Lepas raya ini nak-nak badan macam dipam-pam semula. Yang maintain berat masa bulan puasa pun ada, syukur mak-mak yang berjaya tu. Tapi jangan susah hati sebab petua nenek Cik Puan Ammy iaitu air halba jintan manis ini, mudah sangat nak diamalkan dan dicuba.
Kalau tak berapa nak rajin rebus atas api, boleh saja panaskan dalam ‘microwave’. Menjadi dan mujarab juga. Buktinya walau anak dah masuk 4 ini, wanita ini maintain saja berat badannya. Tak naik tak turun.
“Kawan-kawan ramai tanya, anak dah 4 tapi badan ok je. Ammy pun tak ada ambil suplemen pelik-pelik. Takut efek dekat baby. So, Ammy buat ini je la. Dari lepas bersalin sampai lah sekarang. Adalah skip sikit-sikit, time malas itu.”
IKLAN
Petua Nenek Air Halba Jintan Manis
1 sudu besar jintan manis 1 sudu kecil halba 3 cawan teh air kosong
Caranya
1. Rebus semua bahan di atas itu dalam 5 minit dan minum suam-suam. “Macam Ammy masuk dalam microwave je. Dalam dua ke tiga minit sebab takut air kering.
2. Nanti masa nak minum suam-suam perahkan dengan sedikit lemon. “Tapi Ammy tak perah lemon sebab tak hilang rasa rempah ratus itu. Ammy guna limau kasturi.
IKLAN
Nak Lebih Mujarab, Ikut Cara Ini
√ Yang Ammy kongsi ini cukup untuk minum pagi dengan malam. Belah pagi ambil sebelum makan dan belah malam, minum sebelum tidur. Nanti badan jadi ringan je.
IKLAN
√ Satu lagi.. masa nak minum baru perahkan limau tu tau. Jangan perah masa proses.
√ Dan jangan simpan air halba jintan manis ini. Benda ini tak boleh simpan, nanti rasa dia tak sedap. Jadi membazir.
Mak-mak yang ada masalah kulit jerawat atau parut pada badan, jangan susah hati. Boleh cuba amalkan masker kayu manis dengan campuran halia ini. Jika mahu merawat jerawat dan parut di muka pula, petuanya masih gunakan kayu manis cuma campurannya saja berbeza.
Jom semak apa yang mak-mak perlukan!
Bahan-bahan Lulur Kayu Manis
Kulit kayu manis dikisar kering
Sedikit halia kisar
Cara Membuat
1. Gaul halia dan serbuk kulit kayu manis sehingga sebati.
2. Lulur pada seluruh tubuh, biarkan kering.
3. Kemudian gosokkan secara perlahan, bilas bersih.
4. Lakukan seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Guna Tip Ini : Untuk hilangkan parut jerawat. Cukup sekadar gunakan serbuk kulit kayu manis dengan campuran air. Jadikan ramuan ini sebagai masker. Boleh amalkan dua kali seminggu, nanti parut akan semakin pudar.
Nak Awet Muda Kena Tahu 5 Manfaat Teh Hijau
Ini kebaikan teh hijau yang bukan sahaja dapat merawat pelbagai masalah kulit malah dikatakan mampu menurunkan berat badan.
1. Membantu Menghilangkan Lingkaran Gelap Di Bawah Mata
Lingkaran gelap di bawah mata juga dikenali sebagai mata panda, ia terjadi kerana kurang rehat dan tidur lewat malam. Bagi mengatasi masalah ini, anda oles wajah dengan masker teh hijau.
Caranya mudah sahaja, campurkan dua sudu teh hijau dengan air panas. Kemudian simpan ramuan ini di dalam peti ais selama 10 minit. Oles wajah dengan ramuan ini pada bahagian yang bermasalah. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
2. Mengatasi Jerawat
Bagi anda yang mengalami masalah kulit berminyak dan berjerawat, teh hijau adalah penyelesaiannya. Kisar teh hijau sehingga halus, campurkan bersama putih telur. Gaul ramuan ini agar sebati, oles pada wajah dan leher.
Biarkan ia kering antara 20 hingga 30 minit. Bilas wajah sehingga bersih. Selain itu, boleh juga anda bancuh teh hijau bersama air panas. Jangan masukkan gula. Tuang air ini di dalam tray ais.
Biarkan ia beku di dalam peti ais. Gunakan kiub ais ini merawat wajah setiap pagi. Bukan sahaja jerawat beransur hilang malah kulit juga akan kelihatan segar.
3. Mengatasi Masalah Sunburn & Sebagai Pelindung Tabir Suria
Teh hijau juga boleh dimanfaatkan sebagai masker untuk melindungi kulit wajah anda dari sinar Ultraviolet serta menghindari radikal bebas yang dapat merosakkan sel kulit. Minum teh hijau dua kali sehari, hampas teh boleh dioles pada wajah.
4. Antipenuaan
Kandungan yang terdapat pada teh hijau ini mengandung Vitamin E yang berkhasiat untuk kesihatan kulit wajah. Ia adalah rahsia awet muda. Caranya, sental wajah dengan hampas teh hijau sehari dua kali.
5. Melembapkan Dan Menghaluskan Kulit Wajah
Kandungan Vitamin E yang terdapat pada teh hijau ini juga berkhasiat untuk menghaluskan kulit wajah secara alami. Ia membuatkan kulit lembap secara semula jadi.
Rendam teh hijau dalam air panas, biarkan semalaman. Sebaik sahaja bangun tidur, cuci wajah dengan air teh hijau ini. Lakukan sekerap mungkin.
EXTRA! Menurunkan berat badan
Pengambilan teh hijau setiap hari dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan, mengurangkan kolesterol, meningkatkan ketahanan tubuh dan membantu mengatasi stres.
Sungguh, sekarang ini harga minyak masak melambung tinggi. Sebotol saja cecah RM40 lebih untuk minyak masak 5kg. Sebab nak jimat punya pasal, minyak gorengan gunakan sampai berkali-kali semasa memasak.
Kalau tak mulakan langkah berjimat cermat itu, memang sakitlah hendak memenuhkan keperluan.
Ianya daripada saranan doktor juga. Jadi, bolehlah anda ambil langkah itu tanpa perlu ada rasa ragu-ragu. Ada juga individu yang berkongsi cara recycle minyak gorengan yang dipakai berkali-kali di rumah sendiri.
Namun, sebagaimana yang dikongsikan oleh pakar pemakanan, Rafsanjani Zainal ini cara yang tidak bagus untuk kesihatan keluarga. Kerana ia berpotensi memberi kesan sampingan yang lainnya.
Tentunya tidak bagus untuk kesihatan diri anda dan keluarga. Malah, beliau menyarankan agar minyak masak cuma boleh digunakan untuk 3 kali gorengan sahaja. Ada sebab mengapa beliau sarankan sedemikian.
Hadamkan perkongsiannya ini,
Minyak Gorengan Maksimum Guna Tiga Kali Sahaja
Bila goreng makanan, minyak keluarkan sedikit sisa aldehyde.
Bila goreng guna minyak masak yang sama, lebih banyak sisa aldehyde terhasil.
Kali ketiga guna minyak sama, lagi banyak sisa aldehyde. Sisa aldehyde ni bertoksik tau!
Bahan toksik yang boleh sebabkan kanser.
Jadi janganlah ikut petua bukan-bukan cuci minyak masak bagi jernih ni.
Jernih putih melepak sekalipun, toksik aldehyde masih ada.
Jadi maksimum 3 kali, lepastu terus buang minyak masak tu okay.
Alternatif untuk masak tanpa minyak, boleh cuba masak cara rebus, stim, panggang dan air fryer.
Mingguan Wanita : Menukar gaya pemakanan pun antara langkah bijak yang boleh mak-mak ambil. Jika sebelum ini, tidak kisah membuat lauk pauk bergoreng. Apa kata, kali ini cuba cara yang tidak melibatkan penggunaan minyak yang banyak.
Memasak dengan menggunakan air fryer pun doktor sarankan juga. Anda yang masih belum ada air fryer itu, apa kata cuba tengok-tengok dekat sini. AF KHIND ini tengah ada promosi.
Dan kalau guna kod promo MWGSP5 boleh dapat diskaun sebanyak RM5.
Mana yang dah ada air fryer tapi simpan dalam almari tu, inilah masa untuk keluarkan balik. Dan GUNAKAN.
Hujung-hujung Syawal ini, pasti ada lagi mak-mak yang rebut peluang nak cari dan lengkapkan persiapan baju raya. Penat berjalan seharian, singgah daripada satu kedai ke satu kedai yang lain mahu pun berdiri terlalu lama boleh mengakibatkan kesakitan pada tumit kaki.
YAng merasa sakit tumit ni biasanya golongan wanita pakai kasut bertumit tinggi atau rekaan kasut yang tidak sesuai dalam tempoh yang lama. Kalau silap gaya, boleh berdenyut dan sakit yang menyucuk pada bahagian tumit kaki. Rasa sakit ini pastinya membataskan segala pergerakan dan pekerjaan.
Haaa… mak-mak jangan risau, untuk hilangkan sakit kaki itu mak-mak boleh petua guna garam kasar bagi merawat sakit tumit. Jemput tengok caranya dulu..
Bahan-bahan:
1 kilo garam kasar
Kuali
Kain / tuala bersih
Cara Membuat:
1. Masukkan garam ke dalam kuali dan goreng tanpa minyak menggunakan api yang sederhana besar.
2. Apabila garam mulai panas sekata, angkat dan bungkus dalam kain/ tuala bersih.
3. Kemudian tuamkan pada bahagian tumit kaki yang sakit itu.
Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.
Nota:
Fisioterapi serta penggunaan kasut yang sesuai dengan ortotik juga mampu mengawal kesakitan ini daripada berterusan.
Keledek goreng memang sedap dinikmati sebagai kudapan petang. Selalunya kita hanya beli gerai-gerai tepi jalan. Memang sedap tapi kalau nak puas makan, eloklah kalau kita buat sendiri sahaja.