Dah Dua Bulan, MasyaAllah.. Comelnya Jantung Hati Fasha Sandha Dan Aidil

Seindah namanya, Aisha Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik selamanya. Itulah nama jantung hati pelakon Aidil Aziz dan Fasha Sandha.

Yang mana, kongsi Fasha sebelum ini, Aisha adalah anak kelima buat mereka berdua. Ini kerana, sebelum mendapat Aisha, Fasha pernah keguguran dua kali.

Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus ada dan tak putus doa.

Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.”

Diam tak diam, Aisha dah pun dua bulan. Kata Fasha anak bongsunya itu dah pandai ajak berbual. Memang comel pun tengok Aisha berceloteh dengan bahasanya sendiri.

Ibunya pun tak lokek berkongsi perkembangan Aisha dengan peminat di laman instagramnya. Geram tengok mata bulat Aisha dan bibir mungil bak merah delima tu. ‘MasyaAllah.. comelnya.’ Rata-rata memuji akan kecomelan puteri bongsu ini.

IKLAN

Bak kongsi Fasha sebelum ini, “Ramai cakap baby Aisha Amaira muka ayah, Alhamdulillah mata dengan bibir ikut ibu. Yang penting baby Aisha sihat.”

Tiada Instagram Untuk Anak-anak – Fasha Sandha

Buat peminat yang mahu mengikuti perkembangan cahaya mata pasangan pelakon ini, boleh langsung saja lihat di instagram Fasha atau Aidil. Kerana, mereka tak buat akaun instagram untuk anak-anak.

Aisha takde IG (Instagram) tau… Aisha terkejut ramai buatkan IG untuk Aisha. Ibu tak buat IG untuk mana-mana pun anak-anak ibu sebab ayah tak izinkan.

Jadi gambar #iburayfalrayshaaisha semua dalam IG ibu je tau…”

Baca sini : ‘Baik single daripada bersama orang yang salah’ Padu pesan Fasha Sandha

Bermakna, yang anda baca atau temui akaun Aisha Amaira di laman instagram itu bukanlah dimuat naik oleh Aidil mahupun Fasha sendiri.

Aisha Amaira merupakan cahaya mata pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli namun bercerai pada 2016. Hasil perkahwinan mereka, dikuniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram. 7 dan Putri Raysha Jemyma, 6.

MW : Semoga Aisha Amaira membesar menjadi anak yang disayangi dan disenangi mak ayah.

Sumber/Foto : Fasha Sandha