Alangkah beruntungnya pelakon terkenal, Rozita Che Wan dan suami, Zain Saidin menerima hadiah majlis persandingan gilang gemilang bernilai lebih RM100,000. Itulah hadiah teristimewa daripada sahabat baiknya, Anas Zahrin yang juga pengasas Anas Cosmetic.
Bak kata Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, Anas ini bukan semata sahabat baiknya. Malah selama 12 tahun mengenalinya, Anas sudah dianggap bagaikan adik sendiri.
Terkejut Che Ta, bila Anas tiba-tiba saja luahkan hasratnya mahu hadiahkan malam persandingan untuknya dan suami. Nak nak sekarang ini kalau buat majlis seumpama itu bukan sedikit kos yang terlibat.
Tapi itulah karektor sahabat baiknya, tidak pernah berkira dengannya walau tentang apa saja termasuklah bab belanja makan.
Hadiah Majlis Persandingan Untuk Che Ta & Zain Saidin
Nak nangis pulak kami, hampa baca jelah na.
Insan yang bertanggungjawab untuk majlis kami dari belah siang sampai malam. Orang yang kami kenal nak masuk 12 tahun persahabatan, macam macam kami lalui dengan si Anas ni.
Ads
Dari awal sebagai rakan kerja sahaja dah sekarang dah jadi sebahagian daripada keluarga, dah macam adik kami dah si anas ni.
Travel sama, shoot sama, jalan jalan sana sini sama, gelak ketawa nangis semua, calling calling 2 pagi. Macam macam lah..sahabat & adik kami.
Mulanya siang memang kami nak buat meet & greet dengan squad inai Che Ta sahaja tapi @anaszahrin cakap dekat kami, “Akak alang alang malam bersanding teruslah, anas hadiahkan untuk akak.”
Kami pun macam terkejutlah sebab dia macam short notice sangat lepas tu makan apa semua bukan murah tapi knowing Anas, dia perfectionist dalam segala benda jadi kami percaya 100% dekat dia. Why not kan?
Kalau nak di kira semua lebih 100k dia keluarkan untuk semua ni tapi kami tak heran sebab sepanjang kami kenal Anas, tak pernah lagi kami bayaq duit makan ka apa ke.
Memang dia paling laju bayaq.. takda peluang langsung kami.. tapi kan hampa, kalau nak dikira dengan wang ringgit, persahabatan kami memang tak boleh nak di nilai dengan duit.
Kami just nak ucap thank you dekat Anas untuk semua ni, semoga persahabatan yang terjalin kekal sampai bila bila. Love you.
Mingguan Wanita :Beruntung sebenarnya ada sahabat yang baik dunia akhirat ini. Kebaikannya mengalir dekat dengan sesiapa yang dekat dengannya. Seronok tengok gambar dan momen-momen manis persandingan semula Che Ta dan Zain serta dikelilingi anak-anak.
Doktor Falsafah ini, Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid berkongsi pengalaman mengambil semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tahun 2022 (SPM 2021). Ada sebab mengapa beliau ulang SPM Bahasa Inggeris ini.
Dahulu, semasa zaman belajar tingkatan lima, beliau akui pernah melakukan kesilapan bodoh. Sehingga pernah dibuang asrama lalu duduk rumah sewa.
Malah, keputusan peperiksaan SPM nya juga tidak dipaparkan dalam sijil kerana kegagalan satu subjek. Seiring dengan kematangan usia, beliau tekad ‘upgrade’ diri. Dan ketika memegang gelaran doktor falsafah, beliau beranikan diri mengulang kertas Bahasa Inggeris untuk SPM 2021.
Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk anak-anak yang lainnya.
Learn From Your Mistakes (Belajar Daripada Kesilapan)
1. Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).
2. Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini.
Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 .
Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.
3. Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang.
Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM.
Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil.
Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai.
Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.
4. Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022.
Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking.
Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .
5. Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan.
Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.
6. Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).
IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia.
Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned.
Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.
7. Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama.
Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah (UTM).
Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.
Mingguan Wanita : Tahniah Dr. Semoga kejayaan Dr menyuntik inspirasi kepada yang lainnya. Tidak menjadikan usia sebagai penghalang kejayaan. Sungguh untuk ulang SPM Bahasa Inggeris selepas menggenggam kejayaan yang tinggi bukannya mudah, namun Dr telah buktikan ianya tidak mustahil.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
‘Bukan semua orang cukup nak makan siang malam’. Allah bagi kita rezeki, bersyukurlah selalu. Janganlah mengeluh mahu itu dan ini, sedangkan kita masih cukup makan dan minum.
