suami penting diri

Ada ramai lagi kaum suami jenis pentingkan diri sendiri tetapi dia tak sedar. Contoh mudah bila sudah sah jadi suami isteri, si dia nak halang isteri buat itu ini.

Tak bagi isteri balik kampung jumpa mak ayahnya, marah bila isteri hulurkan duit pada mak ayahnya serta adik beradik dan macam-macam lagi kes yang membuatkan isteri jadi serba salah. Akhirnya isteri yang jadi mangsa. Dituduh anak derhaka dan tak kenang budi.

Maka inilah salah satu cebisan masalah selepas berumah tangga yang kita tak dapat nak baca sebelum nak kahwin. Namun jangan kecewa, ini satu ujian dariNya dan kita kena hadap dengan cara terbaik.

Bagi memudahkan ‘pihak lawan’ faham dengan tanggung jawab seorang isteri bergelar anak, hadam dulu perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini.

Jangan Buat Isteri Jadi Anak Derhaka

“Pilih salah satu…abg atau ibu bapa awak…”

Kenapa perlu bagi pilihan sebegini pada isteri?

IKLAN

Kalau dia pilih ibubapa dia, kita nak kata dia isteri yang derhaka? Kalau dia pilih kita, ibubapa dia akan anggap dia anak yang derhaka?

Best ke dapat title “derhaka”?

Tak kisah la anak derhaka ke, isteri derhaka ke, tetap derhaka. Kita yang jadi suami ni, tak dapat title tu? kita tak menderhaka kepada siapa-siapa?

Suami derhaka mungkin jarang kita dengar sebab derhaka si suami bukanlah pada isteri, tapi pada Allah. Suami yang menzalimi isteri dengan perbuatannya, suami yang tak menunaikan hak-hak isteri, suami yang tak bertolak ansur kepada isteri, suami yang tak bertanggungjawab, suami yang tak menjalankan tugas sebagai menantu, suami yang pukul isteri dan sebagainya ni, dia menderhaka kepada Allah.

IKLAN

Sebab isteri itu amanah dari Allah, untuk dia jaga, untuk dia pelihara, untuk dia berasa tenang dan gembira.

Derhaka kepada manusia, apa manusia boleh buat? Tapi kalau derhaka kepada Allah, apa yang Allah boleh buat? Hidup tak tenang, rezeki sempit, selalu sakit, asyik serba tak kena je urusan harian. Ada saja perkara-perkara yang terjadi kepada kita.

Semua tu bertujuan untuk apa?

Untuk mengingatkan kita, untuk menyedarkan kita. Allah tegur kita dengan cara menguji kita. Selagi kita tak sedar akan salah kita, selagi kita tak kembali ke pangkal jalan dan selagi kita tak memperbetulkan dan memperbaiki diri kita, selagi itulah kita akan diuji.

IKLAN

Suami Kena Faham Tanggung jawab Isteri

Jadi suami ni, tak perlu sampai tahap pentingkan diri sendiri, nak hak-hak suami tu dipenuhi isteri, nak dilayan seperti maharaja, nak isteri tunduk sujud kat kita. Nope, tak perlu sampai tahap macam tu.

Jadi suami, perlu jadi manusia jugak, kena ada sifat tolak ansur, budi bicara, faham memahami, saling melengkapi. Perlu guna logik akal, perlu waras, perlu bijak dan perlu fikir tentang perasaan orang lain sebelum bercakap dan membuat sesuatu keputusan.

Kalau selalu rasa diri tu betul je, selalu pakai agama untuk menundukkan isteri, then tanya diri sendiri, agama larang ke seorang anak berbuat baik kepada orang tuanya walaupun dia bergelar isteri?

Kemudian agama suruh kita yang jadi menantu ni anggap mertua tu sebagai ibubapa sendiri.

Nak ke tinggal “ibubapa sendiri” tak ada orang jaga, hidup sorang-sorang, sakit demam diorang tanggung sendiri?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI