Sebaknya hati, lihat anak kecil seusia 4 tahun dipimpin ayah masuk ke dalam ambulans. Anak itu positif Covid-19, tapi ibu dan ayah negatif. Terpisahlah si kecil itu dari ibu dan ayah selama dirawat dalam bilik isolasi di hospital.
Tidak boleh berjumpa, tidak boleh dicium apatah lagi dipeluk. Jauh terasing dari mak ayah yang selama ini melayan setiap keletahnya. Allahu..
Dan itulah gambaran hakikat yang akan dilalui oleh sesiapa saja yang positif Covid-19. mereka akan diasingkan. Melalui proses rawatan isolasi.. terasing, yang tidak tahu bila kan berakhir.
Sebak sekali membaca catatan Dr Redza Zainol, doktor yang menjadi barisan hadapan berdepan secara langsung dengan pesakit-pesakit Covid-19. Betapa sunyinya mereka, semoga Allah memberi kekuatan kepada semua yang diuji.
Rayuan Seorang Ibu Di Bilik Isolasi
Dari pagi mata ni asyik berkaca-kaca.
Sekejap-kejap ditelan air liur supaya air mata tu tak tumpah.
Setiap kali kami masuk ke bilik isolasi, mereka akan tanya.
“Saya positif Covid ke doktor?”
Saya jawab belum lagi. Belum tahu lagi.
Ads
Sebenarnya, hari ni giliran saya menjaga 2 pesakit PUI (patient under investigation) Covid-19 dengan kawan.
Seorang ibu dan seorang anak.
Dari awal saya masuk ke bilik pesakit, ibu ni dah merayu supaya ayahnya boleh datang untuk melawat anak.
Sekejap merayu, sekejap menangis. Sampaikan kita pun nak ikut sama menangis.
“Tolong doktor. Tolong saya. Sekejap je.”
Merayu macam mana pun, jawapannya tetap sama.
Ads
Pesakit Covid-19 Perjalanannya Memang Sunyi
Maafkan saya, pesakit begini perjalanannya memang sunyi. Banyak masa mereka ini seorang diri.
Tidak ada pelawat. Tak ada penjaga.
Di dalam wad isolasi, lepas selesai memeriksa pesakit, memberi perawatan, semua staf akan sama keluar dan pintu ditutup.
Perbualan hanya melalui walkie talkie atau telefon. Ada masa kami berhubung gunakan papan putih dan marker melalui tingkap kaca.
Ads
Banyak masa kami masuk cuma 2 kali sehari, ikut keperluan.
Deritanya menjadi mereka ini hanya Allah yang tahu. Dan saya, saya hanya buat apa yang termampu.
Selebihnya, saya serahkan pada Allah.
Dan setiap kali saya solat, saya doakan moga mereka ni sembuh. Moga kalian pun sama-sama doakan.
MW : Wahai rakyat Malaysia.. teruslah berdoa untuk mereka.. untuk diri sendiri juga. Kita tak tahu doa siapa yang Allah dengar dan angkat, maka berdoalah terus demi kesejahteraan bersama.
Sumber/Foto : Redza Zainol, Jika apa yang dibuat ni masih belum cukup, ampuni hambamu ini ya Allah.
Macam-macam diet langsing boleh kita jumpa dalam usaha nak turunkan berat badan. Coach kecergasan pun banyak yang share menu pemakanan patut diambil. Tapi kalau kita tengok hasil depan mata sendiri, barulah perasaan berkobar-kobar nak cuba tu tuhan gerakkan.
Cerita kurus penyanyi AF Amylea Azizan ini salah satunya. Hebat tak hebat, Amylea dapat turunkan beratnya sampai 6 kg dalam masa sebulan.
“As promised im gonna share my weight loss journey and what i did to go from 61.5 kg to 53.0 kg in 1 month. My height is 149 cm / 4’11, berat badan ideal untuk ketinggian saya ialah 42 kg ( tapi saya tak minat untuk terlalu kecil, i love to have muscle juga so it will be heavy tapi masih bentuk yang ideal 47 kg target saya)”
Haa.. itu kata Amylea dalam status facebooknya. Betullah pun kan, semua orang nak kurus tapi jangan sampai kecut. Kalau boleh biar ada otot tu. Takdelah nanti bila jalan macam papan lapis kena tiup angin. Tak cantik. Jadi Amylea amal diet yang betul. Sampai dia dapat apa yang diidamkan.
“These are the pictures thru out my journey. Jangan kecam sis bila tengok gambar gemok diam sudah ok! Haha”
Amylea Azizan bergambar dengan penyanyi Zaiton Sameon
“This is my way and what i did for myself, saya tak paksa siapa-siapa untuk buat, kalau berminat nak cuba, cuba, sebab saya terima banyak sangat permintaan untuk share jadi saya share, kalau ada yang lebih pakar maybe boleh share gambar anda untuk turun 8kg sebulan baru saya percaya.”
Katanya walau dah bertahun mecuba macam-macam tips, berat badannya tepat sama. Dan akhirnya dengan cara yang diamalkan ini saja kejayaan turun berat badan diperoleh.
Tip penting! MAHU “Saya memang suka gym & badminton tapi sepanjang diet ni saya tak gym langsung!
This Is What I Did
Hari Diet : From India Food Expert
Breakfast:
3 biji telor rebus ( kosong) 1 mug green tea
Lunch:
3 biji telor rebus ( kosong) 1 mug green tea 1 biji apple ( apa-apa jenis)
Petang
1 mug green tea 1 biji apple
Malam
1 mug green tea 1 mangkuk oat kosong dengan kacang ( jangan masin)
Minum air kosong yang banyak sepanjang hari, jangan sulam-sulam makanan lain atau kudapan, kalau buat tak menjadi diet ni. Percayalah saya dah try buat camtu tapi memang fail. Harus strict!
* kosong tanpa gula/ tanpa sos/tanpa garam/ tanpa perisa*
1 hari lose 1kg with this diet, my first day 1.4kg You wont feel weak this diet is enough to fuel sufficient energy.
Hari Biasa
Brown rice separuh genggam
Virgin coconut oil( kalau goreng telur)
Kimchi
Frozen yogurt / greek yogurt
Green tea kosong (wajib) boleh ulang menu ni 2 kali sehari tapi jangan atas jam 8 malam
Cheat day:
√ Atkins style ( makan lauk saja apa-apa, ayam goreng ke apa but no more than 1000 calorie) usually saya makan sehari sekali je kalau cheat day sebab dah cukup.
√ Ice cream ( dark chocolate) Tapi tetap…
❌ air manis!!! NO NO NO walau sikit sila ada mineral water bersama walau ke mana pergi.
√ Setiap kali i cheat day i will go on diet. And if i think i ate way too much on cheat day i will diet 2 hari.
And then back to hari biasa.
√ Egg is essential, even hari konsert i consume eggs for breakfast and eggs for high tea. After u do this u changed ur habit & akan rasa sangat selesa.
√ No more bloating, no more perut meragam, buncit etc.
Okay good luck! I am still in my journey lagi 6kgs!! Wish me well!
Apapun Mingguan Wanita harap Amylea berjaya mencapai apa yang diidamkan. Tak sabar nak nantikan perkongsian Amylea seterusnya. Sebab cerita-cerita macam ini bagi inspirasi dekat wanita-wanita yang dalam usaha nak langsing dan sihat.
Sumber/Foto: FB Amylea Azizan via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bertandang ke kediaman chef selebriti dan pengacara berbadan genit, Anis Nabilah Umaruddin, 32 bagaikan berada di rumah sendiri. Mana tidaknya, melangkah saja masuk ke dalam rumah, Anis dan keluarganya menyambut kami dengan penuh ramah sekali. Hidangan penuh di atas meja buat santapan tetamu. Malah ibunya juga sentiasa manis dengan senyuman tatkala melayan kami.
Anak keempat daripada lapan beradik ini sememangnya cukup berpengalaman dalam industri kulinari dan merupakan chef selebriti yang tidak pernah patah semangat dalam memacu kerjayanya sejak 11 tahun lalu. Malah, berkat kesungguhan dan minat mendalam, kini kakak kepada pelakon dan penyanyi, Aisya Hasnaa ini mampu tersenyum dengan pencapaiannya. Bukan itu saja, berbekalkan kepakaran dalam bidang penyediaan makanan, dia kini mampu berdiri setanding chef selebriti popular dunia yang lain.
Mengacara lebih 35 program masakan, Anis juga menjadi satu-satunya chef selebriti Malaysia dalam program travelog makan-makan My Taste of Hong Kong (saluran TLC Asia), Eating Wild dan Icip-Icip untuk saluran AFC (Asian Food Channel). Terbaru Anis telah menjayakan program TV, Cerita Rasa Anis Nabilah untuk TV2 dan 12 Bakar Musim Ketiga untuk TV3.
“Saya bermula sebagai tukang masak dan kemudian barulah menjadi pengacara. Bukan mudah untuk saya sampai ke tahap ini. Pada peringkat awal, saya terpaksa bersusah payah untuk diterima. Orang tidak percaya kemampuan saya kerana hanya lulusan diploma. Saya bersyukur usaha selepas terbabit dalam beberapa program masakan di peringkat Asia dan Barat telah berjaya membuka mata banyak pihak.
“Saya juga sememangnya gemar memasak kerana ia mudah dan menyeronokkan. Paling penting, kita tahu apa yang masuk ke dalam badan kita terutama masakan menyihatkan. Setiap kali mengemudi rancangan masakan, perkara pertama terlintas di fikiran ialah mengajar penonton makan secara sihat. Mak pernah cakap, apa saja pekerjaan dilakukan, kena buat perbezaan. Saya pilih jadi chef selebriti sebab mahu ajar orang menghasilkan masakan sihat, sedap dan cantik. Itulah cara saya buat perbezaan. Malah sepanjang 11 tahun dalam bidang ini juga saya berpeluang mengembara banyak tempat seperti Eropah, Afrika Selatan, Australia dan kebanyakan negara Asia. Selain dapat melihat negara orang, paling penting dapat bertukar pendapat serta ilmu mengenai masakan dan cara pemakanan sihat,” terang Anis yang sememangnya gemar menambah ilmu masakan dan mengajar orang cara memasak.
Selain memasak dan mengacara ditanya adakah Anis tidak mahu terlibat dalam lakonan atau nyanyian. Ungkapnya;
“Biarlah saya fokus pada masakan dan mengacara saja. Memang ramai yang bertanya tak nak ke berlakon atau menyanyi. Pada saya kalau nak berjaya kena ada fokus. Saya tak nak buat semua kerja dalam satu masa dan saya lebih suka masa yang ada saya fokus pada dua karier utama saya sebagai chef dan pengacara.”
Rahsia kurus
Cukup dikenali dengan tubuh badannya yang kurus. Anis akui dia sendiri mengawal pemakanan.
“Bekerja sebagai seorang chef memang ramai yang bertanya bagaimana saya boleh kekalkan bentuk tubuh yang kecil dan kurus. Rahsianya, saya kurangkan pengambilan gula. Saya makan nasi seperti biasa cuma saya banyak minum air putih dan elak pengambilan gula yang berlebihan. Sebelum saya amalkan cara ini memang saya akui badan cepat penat, mengantuk dan sememangnya gula punca kepada penyakit. Selain itu saya juga gemar makan buah-buahan,” ulas Anis lagi.
Sewaktu sedang rancak berbual, penulis mengajukan soalan tentang ciri-ciri teman lelaki pilihan dan perkahwinan. Anis terus tersenyum dan berkata, “Kahwin? Saya sedang menunggu waktu. Sebelum ini memang rasa tertekan bila ada yang tanya bila nak kahwin? Pada saya jodoh itu di tangan tuhan dan saya doakan dipertemukan jodoh satu hari nanti. Sekarang ini saya belum jumpa lelaki yang sesuai lagi. Allah mungkin nak saya jaga emak dan ayah dulu. Malah saya percaya Allah mahu berikan yang terbaik buat saya. Apa yang diduga atau dianugerahkan akan saya terima.
“Tentang ciri-ciri lelaki pilihan sudah tentu saya nak yang mempunyai hati yang baik. Kena sedap mata memandang. Paling penting boleh berkomunikasi dan faham dengan diri saya dan ahli kelurga kami yang besar,” terangnya tentang lelaki pilihan.
Hadiah Buat Ibu
Ketika kunjungan kami juga, pihak Jubin MML bagi pihak Anis telah menghadiahkan rekaan baru dapur basah di kediaman ibu Anis.
“Saya mahu berterima kasih kepada Jubin MML kerana sudi beri hadiah pada mak. Sememangnya mak sangat gembira dengan pengubahsuaian baru dapur basahnya. Di sinilah tempat saya dan ibu memasak. Sebelum ini jubin dapur basah kami berwana putih dan ditukar kepada hitam sememangnya sangat cantik dan senang untuk dibersihkan.
“Jubin lantai yang bercorak kayu sememangnya cantik dan mudah dibersihkan. Malah semasa memasak pada petang raya kami masak dan bawa kawah dalam rumah. Sememangnya dapur kami nampak cantik dan sedikit sejuk. Ruang ini juga selesa untuk memasak. Walaupun saya tinggal berasingan dengan ibu namun setiap hari saya datang bertandang ke sini. Kadang kala saya masak dan bawa makanan ke rumah ibu,” sambung Anis.
Anis juga menerangkan dia mengambil keputusan untuk berpindah kerana mahu belajar berdikari.
“Saya ambil keputusan berpindah rumah dan tinggal sendirian kerana ingin belajar jaga diri sendiri dan berdikari. Walaupun ibu dan ayah masih merajuk sampai sekarang sebab saya berpindah, namun saya sememangnya perlu berdikari. Saya berpindah ke rumah sendiri sejak bulan November tahun lalu. Walaupun duduk berasingan namun saya datang setiap hari di rumah ibu bapa jika saya tidak ke luar negara. Kami anak beranak cukup rapat, boleh dikatakan saya ni ‘anak emas’ dalam keluarga. Saya dan Aisyah sememangnya rapat dengan ayah dan ibu dan kami selesa berbual antara satu sama lain,” luah Anis.
Produk Tumis By Anis
Sebelum mengakhiri perbualan Anis juga menyatakan kini dia muncul dengan produk baru dari air tangannya sendiri yang diberi nama Tumis By Anis.
“Sebelum ini ramai yang bertanya bila saya nak buka restoran. Tapi saya tak nak dan tak minat. Memandangkan saya lebih suka pada masakan Tha, jadi terbaru saya akan muncul dengan perencah yang dimasak sendiri diberi nama Tumis By Anis. Setakat ini terdapat lima perencah yang bakal dijual kepada pelanggan dan saya cuma promosikan menerusi Instagram sahaja,” akui Anis.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak tertumpahkan pengilat kuku, Tomok bayar RM5,593! Ujian bulan Ramadan buat Tomok apabila dia terpaksa membayar sebanyak RM5,593! Sebagai ganti rugi.
Semalam menerusi perkongsian di akaun Instagram, penyanyi Tomok memberitahu anaknya tertumpahkan pengilat kuku ke atas empat helai seluar yang setiap satunya berharga RM1,299 dan baju berharga RM899 dan RM499.
Anak Tertumpahkan Pengilat Kuku, Tomok Bayar RM5,593!
Walau berdepan situasi tegang namun penyanyi itu kelihatan tenang saja. Tomok ketika itu berada di butik pakaian berjenama dan memaklumkan anaknya secara tidak sengaja menumpahkan pengilat kuku pada baju dan seluar di butik itu.
Dek kerana itu pengurusan butik berkenaan tidak membenarkan Tomok keluar dari premis selagi Tomok tidak membuat pembayaran ganti rugi terhadap pakaian yang sudah rosak.
“Saya tak boleh buat apa. Saya tak boleh keluar dari kedai ini. Tak mengapa, saya akan bayar dan selepas ditolak diskaun, jumlahnya adalah RM5,593,”
Mohon Orang Ramai Berminat Untuk Membeli
Ketika kejadian Tomok menerangkan mereka sekeluarga ke butik itu untuk membeli seluar. Dan Malah Tomok juga menyatakan jika ada yang berminat membeli pakaian itu boleh mesej kepadanya.
“Tapi saya tak jual dengan harga asal.
“ Pengilat kuku hanya terkena sikit saja, tapi saya faham ini peraturan dan saya perlu bayar ganti rugi.
“Saya mengaku ini silap saya.
“Ujian nak raya agaknya. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya,” katanya.
“Bertabahlah Ya. Kesian Pun Ada” Komen Warganet
Menerusi ruangan komen ramai yang simpati dengan nasib yang dialami Tomok.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...