Peningkatan kes dari hari ke hari membuatkan barisan hadapan negara turut terdedah kepada virus korona ini. Namun rata-rata petugas kesihatan yang positif bukanlah disebabkan mengendalikan pesakit sebaliknya berpunca daripada sebab lain.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini seramai 73 petugas kesihatan telah dijangkiti virus ini dan 47 daripadanya positif setelah menghadiri kenduri kahwin yang turut dihadiri jemaah tabligh.
Seramai 73 petugas kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) telah dijangkiti koronavirus (Covid-19).
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini bukan disebabkan oleh pengendalian kes positif Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM.
“Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4 peratus) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh,” katanya pada sidang media perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.
Menurutnya, lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif Covid-19.
Hospital Teluk Intan Paling Tinggi
Beliau berkata, Hospital Teluk Intan mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi melibatkan petugas kesihatan iaitu 37 kes.
“Ia diikuti dengan Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan dan Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang Selangor serta Hospital Selayang,” katanya.
Ads
Dr Noor Hisham berkata, seramai 1,895 anggota kesihatan yang merawat pesakit Covid-19 di fasiliti kesihatan KKM telah menjalani ujian pengesahan.
“Seramai 1,187 adalah negatif manakala 708 lagi masih menunggu keputusan. Setakat ini tiada kes yang positif,” katanya.
Beliau menyeru kepada kakitangannya agar memaklumkan kepada ketua jabatan sekiranya terlibat secara langsung dengan jemaah tabligh atau mempunyai kontak dengan individu di majlis perkahwinan di Bangi dan Putrajaya.
“Majlis perkahwinan berkenaan diadakan di Bangi pada 6 Mac manakala resepsi diadakan sehari selepas itu di Putrajaya. Petugas kesihatan dipercayai menghadiri kedua-dua majlis tersebut,” katanya.
Barisan Hadapan Keletihan
Ditanya dakwaan rakaman audio mengenai petugas barisan hadapan keletihan yang tular aplikasi WhatsApp, beliau mengakui keadaan tersebut.
Ads
“Betul! Frontliner kita memang telah bekerja tanpa henti lebih kurang tiga bulan termasuk di Ibu Pejabat KKM sendiri,” katanya.
Menurutnya, pegawai perubatan terpaksa bekerja sehingga maksimum 16 jam bagi merawat pesakit Covid-19.
“Tetapi apa yang penting sekarang adalah kita dapat menyelaraskan sumber manusia,” katanya.
Beliau berkata, seramai 3,400 kakitangan dalam perkhidmatan telah dikerahkan ke klinik dan hospital yang memerlukan.
Ads
“2,500 daripadanya adalah jururawat berpengalaman dan sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan untuk membantu di klinik dan hospital.
“Seramai 3,000 jururawat yang telah bersara membuat pendaftaran dengan KKM untuk berkhidmat semula,” katanya.
Tambahnya, KKM sedang mengenalpasti kepakaran jururawat tersebut sama ada di ICU, di dewan bedah dan sebagainya.
“Kita akan gunakan kepakaran mereka untuk penempatan sama ada di klinik atau pun hospital KKM.
“Kita dapat tampung keperluan secara keseluruhannya kalau kita kerahkan sumber manusia yang sedia ada,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Semoga Allah sentiasa melindungi barisan hadapan daripada dijangkiti virus ini. Tidak dapat bayangkan jika barisan lumpuh. Ayuh sama-sama kita doakan petugas kesihatan yang dijangkiti kembali pulih seperti sediakala. Orang ramai pula diminta untuk jaga diri dan sentiasa positif hadapi dugaan besar ini.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayi masih kecil, apatah lagi baru pandai merangkak dan berjalan memang memerlukan penjagaan dan perhatian rapi.Cukup menyayat hati, apabila dilaporkan seorang bayi perempuan berusia lapan bulan maut akibat lemas selepas terjatuh dari katil lalu tersembam dalam bakul sampah di rumah pengasuhnya di Taman Pasir Pinji, di sini kelmarin.
Bayi itu disedari terjatuh dari katil pada jam 6.15 petang oleh pengasuhnya yang berusia 24 tahun dalam keadaan kepalanya berada dalam tong sampah di tepi katil.
Dijaga Dua Pengasuh
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, berkata laporan berhubung kematian bayi itu diterima pada jam 8 malam hari kejadian yang dibuat pihak pengurusan sebuah hospital swasta.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati bayi berkenaan dihantar oleh bapanya untuk dijaga oleh dua pengasuh, masing-masing berusia 45 dan 24 tahun, sejak anaknya itu berusia 30 hari.
“Kedua-dua pengasuh wanita itu tidak mengenali siapa ibu bayi berkenaan dan bapanya hanya datang melawat mangsa sebanyak empat kali sebulan.
“Pengasuhnya yang berusia 45 tahun bekerja pada hari kejadian dan sepanjang dia bekerja, bayi berkenaan dijaga oleh anak perempuannya yang berusia 24 tahun,” katanya
Baru Pandai Merangkak
Katanya, hasil siasatan awal juga mendapati mangsa baru pandai merangkak dan pada hari kejadian, pengasuhnya itu menidurkannya di atas katil dalam bilik dengan meletakkan bantal sebagai penghalang.
“Bayi itu ditinggalkan tidur di atas katil dengan dikelilingi bantal tinggi pada jam 5 petang dan 30 minit kemudian pengasuhnya ada menjenguk di bilik dan dapati mangsa masih tidur dalam keadaan baik.
“Pada jam 6.15 petang, pengasuhnya sekali lagi meninjau keadaan bayi itu dan mendapati mangsa jatuh dalam keadaan tertonggeng dalam tong sampah yang berada di tepi katil. Tiada sebarang bunyi atau tangisan didengari sebelum kejadian berlaku,” katanya.
Punca Kematian Mati Lemas
A Asmadi berkata, semasa kejadian hanya pengasuhnya itu sahaja berada di rumah.Hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati sebab kematian adalah kerana ‘Asphyxza’ iaitu lemas.
“Bayi itu tertonggeng masuk ke dalam tong sampah dan darah terkumpul di paru-paru menyebabkan jantung tidak dapat berfungsi,” katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan juga tidak menemui sebarang kesan penderaan atau elemen kecederaan lain pada tubuh mangsa.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan pengasuhnya kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
MW: Semoga perkongsian ini menjadi iktibar buat mak ayah, agar lebih berwaspada menjaga anak-anak terutamanya yang baru belajar merangkak. Elakkan bayi sendirian dan tidur ditempat tinggi yang boleh menyebabkan risiko bayi jatuh. Salam takziah buat keluarga mangsa. AlFatihah.
Eyra Hazali selamat bersalin anak ketiga, “Baby tak sabar nak tengok dunia. Alhamdulillah.” Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan pada malam Khamis.
Berita gembira itu dikongsi Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, yang memberi bayangan kelahiran itu berlaku lebih awal berbanding jangkaan asal.
Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ketiga, “Baby Tak Sabar Nak Tengok Dunia. Alhamdulillah”
Perkongsian berita gembira tentang kelahiran anak ketiganya dikongsi menerusi hantaran di laman Instagramnya.
MASYAALLAH TABARAKALLAH. ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT, SEORANG LAGI KEEPER MAMA PAPA LAHIR PADA 26 SEPTEMBER TEPAT PADA PUKUL 5.43 PETANG. THANK YOU SO MUCH EVERYONE FOR ALL THE WISHES.- TULIS EYRA DI RUANGAN KAPSYEN.
Perkongsian berita gembira tentang kelahiran anak ketiganya dikongsi menerusi hantaran di laman Instagramnya.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sungguh tak sangka kentut yang sering mengeluar ‘gas’ berbau busuk dan sering dianggap ‘menjijikan’ kini ‘didakwa’ boleh merawat macam-macam penyakit. Malah ramai yang sanggup menunggu giliran yang lama untuk mendapatkan rawatan kentut ini.
Seorang Paderi di Afrika Selatan mendakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dengan hanya kentut di hadapan muka pesakit yang datang menemuinya.
Suara.com melaporkan, Christ Penelope dari Bandar Siyandani, Limpopo berkata, dia bukan sekadar kentut di hadapan pesakit tetapi memberikan mereka kesembuhan.
“Bukan hanya kentut semata-mata, saya sembuhkan mereka,” tegasnya.
Cemar Nama Baik Gereja
Kaedah Penelope bagaimanapun mendapat bantahan beberapa paderi lain yang beranggapan perbuatannya mencemarkan nama baik gereja.
“Gereja adalah tempat yang suci. Perbuatan ini bertentangan dengan kepercayaan agama kami,” kata paderi di gereja SevenFold Holy Spirit.
Meskipun kaedahnya lelaki ini luar kebiasaan namun ramai penduduk tempatan yang mempercayainya malah sanggup beratur lama menunggu giliran.
Ada yang sanggup menunggu dua bulan dalam senarai berjumpa Penelope semata-mata mahu mendapatkan rawatan kentut yang disediakannya. Tidak kurang juga ada yang mengumpul kentut Penelope dalam bekas yang bertutup.
Sementara itu, Penelope mempertahankan tindakannya itu dengan menyatakan bahawa apa yang dilakukannya itu adalah untuk menunjukkan kuasa Tuhan. Menurutnya lagi, kentut ke muka orang adalah penting supaya ‘tenaga penyembuhan’ dapat masuk ke dalam badan dan menyembuhkan pesakitnya. Tidak kira kecaman yang diterima, bagi Penelope dia tidak kentut ke muka pesakitnya, tetapi tindakannya itu adalah untuk merawat pesakitnya.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Fasha nasihat wanita perlu miliki duit simpanan sendiri. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Fasha ini.Keberaniannya menghadapi liku-liku kehidupan, termasuk mengharungi pelbagai ujian dan kontroversi,...