“Salam admin, mohon hide fb saya.” Tulis suami yang meluah rasa dengan Mingguan Wanita. Tak tahan katanya dengan sikap isteri yang terlalu degil, ego. Sampai suami makan hati.
Layan suami nak tak nak, duduk berjauhan hingga suami bawa baju isteri asalkan dapat melepas rindu. Kejam sungguh isteri yang sanggup seksa suami dalam diam ini.
Isteri Perwatakannya Lembu, Tapi Degilnya Nauzubillah
“Saya nak berkongsi pengalaman sedikit tentang rumah tangga saya. Antara sifat ego dan degil. Saya sudah berumah tangga hampir 7 tahun.
“Ini adalah perkahwinan yang kedua bagi kami suami isteri. Isteri saya baik orangnya. Dari segi perwatakan kalau ditengok lembut tapi hatinya.. degilnya.. nauzubillah sangat kuat.
“Betul duit adalah segala-galanya. Tapi bila susah, sama-sama lah membantu. Saya hanya berniaga kecil-kecilan saja. Isteri bekerja sebagai tukang masak.”
“Gajinya banyak, tapi saya tak pernah nak berkira tentang gajinya. Jika saya dalam kesusahan, saya mohon bantuan kewangan darinya.
“Tapi saya bayar. Tak pernah tak bayar balik. Cuma dia macam tak boleh terima. Dia kata abai tanggungjawab. Sebagai suami saya menjalankan tanggungjawab yang baik. Semua saya sediakan.”
Setahun Kami Tidur Asing
“Kami tidur berasingan hampir setahun. Tapi kasih sayang saya sangat kuat padanya. Lagi dia buat perangai, lagi saya sayang padanya.
“Bagi saya penceraian bukan menyelesaikan masalah kami. Anak-anak tidak mahu kami berpisah. Iya lah umur makin meningkat.
“Saya tetap bertahan dan berdoa kepada Allah moha lembut dan buang sifat-sifat ego, degilnya. Setiap hari saya akan mesej dia walaupun dimaki.
“Layanan dia terhadap saya langsung tiada. Kini, saya tinggal berjauhan dengannya. Baju yang dipakai saya bawa bersama sebagai pengganti dirinya.
“Saya berusaha mencari rezeki tapi masih belum dapat hidup mewah. Cukup bulan gaji untuk bayar bil dan langsai hutang-hutang.
Stess Hingga Kena Serangan Jantung
“Seringkali saya menasihatinya agar solat jangan ditinggal. Biar sesibuk mana sekali pun. Kerana doanya saya perlukan. Rezeki saya paling kuat adalah di sebalik doa seorang isteri.
“Buang sifat ego, degil, sombong.. insyaAllah ada keberkatannya dalam mencari kebagiaan rumah tangga. Terlalu banyak menonton drama Melayu dah menjadi ikutan pulak.
“Saya sedar duit boleh buat apa saja. Boleh beri bahagia boleh juga musnahkan segala-galanya. Kini, saya hanya mampu berdoa moga Allah sedarkan dirinya bahawa kebahagiaan itu akan hadir jika sifat ego, sombong dan degil dapat dibuang jauh-jauh dalam dirinya.
“Saya berharap dan berdoa agar jodoh saya hingga ke jannah.
“Akibat terlalu stress saya disahkan serangan jantung baru-baru ini. Penceraian bukan menyelesaikan masalah malah akan terbabit melukakan hati anak-anak serta ibu bapa di kampung.
“Selagi mampu saya akan tetap pertahankan rumah tangga saya yang saya bina kerana Allah. Malah saya langsung tidak kedekut untuk memohon maaf kepadanya jika kesalahan itu datang dari saya.
“Sakit demamnya saya yang akan uruskan sehinggalah tahap mencuci najisnya. Saya bukan jenis suami yang suka melepak di kedai mamak.
“Masa saya habiskan bersama di rumah membantu siapkan kerja rumah. Jika ego, sombong menguasai diri habislah kebahagiaan yang dibina.
“Saya tak putus berdoa, moga ada sinar satu hari nanti. Dan Allah hilangkan segala sikap buruknya demi mahligai yang kami bina.”
MW : Wahai suami, jika rumah tangga diuji dengan kesusahan dan penyakit. Ingatlah kepayahan ujian yang Allah berikan kepada Nabi Ayub AS. Yang terus bersabar dan tak putus doa, hingga Allah kembalikan semula kesihatan dan kebahagiaan hidupnya. MW doakan semoga Allah rungkaikan masalah rumah tangga suami ini.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI