che ta

Ramai golongan wanita suka jadikan beg tangan sebagai koleksi dan pelengkap gaya diri. Namun tak ramai yang tahu memilih beg tangan yang sesuai serta cara penjagaan beg tangan tersebut.

Pelakon Rozita Che Wan, 45 atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta memang terkenal mempunyai deretan koleksi beg tangan mewah pelbagai jenama. Apa yang mencuri tumpuan, ikon fesyen ini suka memadankannya dengan beg tangan yang cukup bersesuaian dengan personaliti dan setiap acara yang dihadirinya. Memang nampak cukup sempurna!

Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Zain Saidin ini ada berkongsi tip pemilihan beg tangan serta pantang larang yang tak patut dilakukan pada beg tangan yang dimiliki berdasarkan pengalaman Che Ta sendiri.

Berikut antara perkongsian tersebut yang boleh dijadikan sebagai panduan.

6 Tip Nak Pilih Handbag

1. Majlis

Menurut perkongsian ibu kepada Aaisyah Dhia Rana ini, pemilihan beg tangan mengikut kesesuaian majlis sangat penting.Pilihlah beg tangan yang sedikit elegan dan berkulit lebih lembut jika menghadiri majlis perkahwinan, majlis harijadi atau keluar berjalan-jalan.Warna-warna yang sesuai seperti hitam, hijau, warna nude. Namun apa yang penting, biarlah ia bersesuaian mengikut tema, baju dan majlis yang dihadiri.

2. Warna

Hitam, nude dan coklat adalah warna universal yang paling senang untuk dipadankan dengan pelbagai baju.Namun kata Che Ta, seandainya nak kelainan, sesekali boleh pilih warna-warna seperti hijau, pink atau warna-warna terang untuk nampak lebih meriah.

3. Bentuk Badan

Selain rupa bentuk beg, bentuk badan si pemakai juga perlu diambil kira.Kata Che Ta, kalau beg tangan cantik tapi tak bersesuaian dengan bentuk badan, gaya pasti tidak menawan.

Jika memiliki ketinggian kurang 6 kaki, seeloknya pakai beg tangan yang tidak terlalu besar. Besar sedikit tak apa, tapi jangan ‘oversize’. Mereka yang tinggi pula, janganlah bawa beg tangan yang terlalu kecil. Maksudnya, pilihlah beg tangan yang bersesuaian dengan ketinggian dan saiz yang dimiliki.

4. Harga

Aspek harga pun perlu diambil kira. Dalam nak bergaya, berpada-padalah.Bergaya biar ikut kemampuan.

Kata Che Ta, memang seronok kalau boleh memang nak pakai yang berjenama seperti Louis Vuitton, Chanel dan macam-macam lagi, tapi banyak juga jenama bbaru yang tak terkenal namun memiliki kualiti sangat bagus.

5. Kualiti

Bagi Che Ta sendiri,”Yang mahal tak semestinya bagus, yang bagus tak semestinya mahal”. Apa yang penting pilihlah yang berkualiti. Masa nak beli tu tengok cara jahitan, material yang digunakan dan juga baca testimoni atau ulasan mengenai jenama/model beg tangan tersebut.

6. Rekaan Beg Tangan

Menurut Che Ta lagi, rekaan beg tangan adalah faktor yang paling utama sebenarnya sebelum kita membeli.Sebab benda pertama yang kita nampak adalah rekaan beg itu sendiri.Jadi sangat penting, pilih rekaan beg tangan yang trendy, moden dan evergreen supaya boleh guna untuk tempoh yang lama dan tak nampak ketinggalan.

View this post on Instagram

6 TIPS MEMILIH HANDBAG YG RAMAI ORG TAK TAHU! . . Harini, i nk share dgn uolls tips2 plg penting, bila nk membeli handbag.. Tips ni i ambil dari pengalaman sndiri tau.. . . 1. MAJLIS Uolls semua kna tahu, bag ni nk guna utk majlis apa, atau nk bawa ke mana.. Bkn apa, takut x sesuai.. Kalau ke wedding, majlis harijadi atau keluar brjalan-jalan, pilih yg sedikit elegan dan brkulit lebih lembut.. Warna2 yg sesuai spt hitam, hijau, warna nude atau yg sesuai mengikut tema and baju uolls… . . 2. WARNA Hitam, nude dan coklat adalah warna plg 'universal' dan plg sng match dgn byk baju.. Tp kalau nak kelainan, blh pilih warna spt hijau, pink atau warna2 terang.. I sendiri, suka warna2 yg simple.. Kdg2 je guna warna meriah2 ni.. Hehe… . . 3. BENTUK BADAN Yg ni sgt penting.. Handbag cantik tp klau x kena dgn bentuk bdn, x jadi jgak! Kalau 6 kaki ke bwh, disarankan gna handbag yg x trlalu besar.. Takut nnt nmpk mcm bwk peti ice pulak.. Hehe.. Besar sedikit tak mengap, tp jgn 'oversize'! Yg tinggi pulak, jgn guna handbag yg trlalu kecil tau.. . . Ada 3 lg tips yg sy simpan.. Kalau nak tahu, komen –> "nk tahu" . . Baru sy akan bgtau apa lg 3 tips yg sgt penting tu.. . #rcw #zapatos #rcwhandbag #premiumhandbag #zapatosxrozitachewan #hera . #green

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

View this post on Instagram

[SAMBUNGAN] – 6 TIPS MEMILIH HANDBAG YG RAMAI ORG TAK TAHU! . . Ok tadi kita dah share 3 tips.. Skrg i akan share 3 lagi tips utk memilih handbag.. Dan tips ni melalui experienced jugak.. Yg murah, yg mahal, yg kecik, hat besaq semua kami dah pakai.. So kami share 3 lagi tips di bawah.. . . 4. HARGA Penting ikut kemampuan.. Mmg lah, best kan kalau blh pakai LV, Chanel, Bottega dan semua brand2 ganas tu.. Tp, byk jugak brand yg baru dan kurang terkenal, tetapi ada kualiti yg sgt baik.. . . 5. KUALITI Yg mahal, tak semestinya bagus.. Yg bagus, tak semestinya mahal.. Kan? Jadi penting utk uolls pilih kualiti.. Tgk cara jahitan, tgk material yg digunakan.. Yg penting, baca review dan testimoni berkenaan jenama/model handbag tersebut… . . 6. DESIGN HANDBAG Inilah faktor plg utama sebenarnya.. Sbb benda pertama yg kita nmpk adalah, design bag itu sendiri.. Betul tak? So sgt penting uolls pilih design yg trendy, modern dan evergreen.. Supaya blh guna utk tempoh yg lama, dan tak nmpk ketinggalan.. . . Itu 6 tips yg i boleh bg kat uolls.. Tp sebenarnya, ada lg rahsia2 ttg handbag yg i nk bagi.. Uolls nk tahu tak? . . Kalau nk tahu, komen kt bawah –> "nak lagi". Sy akan share lg tips2 penting ttg handbag kalau cukup 100 komen! . . #rcw #zapatos #rcwhandbag #premiumhandbag #zapatosxrozitachewan #hera . #green

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Sementara itu, Che juga ada kongsikan antara 7 pantang larang yang ‘Haram’ dibuat pada beg tangan.

1. Haram Simpan Dalam Plastik

Terutama jika simpan dalam beg plastik sampah. Ini kerana menurut Che Ta, beg plastik akan memerangkap lembapan dan boleh mengakibatkan kulat.

2. Jangan Sesekali Letakkan Di Bawah Lantai

Ia bukan bermaksud merendahkan beg tangan tapi berkaitan isu kebersihan. Lantai mempunyai banyak kuman atau bakteria yang boleh melekat pada beg tangan dan boleh menyebarkan pula jangkitan pada keluarga.

3. Jangan Biarkan Kosong

Jangan sesekali simpan beg tangan dalam keadaan kosong. Letakkan suratkhabar atau bahan-bahan asal yang ada dalam beg tangan masa baru beli. Ini bagi mengekalkan beg tangan pada bentuk asal dan kekal nampak seperti baru!

4. Elakkan Terkena Matahari Untuk Tempoh Lama

Menurut Che Ta, jika beg tangan dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warnanya.

5. Kenal Jenis & Cara Penjagaan Berbeza

Tambah Che Ta, adalah penting kenal pasti jenis material beg tangan yang dimiliki.Kena tahu jenis kulit ke, PVC ke PU ke.. Kena ambil tahu dan sangat penting kerana setiap jenis material ini memerlukan penjagaan yang berbeza.Tak boleh dilayan sama semuanya. Ada yang memerlukan extra care, ada yang perlu dicuci, ada yang jenis manja dan ada juga jenis yang tak perlukan perhatian sangat.

6. Jangan Pegang Dengan Tangan Kotor

Nasihat che ta, peganglah beg tangan dengan tangan yang bersih bagi mengelakkan segala bakteria berkumpul.

7. Jangan Biarkan Tak Bertutup

Pesan Che Ta, kena simpan beg tangan dalam kain pelindung. Biasanya akan dapat sekali masa beli beg tangan. Pastikan ia bertutup (jangan tutup dengan plastik). Ini untuk mengelakkan beg tangan tu daripada berhabuk dan debu ‘bermaustatin’ dari luar dan dalam beg tangan kita. Dan juga untuk elakkan dari dicakar kucing!

View this post on Instagram

PART 1 – PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA! . . 1. HARAM SIMPAN HANDBAG DALAM PLASTIK! Beg sampah.. Beg plastic jenama Nobita ke, yg dpt dari supermarket tu ke.. NO NO NO… NO WAY! Tau x sbb apa? Sbb, beg plastik akan memerangkap lembapan.. Ini blh mengakibatkan kulat! Takkan nk pakai handbag yg berkulat kan? Eeww.. . . 2. JGN SESEKALI MELETAKKAN HANDBAG DI BWH LANTAI… Ini bukan isu merendahkan martabat handbag uolls.. Tp ini isu kebersihan! Lantai tu, kita blom tau lg apa jenis kuman/bakteria yg ada.. Mungkin bakteria plg berbahaya sdg bergolek-golek keriangan kt situ.. Takut2 nnt, ia melekat pada handbag uolls.. Seterusnya mampu menjangkiti uolls sekeluarga! . . 3. JGN HANDBAG DIBIARKAN KOSONG Hati kalau x diisi dgn iman pasti rapuh.. Sama juga handbag..Jgn sesekali simpan dlm keadaan handbag kosong.. Letakkan suratkhabar, atau bahan2 asal yg ada dlm handbag masa uolls baru beli.. Ini bg mengekalkan handbag pada bentuk asal dan kekal nmpk seperti baru! . . 4. ELAKKAN HANDBAG TERKENA MATAHARI UTK TEMPOH LAMA Kulit handbag kita bkn mcm kulit kita.. Mereka x perlukan Vitamin C! Kalau dibiarkan terdedah pada matahari/cahaya secara terus menerus, mampu memudarkan warna handbag.. Rugi sgt nnt.. Dah pudar, malu lah nk tunjuk kat orang.. Kan? Huhuhu… . . Ada lg beberapa tips sy nk bagi.. Tp x muat letak dlm satu posting.. . . Nk sy bagi lagi? . . KOMEN –> “I want more” . . #rcw #zapatos #rcwhandbag #premiumhandbag #zapatosxrozitachewan . #iris . #black

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

View this post on Instagram

PART 2 – PANTANG LARANG YG “HARAM” DIBUAT KEPADA HANDBAG KITA! . . Kalau belum baca part 1, sila baca dulu di post sebelum ni tau.. Baru faham.. Yg dah baca part 1, boleh teruskan baca part 2 di bawah… . . 5. HANDBAG SAMA WARNA, FABRIK LAIN2… Uolls kena kenal jenis handbag uolls ok! Kena tahu.. Leather ke.. Pvc ke.. PU ke.. Kena ambil tahu.. Very important.. Sebabnya.. Setiap jenis material ni, memerlukan penjagaan yg berbeza.. Tak boleh dilayan sama semuanya.. Ada yg memerlukan extra care.. Ada yg perlu dicuci.. Ada juga yg jenis manja.. Ada juga yg jenis x perlukan perhatian sgt.. Jadi JANGAN layan semuanya sama.. Ok? . . 6. PEGANG HANDBAG DGN TANGAN KOTOR Mmg betul.. Ni handbag uolls.. Nk pegang mcm mana pun.. Terpulang pada uolls.. Tp my advice.. Pegang dgn tangan bersih.. Sbb, kita mesti taknak bakteria berkumpul di handbag kita, btl tak? Nanti bakteria2 tu berjumpa, berkawan, lepas tu bergabung, blh menghasilkan satu kumpulan bakteria yg ganas! Kalau ada anak kecil, baby tu main gigit2 pula handbag kita, ahh sudah! . . 7. JANGAN BIARKAN HANDBAG TAK BERTUTUP… Org perempuan, handbag beli banyak2.. Lepas tu terbiar jer.. Uolls kena simpan dalam kain pelindung.. Biasanya dpt sekali masa beli handbag.. Pastikan bertutup (Jgn tutup dgn plastic).. Ini utk mengelakkan handbag tu dari berhabuk dan debu bermastautin di luar dan dalam handbag kita… Dan juga utk elakkan dari dicakar kucing! . . Itu lah tips2 yg dpt I bagi kat uolls… Mungkin nmpk tak penting, tp sebenarnya very very important! I bagi based on my experienced… . . Haritu.. Ada kawan I share tentang personality wanita mengikut jenis handbag yg dia pakai… . . Uolls nak tahu ke? . . Kalau nk tahu.. Support sikit.. Penat tau jari nk menaip.. Huhuhu… Bukan support apa.. Support komen ja punnn… . . KOMEN –> “tq cheta” . . Kami ikhlas bg tips2 ni.. Tp kalau dpt 97 komen.. Baru kami up “PERSONALITI WANITA MENGIKUT HANDBAG YG DIGUNAKAN” . . #rcw #zapatos #rcwhandbag #premiumhandbag #zapatosxrozitachewan . #iris . #black

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Semoga perkongsian tip daripada Che Ta ini bermanfaat!

MW: Jadi buat para wanita, sebelum nak beli, gayakan dan simpan beg tangan tu, boleh jadikan tips daripada Che Ta ini sebagai panduan! Selamat Mencuba!

Sumber: Rozita Che Wan

Jangan Lupa Komen