Bukan semua lelaki itu sama, ramai suami baik. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.

Dalam konteks menjaga keharmonian hidup berkeluarga, Allah menjaga hidup suami, isteri dan anak-anak.

Allah menjaga kebahagiaan suami dengan memerintahkan isteri melayani suami serta menjaga mulutnya untuk mensyukuri kebaikan suami.

Allah juga menjaga ketenangan isteri dengan memerintahkan suami menafkahi serta berbuat baik kepada isteri.

Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik

Bukannya semua suami bersikap curang dan mengabaikan isteri. Ramai lagi lelaki di luar sana yang bekerja keras bagi membahagiakan keluarga tercinta. Benarlah seperti mana huraian dari Tuan Mohd Ezairol Rezan Zainol menerusi akaun Facebooknya, ramai suami yang sanggup berhujan berpanas demi mencari rezeki buat keluarga.

“Ada suami yang keluar kerja, pergi pagi balik malam, kena hujan kena panas demi mencari sesuap nasi…

Suami yang baik tahu erti tanggungjawab dan ikhlas nak sara anak isteri di rumah. Seorang suami, ia akan pastikan anak isterinya tak lapar di rumah.

Seorang suami, ia akan cuba yang terbaik untuk pastikan keselamatan keluarganya di rumah. Seorang suami akan ikhtiar bagi duit belanja untuk anaknya ke sekolah.

Seorang suami akan cuba penuhi semua permintaan anak dan isterinya. Dan seorang suami akan sanggup untuk buat apa saja untuk keluarganya sempurna !!!

Mencari Rezeki Demi Sesuap Nasi 

Pergi kerja gelap, balik kerja pun gelap. Mencari rezeki demi memastikan keluarga dapat hidup dengan aman dan selesa.

Keluar rumah anak masih tidur, balik rumah anak sudah pun lelapkan mata. Kadang kami rasa rindu nak main dengan anak-anak, tapi apakan daya…

Waktu di tempat kerja kadangkala kami diherdik dan dimarahi, tapi kami sabar sebab ada mulut yang perlu disuapkan dengan nasi.

Ya Allah sempena hari jumaat ini, kau kuatkanlah semangat kepada semua para pencari rezeki di muka bumi Mu ini Ya Allah.

Semoga kalian semua akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan dan berkat,” kongsi Mohd Ezairol.

Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah”

Baca Disini : Ini Doa Diajarkan Rasulullah Agar Kita Mudah Hafal Al-Quran, Baca Tak Merangkak-Rangkak

“Semoga Allah Pelihara & Kurniakan Kekuatan Buat Para Ibu Ayah Yang Keluar Bekerja Setiap Hari” Warganet 

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar dipermudahkan rezeki buat ibu dan ayah yang keluar bekerja setiap hari.

Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah” Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah” Bukan Semua Lelaki Itu Sama, Ramai Suami Baik “Pastikan Anak Isterinya Tak Lapar Di Rumah”

Sumber / Sumber Foto : Facebook Mohd Ezairol Rezan Zainol

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI