
Isteri ini, satu hari dia tetap akan tua. Kalau kita hanya melihat dari kaca mata yang kasar, kecantikan dan keayuan yang dimiliki pada akhirnya akan pudar. Kalau itu semata yang kita lihat, percayalah satu hari kelak kita sebagai suami akan bosan. Dan atas alasan itu, mulalah kita cuba mencari kecantikan yang lain untuk memenuhi semula pandangan kita.
Namun sentiasalah belajar untuk melihat kesemua ini dari mata hati. Cuba belajar dari hari ke hari. Wajah yang dulunya cantik, muda berseri inilah yang meletakkan dirinya bersama-sama kalian untuk bersusah senang bersama sehingga hari ini.
Benar, ia tak akan pernah sama secara luaran. Namun, bukan itu yang dicari semata atas dunia ini. Ia lebih dari sekadar paras rupa, harta dan wang ringgit semata.
Jangan pernah curang. Jangan pernah menidakkan kesetiaan. Jangan pernah menghina orang yang pernah mengetepikan kemahuan diri berkali-kali hanya untuk memberi kita sebagai suami ruang untuk bahagia. Jangan pernah sekali-kali.
Kerana isteri ini adalah amanah. Dan selepas itu datangnya anak-anak juga adalah amanah. Amanah ini apa? Amanah bermaksud menyampaikan hak kepada pemiliknya, atau tidak mengambil sesuatu melebihi haknya, dan tidak mengurangi hak orang lain.
Isteri itu ada hak dia. Anak-anak juga ada hak dia. Kesemua ini adalah datang dari Tuhan dan tanggungjawab kita sebagai seorang suami untuk menggalasnya dengan sebaik mungkin.
Begitulah.
Akhir kata, saya doakan semoga pemanggil tadi dapat menemui jalan penyelesaian yang lebih baik untuk beliau dan suami. Semoga suami juga dapat berubah menjadi orang yang lebih baik dan bertanggungjawab.
Dan semoga kita semua tidak kira yang sudah berkahwin mahupun bakal mempunyai suami/isteri, Allah akan berikan segala jalan kemudahan buat kita dalam melayari bahtera perkahwinan dan rumah tangga yang dibina.
Kerana kita hamba kepada Dia Yang Maha Agung, pasti Dia akan menjaga kita dengan sebaik-baik penjagaan. Sentiasa pegang dan simpanlah seerat-eratnya di dalam hati.
Wallahu’alam.
Mingguan Wanita : Tak kata semua isteri baik atau semua suami ni jahat. Bergantung pada hati masing-masing. Kalau tak ruamhtangga runtuh, jangan sesekali mulakan. Syukur dengan anugerah yang Allah beri ini.
Fikir anak isteri dulu. Bila dah berkahwin, keutamaan buat suami tentulah isteri dan anak-anak. Mereka inilah yang sanggup susah senang dan terima keadaan diri suami seadanya.
Mungkin ada suami yang tidak sanggup menduakan isteri sebab dia tahu, inilah orang yang sentiasa ada di sisi. Tapi, tak mustahil, bila di duga, suami boleh lupa semua itu. Sanggup bersama dengan orang yang baru kenal dan tidak tahu tujuan sebenar apa yang wanita itu mahu.
Luluh dan sedih bila dengar kisah suami yang sanggup menipu dan tigngalkan isteri semata-mata wanita lain. Perkahwinan yang dibina bukan setahun dua tapi hampir 10 tahun, berbelas tahun dan ada juga berpuluh tahun.
Hanya dijentik dengan kehadiran wanita lain, hati terpaut, segala kebahagiaan yang dibina bersama isteri dan anak-anak terus hilang. Sementelah, bila suami dah ada segalanya, kerjaya dan harta.
Jangan mudah tergoda, fikir anak isteri dulu sebelum nak buat perkara yang boleh menyakitkan hati isteri.
Perkongsian daripada Atika Latif ini ada benarnya. Jangan sampai isteri tawar hati dan angkat kaki. Masa ini segalanya sudah sia-sia belaka.
Jadi orang lelaki ni kena pegang satu benda. Tak kisah lah agama apa sekali pun. Sebelum buat jahat kena fikir anak isteri dulu.
Sebab bila dah terjadi. Anak isteri bawak diri, memang akan ada satu rasa kehilangan. Mmg akan ada 1 rasa kehilangan . Sebelum kehilangan tak rasa apa sebab gaduh mcm mana pon masih ada anak isteri depan mata. Boleh tatap lagi walaupun tengah perang.
Sampailah satu saat dan ketika, hati seorang isteri hancur dan tawar. Dia akan angkat kaki dan pergi. Masa ni baru lelaki sedar dan tahu tanpa anak dan isteri dia bukan sesiapa. Walaupun dia ada perempuan lain untuk beseronok . Tetap akan rasa rindu anak isteri.
Percayalah . Keseronokan yang anda para lelaki cari sekarang bersifat sementara . Hanya untuk kepuasan diri . Cuba lah tenung muka anak isteri sebelum nak buat hal yang tak baik ..
Apa kurang nya isteri kita? Apa salahnya anak kita ?
Yang salah adalah diri kita sebab tak mampu nak menahan nafsu diri. Sebab tu kita terjebak dalam hal yang tak sepatutnya.
Aku pesan pada capit .. sebab sifatnya hati kita ni berbolak balik. Mungkin hari ni dia sayang kita sehabis nyawa. Esok lusa tulat mungkin berubah sayang pada perempuan lain
Tapi aku tetap pesan:
“Hafiz Fakhri kalau nak ada perempuan lain, nak sayang perempuan lain, bagitahu jangan berahsia. Sekali menipu selamanya akan jadi penipu “
Bercinta lah seribu kali, kahwin lah sejuta kali pon, sekali ko dah terbiasa menipu sampai yang bertukar-tukar ke sejuta pon tabiat tu akan sama.
Hanya kita mampu merubah diri kita sendiri, bukan org lain.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Datanglah sejuta wanita sekali pun, ia pasti tak sama dengan isteri seorang.