Dulu pernah viral tentang chocojar ini dan sekarang pun masih lagi mendapat tempat buat penggemarnya, lebih-lebih anak mesti suka dengan makanan ini yang memang bersalut dan berkait dengan coklat ini.
Nak buatnya tak adalah susah, Cuma mak-mak rajin atau tidak sahaja. Kalau buat, rasanya sekali makan saja sebab anak-anak memang suka dengan chocojar ini. Bukan saja anak-anak, orang dewasa pun ‘ralit’ bila makan. Tak sedar, satu bekas boleh habis.
Namun, kalau tak kena cara, chocojar ini boleh jadi keras terutamanya bahagian coklat. Paling penting untuk buat chocojar ini bila coklatnya cair. Memang best dan mesti sukalah.
Perkongsian daripada Merysona Edyson cara membuat chocojar ini paling senang dan resipinya juga tidaklah terlalu manis. Boleh cuba buat nanti hujung minggu ni. Mesti suka anak-anak, sekali makan teurs habis.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nampak sedap sungguh Ayam Bakar Blackpepper ni, masin manis secukup rasa dan cantik berkilat. Jika berkumpul ramai-ramai, nak buat BBQ boleh ikut resipi mudah yang dikongsikan ini. ‘Gerenti’ sedap menjilat jari.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*Boleh kisar atau tumbuk
Bahan C (kuantiti sesuai selera)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Cara Membuat:
1. Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30 min.
Bahan D
2. Guna gula atau madu. Boleh skip kalau tak suka. Saya letak madu supaya tak de la nanti rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap tadi.
3.Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
4. Bakar dalam oven ikut suhu masing-masing. Saya guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Kalau teringin nak makan ala-ala pizza, mak-mak boleh cuba resipi pizzagardenia ini,mudah sangat. Jika selalu nak buat pizza kena uli dohnya dulu sebagai ‘base’ lapisan bawah, tapi kali ni mak-mak boleh guna kepingan roti je. Jadi kalau ada lebihan roti kat rumah tu, jemu hanya disapu jem atau dibakar begitu sahaja, mak-mak bolehlah cuba resipi ini iya.
Berikut resipi Pizzagardenia oleh Jewel Ecah sebagai panduan;
Senangnya nak buat Strawberry Cheesecake Rolls ini, guna 5 bahan je.Rangup di luar, manis dan lemak berkeju di dalam. Tak perlu renyah nak buat macam-macam langkah untuk hasilkan ‘dessert’yang sedap. Bagi penggemar cheese, resipi ini wajib dicuba.Cuti sekolah dah nak mula hujung minggu ni, bolehlah buat dengan anak-anak.
Berikut merupakan perkongsian resipi daripada Puan Hurun’lin Malik sebagai rujukan.
“Omaigadd! Hmm good bak kata anak ain.Sedap kot. Main taram je tu, tersedap pulak. Guna bahan ape ade je, bayangkan cuma 5 bahan je. Ain bagi nama strawberry cheesecake roll. hihi suka ati je. Jom tengok apa bahan-bahannya”.
Strawberry Cheescake Rolls
Bahan-bahan:
10 keping kulit popia
250g cream cheese
6 biji strawberry (potong kecil)
2 sudu besar gula aising
4 titik esen vanilla
*Tambahan gula aising untuk ditabur
Cara Membuat:
1. Pukul cream cheese dengan gula sehingga kembang.
2. Sudukan cream cheese di atas kulit popia.
3. Letakkan buah strawberry di tengah cream cheese.
4. Kemudian, tutup dengan lapisan cream cheese lagi.
5. Lipat popia macam biasa.
6. Goreng sehingga kekuningan.
7. Tabur dengan gula aising dan sedia untuk dihidang.
Seorang lelaki maut dalam kemalangan Jalan Batu Pahat–Kluang apabila kenderaan pacuan empat roda dipandunya melanggar lori di tepi jalan. Isterinya yang hamil enam bulan terkejut kehilangan suami tersayang.