Sedangkan orang lain menghitung duit untuk menunggu gaji di hujung bulan. Kenaikan harga barang membuatkan ramai mak ayah yang terdesak meneruskan hidup.
Jadi bila mak ayah dikurniakan rezeki yang lebih bersyukurlah seadanya kerana masih ramai lagi di luar sana yang lebih susah hidupnya.
Kami anak beranak saling memandang, sayu rasa hati.
Masing-masing terdiam.
Saya yang tengah silih berganti suap nasi pada Adwa dan Imran, rasa bergenang air mata.
Syukur Allah masih bagi rezeki anak-anak makan dan belum teruji dengan ujian seperti saudara tadi tu.
Suami cerita lagi, orang tu minum teh o dengan makan roti saja sebungkus. Nak beli makanan lain, tak cukup duit katanya.
Allah. Sedihnya….
Lepas itu suami cakap pada anak-anak,
‘Bukan semua orang ada duit dan cukup nak makan nasi pagi petang siang malam’.
‘Jadi, Allah dah bagi kita rezeki ni, bersyukur selalu, jangan memilih makanan’.
Suami pesan lagi dekat anak-anak.
‘Ingatlah, syukur dan berkongsi itulah yang menjadikan jiwa hamba kita terus sedar bahawa kita tetaplah hamba, selamanya’.
Secebis cerita rakyat dari rakyat.
Semoga Allah permudahkan segala urusan rezeki kita hari ini dan hari-hari yang mendatang.
Mingguan Wanita : Dalam hidup ini jangan kita terlalu mendongak ke langit. Kadang-kadang renunglah ke bawah kerana lebih ramai yang hidupnya lebih susah daripada kita.
Bunga Elhaq cucu sulung, suami Sheila Rusly minta anak jadi seorang ayah yang baik. Tahniah diucapkan buat adik kepada pelakon Fasha Sandha iaaitu Elisya Sandha dan suami yang telah selamat menimang cahaya mata perempuan.
Bukan itu saja malah Sheila Rusly dan suaminya juga berasa sangat gembira dengan kelahiran cucu sulung mereka. Elisya dan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy atau Haq, 26, berkahwin pada 21 Ogos 2021 setelah beberapa tahun menyulam cinta.
Bukan sekadar Sheila memuat naik berita gembira tersebut, malah suaminya Jinggo juga meluahkan rasa gembira apabila bergelar datuk.
Paling terharu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Jinggo_jspictures menerusi kapsyen begitu sebak apatah lagi memberi pesanan paling penting buat anaknya. Malah Jinggo juga berpesan agar anaknya, Haq menjadi seorang ayah yang baik.
“Son…
Ini pesan papa pada u…
Keluarga kita tak besar…
Tapi jangan sampai jadi lebih kecil…
Keluarga kita kena bersatu….
Adik beradik tak boleh berhasad dengki antara satu…
Keluarga kita kena bersatu…
Adik beradik wajib bantu membantu bukan menjatuhkan antara satu…
Keluarga kita kena bersatu…
Adik beradik mesti menyayangi antara satu bukan berburuk laku…
Andai ada yang satu itu di antara kamu, tinggalkan lah yang satu itu… kerana satu itu akan merosak Genarasi ku…
Bersempena hari bersejarah..
U bergelar Ayah…
Papa serahkan amanah yang papa tanggung dari arwah Atuk you…dari dia ada hingga sudah tiada untuk u sambung dan tanggung… kerana u adalah pewaris keturunan kita selepas papa…Jagalah yang SATU itu….
Happy fathers day son…
Jadilah seorang ayah yang baik @uzairhaqimy69,” kongsi Jinggo.
Menerusi perkongsian Haq juga rasa sangat bersyukur apabila mendapat gelaran sebagai seorang ayah.
“Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers Alhamdullillah terlahir lah anak sulung kami, syukur Ya Allah..
“Cun cun pulak Father’s day hari ni hehe terus dapat title father lah for 2022 😜 and i would also like to wish two of my Fathers Papa and Daddy a Happy Father’s day! Tanpa mereka siapa lah kami.
“Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yang tidak mampu ku nilai ini, Alhamdullillah ❤️ muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh!” tulis Haq.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.