Cerai fast track, langkah untuk para suami ‘bebaskan’ isteri secara baik. Proses penceraian di mahkamah biasanya mengambil masa yang lama namun melakui cerai fast track, urusan dapat dilakukan dalam masa yang singkat, memudahkan proses pasangan yang ingin berpisah.

Sebelum ini proses perceraian mengambil masa yang lama. Ada yang bertahun baru selesai. Situasi sebegini sebenarnya memberi beban emosi kepada isteri terutamanya. Bila suami enggan lepaskan, isteri sudah tak ada hati sudahnya rumah tangga yang dibina mengundang dosa pula.

Artikel lain: Cerai Fast Track Mudahkan Proses Perceraian Ambil Masa Hanya 6 Jam

Cerai Fast Track, Langkah Untuk Para Suami ‘Bebaskan’ Isteri Secara Baik

Cerai Fast Track

“Pewujudan proses kerja kes cerai secara ‘fast track’ yang diperkenalkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) pada tahun 2015 bukan proses yang diwujudkan semata-mata untuk menyelesaikan kes cerai dengan sewenang-wenangnya.”

Bermakna pemohon juga perlu melalui langkah-langkah sewajarnya dalam memenuhi prosedur cerai fast track ini.

“Sebelum ini pasangan suami isteri yang datang ke mahkamah untuk memfailkan kes cerai, mereka akan berjumpa dengan Pegawai Runding Cara Keluarga di unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah. Di situ mereka mencari jalan penyelesaian konflik dalam rumah tangga mereka.”

“KES AKAN DIFAILKAN DI MAHKAMAH SYARIAH APABILA SEMUA USAHA MELALUI RUNDINGCARA GAGAL. BERMAKNA PERKAHWINAN ITU TAK DAPAT LAGI DISELAMATKAN.”

Cerai Fast Track Selesaikan Aduan Pelanggan

Dengan itu tujuan diwujudkan kerja kes cerai secara fast track ini bertujuan menyelesaikan aduan dan rungutan pelanggan di Mahkamah Syariah Selangor yang didakwa mengambil masa terlalu lama untuk selesaikan kes-kes cerai di negeri Selangor.

Ini adalah satu prosedur operasi standard yang dibangunkan oleh JAKESS untuk kurangkan kerenah birokrasi dalam pengendalian kes-kes cerai yang difailkan atas persetujuan bersama suami isteri.

Cerai Fast Track, Langkah Untuk Para Suami ‘Bebaskan’ Isteri Secara Baik

Sedangkan prosedur sebelumnya mengambil masa sehingga 90 hari untuk diselesaikan.

Syarat Pelaksanaan Cerai Fast Track

Dokumen telah lengkap
Suami isteri hadir di mahkamah
Wujud persetujuan antara suami isteri untuk bercerai secara baik dan harmoni.
Isteri dalam keadaan suci dan tidak berlaku persetubuhan dalam tempoh suci tersebut
Mahkamah berpuas hati bahawa telah berlaku pecah belah (shiqaq) dalam perkahwinan yang tidak dapat dipulihkan.

APABILA SEGALA SYARAT TELAH DIPENUHI, YANG MANA PASANGAN SUAMI ISTERI TELAH BERSETUJU UNTUK BERCERAI MAKA KES AKAN DISELESAIKAN DALAM TEMPOH 6 JAM.

Iaitu dari masa pemfailan kes dan mereka akan menerima Perintah bertulis bermeterai mahkamah dalam tempih masa tersebut untuk dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan pengeluaran Sijil Cerai.

Langkah Untuk Para Suami ‘Bebaskan’ Isteri Secara Baik

Prosedur ini dilihat telah menggalakkan para suami yang melalui perkahwinan yang telah becah belah, menceraikan isteri mereka secara baik.

Cerai Fast Track, Langkah Untuk Para Suami ‘Bebaskan’ Isteri Secara Baik

Selaras dengan Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud, “Talaq (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali, sesudah itu bolehlah ia (ruju’ dan) dipegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutunya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang sepatutnya atau dilepaskan (diceraikannya) dengan cara yang baik.”

Lagi artikel: Detik Sukar Saat Talak Dijatuhkan Situasi Sebenar Semasa Penceraian Berlaku Di Mahkamah

Secara tak langsung, ia juga dapat mengurangkan masalah wanita yang mendakwa diri mereka telah ‘digantung tak bertali’.

Prosedur ini dapat menjimatkan masa dan kos pihak terlibat.

Memberi peluang kepada mereka untuk memulakan hidup baru secara damai tanpa perlu bermusuhan antara satu sama lain. Beza dengan pasangan yang melalui prosedur penceraian yang panjang di mahkamah.

Prosedur ini juga bukan proses yang menggalakkan masyarakat Islam di Selangor untuk bercerai sehingga menyumbang kepada kadar kes penceraian tertinggi di negeri Selangor.

Kadar penceraian yang tinggi yang dicatatkan di negeri itu adalah disebabkan jumlah penduduk yang ramai di Selangor berbanding negeri lain di Malaysia.

Sumber/Foto: Kenyataan Akhbar JAKESS

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI