Normal jika wanita akan jadi stres ketika ‘datang bulan’. Kesan paling ketara, pengaliran darah haid menyebabkan badan wanita lebih lesu pada awal peringkat. Tetapi tidak cukup dengan dugaan itu, anda mungkin melalui pengalaman darah haid ‘bocor’ hingga kesannya boleh terkena pakaian anda. Jangan panik, tip kali ini membantu anda untuk cuci dengan lebih mudah dan cepat.
1. Kesan Darah Baru
Siramkan pakaian kotor anda dengan air suam-suam kuku dan siram di bahagia kotor. Aliran air akan membuat kesan darah luntur. Tapi jangan guna air panas ya. Kemudian anda boleh menggunakan sabun untuk menghilangkan sisa-sisa kesan darah. Gosokkan sabun di bahagian terkena darah dengan menggunakan sikat atau jari. Sabun mandi biasa atau sabun cuci tangan lebih cepat hilangkan kotoran degil.
2. Kesan Darah Lama atau Kering
Celupkan kain lap dalam cecair cecair peluntur, sapu di baju yang terkena darah. Tetapi jangan tuang secara terus, nanti rosak baju anda. Kemudian siram baju dengan air sejuk dan cuci seperti biasa. Penggunaan cecair peluntur ini lebih sesuai untuk pakaian warna putih atau terang sebab cairan ini boleh membuat warna kain pudar.
Ads
Kalau anda tidak ada sabun, cecair peluntur, atau detergen, anda boleh cuba gunakan pil aspirin untuk membersihkan kesan darah. Caranya hancurkan pil aspirin, larutkan dalam air. Kemudian sapu aspirin di bahagia kotor dan cuci hingga bersih.
Ads
Cara Lain
Satu lagi cara mudah untuk menghilangkan kesan darah adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya cukup mudah, sapu baking di bahagian darah, kemudian gosok sehingga pudar dan cuci seperti biasa.
Siapa sangka, hasil dari sisa dapur pun boleh dijadikan baja untuk suburkan tanaman organik. Haaa… hanya golongan yang berkebun yang gigih buat dan gali ilmu untuk meriahkan kebunnya. Jadi bagi anda yang ada kebun sendiri di rumah, boleh amalkan tip daripada perkongsian saudara Imran Ab Majid ini.
Anda cuma perlu sediakan dan lakukan…
1. Ada polisterin tertutup dan tebuk dibahagian bawah dan letak diatas tanah.. untuk mikrorganisma + semut + cacing tanah menghancurkan sisa.
2. Simpan sisa dapur yang ada tetapi bukan sisa yang berminyak… contoh sisa dapur yang bagus seperti kulit telur, lebihan sayur, serbuk kopi atau teh, bawang, yang pastinya bukan sisa yang berminyak.
3. Letakkan sedikit tanah di dalam polisterin dan kemudian sisa dapur. Biarkan sehingga sisa dapur itu hancur sendiri dengan bantuan semut cacing tanah dan microrganisma.. jangan lupa tutup polisterin tersebut bagi mengelakkan takungan air hujan.
4. Untuk memastikan kelembapan kompos anda buka kotak polisterin 3 hari sekali dan sekiranya kering siram dengan air.
5. Hasilnya anda akan dapati seperti tanah hitam lembab keseluruhanya… itu dipanggil “black gold ” untuk tanaman organik.
Selamat mencuba dan berjaya!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Percayalah, pes tom yam boleh jadi punca utama rasa kuah tom yam anda masak sedap atau tidak dan sebab itulah anda patut godek resepi yang Puan Fatiha Hanani Ismail kongsikan. Lagi teruja, pes tom yam dia buat sendiri, jom cuba buat sebotol untuk mudahkan masak setiap hari…
2 Biji bawang besar
4 batang serai
2 biji cili hidup merah
5 Hiris lengkuas
7 Helai daun limau purut
4 Sudu makan udang kering
10 Ekor ikan bilis
4 Inci belacan
3 Sudu cili kering yang dikisar
Air asam jawa
Gula perang
Garam
1. Masukkan kesemua bahan (Kecuali air asam jawa, garam dan gula) ke dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan yang dikisar sehingga lumat dengan api yang perlahan.
3. Ketika ini bau tom yam akan mula terbit dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan air asam jawa, gula perang dan garam. Seimbangkan rasanya.
5. Tutup api dan sejukkan selama beberapa jam sebelum disimpan ke dalam botol yang kedap udara.
1. Ambil dalam 2 senduk pes tom yam, tumis kejap… tuang air dalam 2 cawan.
2. Letak akar ketumbar dah mendidih masukkan ayam dalam 4-5 ketul potong kecil-kecil sampai ayam masak.
3. Masukkan serai, daun limau, limau,sayur-sayur, garam, serbuk perasa dan sedikit susu pekat.. Rasa ikut tekak masing-masing ya.
4. Selamat memasak!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Dik, aku mimpi jumpa ayah. Dia panggil aku ikut dia,’ kata Ibrahim Hussin.
Berulang kali juga warga emas berusia 81 tahun ini menyampaikan cerita kepada adiknya dan panggilan “ikut’ itu menjadi kenyataan apabila dirinya maut 15 Mei lalu selepas dirempuh oleh sebuah motosikal berkuasa tinggi ditunggang oleh Muhamad Kamaruzzaman Desa, 39 tahun dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Kampung Lalang, Baling.
Warga emas itu maut di tempat kejadian selepas sebahagian tempurung kepalanya pecah akibat rempuhan manakala penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berasal dari Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang meninggal dunia di Hospital Baling jam empat petang hari yang sama.
Berkongsi kesedihan di hati akibat kejadian tak terduga ini, isteri kepada arwah Ibrahim, Siti Aishah Derani, 71 tahun berkata, arwah suaminya keluar rumah sekitar jam 10.00 pagi. Dia mahu membeli gam untuk membaiki paip.
“Makcik tak menyangka yang bukan-bukan sehinggalah datang orang ke rumah memaklumkan pakcik sudah meninggal dunia selepas dilanggar oleh konvoi motosikal. Hanya Allah sahaja yang tahu kesedihan ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya dari Kampung Tanjung Pari, Mukim Siong, Baling beberapa hari selepas kejadian.
Sama sekali tidak menyangka kemalangan itu meragut nyawa suami dikasihi, kata Aishah, sudah berulang kali anak-anak melarang arwah menaiki motosikal berikutan faktor usianya namun suaminya itu sama sekali tidak mengendahkannya.
“Arwah suami tiada sakit apa-apa, tubuh badannya sihat. Mata, pendengaran juga baik. Tak ada pun kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Cuma kudratnya sedikit lemah berikutan usia. Kalau ada masalah pun cuma tekanan darah rendah dialaminya,” memaklumkan suaminya dahulu menoreh getah.
Aishah redha namun tidak sanggup melihat gambar kemalangan biar disuakan melalui telefon di hadapannya.
Ini bukan kes pertama dan diharap tidak lagi berulang kerana ikutkan, sudah ramai yang menjadi mangsa kejadian. Jika tidak maut, pasti ada luka di sana sini kerana masalah lampu isyarat yang bertukar hijau secara serentak biar berlainan simpang.
Menurut bekas guru, Abdul Nasir bin Idris, pihaknya sudah memaklumi tentang masalah lampu isyarat yang kerap bertukar secara serentak mesti berbeza simpang.
“Ada gambar sebagai bukti dan masalah lampu isyarat ini sebenarnya sudah sampai ke pengetahuan pihak polis dan Majlis Daerah. Malah mungkin sudah diperbincangkan dalam mesyuarat mereka.
“Buat masa ini, belum ada jalan penyelesaian namun kita mengharapkan agar insiden begini menjadi pengajaran tidak kita buat penduduk kampung mahupun penunggang-penunggang yang melalui kawasan ini.
“Laluannya memang lurus dan cuma ada lampu isyarat untuk ke simpang-simpang. Mungkin bila semuanya bertukar warna dalam masa yang sama, ia boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pengguna,’ katanya.
Cikgu Nasir mengharapkan permasalahan lampu isyarat itu dapat diperbaiki sesegera mungkin agar kejadian ini tidak lagi berulang.
Ketua Polis Daerah Baling, Superitendan Shariffuddin Yusof dalam satu kenyataan akhbar berkata, pelanggaran dua motosikal berkenaan berlaku disebabkan lampu isyarat di persimpangan itu tidak berfungsi.
Ibrahim yang menunggang Honda EX-5 dipercayai dari Pekan Kampung Lalang untuk pulang ke rumahnya di Mukim Siong manakala motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang Muhammad Kamaruzzaman pula dari arah Tanjung Pari ke Baling.
“Ketika melewati persimpangan lampu isyarat berkenaan, motosikal yang ditunggang Ibrahim dirempuh oleh motosikal yang ditunggang oleh Muhammad Kamaruzzaman Desa menyebabkan kedua-duanya tercampak dari motosikal masing-masing,” katanya.
Beliau berkata, Ibrahim mengalami kecederaan di kepala kerana tidak memakai topi keledar dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Shariffuddin berkata, penunggang motosikal berkuasa tinggi dihantar ke HB untuk rawatan namun meninggal dunia di hospital berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu dan menyebabkan kematian.
Dua beradik lemas di Sungai Beril, Paka sehari sebelum pulang beraya di Kelantan. Ibu mangsa kongsi detik pilu anak teruja sambut Aidiladha bersama keluarga.