Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal dan melalui detik sukar saat penceraian.Ia bukanlah keputusan yang diambil masa sehari dua. Hati wanita perlu benar-benar cekal, mengumpul segala kekuatan yang ada sebelum nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah.
Membaca nukilan yang dikongsikan oleh Fauzana Ismail ini, pengalaman dirinya sendiri menghadapi detik sukar penceraian dan berpeluang menyaksikan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku di Mahkamah oleh pasangan suami isteri lain, benar-benar menjentik emosi kita agar lebih menghargai perkahwinan yang dimiliki.
Berikut antara yang dikongsikan oleh wanita cekal ini;
Mungkin anda selalu tengok scene penceraian dalam mahkamah kat mana-mana drama melayu tapi bila anda sendiri berada di dalam mahkamah menyaksikan sendiri depan mata, apa yg saya boleh cakap…SEBAK,SEDIH…walaupun defendan & plaintif tu takde kaitan pun dengan kita.
Saksi Penceraian Di Mahkamah
Hari ni saya berpeluang menyaksikan satu penceraian berlaku antara seorang banduan yang di jatuhi hukuman penjara 20 tahun. Dia datang ke mahkamah dengan berbaju penjara berwarna biru sambil tangan bergari & diiringi 4 orang pegawai penjara.si isteri menfailkan fasakh selepas 9 tahun suami di penjarakan, suami masih ada 11 tahun lagi hukuman penjara.(waktu dia sampai dalam mahkamah anak-anak datang bersalam dengan bapak dia..dengan tangan bergari dia peluk cium anak-anak dia.)
Dipendekkan cerita,pada awalnya si isteri memohon fasakah..tapi Setelah tanya persetujuan kedua pihak samada nak teruskan fasakh atau mahu bercerai secara fast track..mereka kemudian terus mengisi borang permohonan bercerai secara fast track dan dan permohonan fasakh dibatalkan..
Ketika hakim bersetuju untuk penceraian berlaku dimana hakim minta kedua-dua pasangan saling bermaafan dan di isteri datang kepada suami salam, minta maaf, minta di halalkan makan minum selama berumahtangga dia berjanji akan menjaga anak-anak sebaiknya…sambil dia minta maaf berjujuran air mata dia jatuh.
Keadaan Sebenar Bila Penceraian Berlaku
Mungkin bagi mereka yang tak berpeluang melihat sendiri depan mata penceraian di dalam mahkamah mereka tak kan faham situasi dan keadaan sebenar semasa penceraian berlaku… tapi percayalah..kalau anda ada peluang untuk tengok sendiri depan mata…saya yakin anda juga akan rasa apa saya rasa….tiba-tiba bulu roma kau akan rasa meremang bila lelaki melafazkan talak…saya menceraikan isteri saya dengan talak 1 (saya sudah pun merasai pengalaman itu 3 tahun lepas, jadi saya tau apa isteri dia rasa waktu talak dijatuhkan..dunia rasa gelap..lutut rasa lembik…badan rasa terawang awangan)
Allah…sebak rasa…tiba-tiba air mata terus jatuh…
Saya pinjam kata-kata tuan hakim tadi;
“Tidak ada seorang perempuan pun yang mahu menjadi ibu tunggal atau bahasa kasarnya janda, apabila seorang perempuan itu nekad memfailkan penceraiannya di mahkamah maka perempuan itu sudah mengumpul segala kekuatan yang ada untuk menempuh hari penceraiannya dia mahkamah”
“Tidak ada seorang perempuan yang datang ke mahkamah memfailkan penceraiannya di sebabkan hal yang baru berlaku semalam atau baru minggu lepas terjadi….selalunya seorang perempuan tu dah ambil masa yang lama untuk dia terus nekad dan full-hearted meneruskan permohonan penceraiannya”
Peliharalah Rumahtangga & Hargailah pasangan
Kepada kawan-kawan sekalian..Jagalah rumah tangga anda…Peliharalah rumahtangga kalian..Bajalah ia dengan penuh kasih sayang….Hargailah pasangan anda..selagi dia masih ada bersama anda..
Jangan lah kita sibukkan dengan kisah rumah tangga orang lain..orang nak kawin 2 ke nak kawin 3 ke..biarlah itu hak diorang…yang penting kita ni masing-masing jaga rumah tangga kita…nasib kita belum tentu lagi…takut-takut hari ni kita mengata orang..perkara tu berbalik kepada kita…Itu sebab kenapa saya tak pernah keluarkan komen kalau ada kisah jadi isteri no 2,no. 3 sebab saya ada ramai kawan-kawan yang menjadi isteri no.2.
Pengajaran Pada Diri
Saya juga serik sebab riak pada diri sendiri..yang mana dulu saya dengan angkuh cakap pasangan saya tak akan ada yang lain..tapi kemudian sebaliknya terjadi..tu pengajaran untuk saya…bila melibatkan soal begini mulut kena jaga…sebab takut….takut benda tu berbalik pada diri sendiri
(entry ini ditaip semasa menunggu giliran perbicaraan saya…dari pukul 9.00 pagi -11.45 pagi saya giliran ke-19 dari 20 kes.tq defendan kerana tidak hadir ke mahkamah buat kali ke-3 berturut-turut walaupun waran tangkap telah dikeluarkan..tq kerana membazirkan masa saya setengah hari di mahkamah hari ini, tq untuk segalanya apa yang awak dah buat dekat saya..semoga allah membalas seadilnya.
Saya izinkan entry ini dishare,tak perlu minta kebenaran.
salam sayang ❤
fauzana binti ismail
Sumber: Fauzana Ismail
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mak ayah, kalau ada anak jangan terlalu yakin yang anak-anak akan jaga anda bila tiba waktu tua. Anak anda anak yang baik tetapi pasangan mereka mungkin lain perangainya.”
Ini antara perkongsian Hafiz Mustapge CuteCarry (Certified Image Consultant DLKM (JPK) Tahap 5, yang akan buat anda berfikir dalam-dalam. Kerana, dalam soal masa depan sememangnya amat sukar untuk diduga.
Awak Tiada Anak, Esok Tua Siapa Hendak Jaga?
Seorang wanita tanya saya “awak tiada anak esok tua siapa hendak jaga?”
Saya ketawa tanya dia balik “puan confident ke bila dah tua esok anak-anak puan akan jaga puan?”
Saya dah biasa diajukan soalan ini dan oleh itu sedikit pun tidak sentap. Serious saya okay je.
Saya pernah ke Pusat Penjagaan Orang Tua. Bila ditanya 90% daripada warga tua tersebut ada anak. Mana pergi anak mereka dan kenapa dihantar ke rumah orang tua?
Jika ada anak jangan terlalu yakin mereka akan menjaga anda bila tua nanti. Anak anda anak yang baik tetapi pasangan mereka mungkin lain perangainya.
Simpanlah duit untuk hari tua. Betapa ramai warga tua yang sudah pencen kena bekerja kembali kerana duit habis sebab bagi anak.
Seorang pakcik berusia 65 tahun pinjam sana sini sebab duit pencen habis bagi modal anak buka kedai runcit. Tapi anaknya jenis budak main-main buat business. Habis duit sampai tutup kedai.
Jika Anak Jaga Waktu Tua, Itu Bonus
Kisah lagi satu ialah makcik yang semua anak perempuan. Masa muda makcik dan arwah suami susah payah habis duit untuk anak-anaknya untuk universiti. Tapi semua anak kahwin awal dan tak bekerja jaga anak. Makcik tu pun nasib baik survive dengan duit pencen. Simpanan pun takde sangat. Taklah merasa senang sangat bila dah pencen.
Jangan belanja habis tau duit gratuiti, golden handshakes, KWSP dan sebagainya. Simpanlah.
Waktu tua sepatutnya relaks bukan stress duit tak cukup sebab anak-anak.
Jika anak anda jaga waktu tua itu adalah bonus. Saya tidaklah anak yang baik sangat.
Setakat ini saya hanya mampu beri my parents rumah semi D sebiji, kereta sebiji dan duit poket empat angka seorang untuk ibu bapa. Cukuplah untuk mereka belanja hari-hari. Bapa pun ada pencen. (mungkin lebih dari cukup kut).
So ingat lah jangan obses confident ada anak. You’ll never know your future.
Tapi jika orang tanya anak berapa janganlah meroyan mungkin dia hanya nak bersembang. Rezeki keturunan akan datang tepat pada masanya.
Positif tau. Saya pun positif yang perempuan tu hanya concern about my future. Jangan marah-marah tau.
Ada pengalaman ditanya soalan macam tu?
Share sikit.
Love Hafiz #cutecarry
Baca sini : Jaga mak ayah dah tua tak perlu diingatkan, sendiri kena sedar
Sumber/Foto : CuteCarry , instagram CuteCarry
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Benarlah kan anak perempuan tetap menjadi ‘cinta hati’ seorang ayah walaupun dah berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri. Jika sebelum berkahwin, anak perempuan banyak bergantung pada ayahnya sendiri, selalu dimanjakan, rasa dilindungi, menjadi penyelesai segala masalah yang ada.
Begitulah juga harapan isteri selepas berkahwin, berharap segala ‘perasaan’ tersebut di ambil alih oleh insan bernama suami. Suami diharap menjadi tempat pengganti bagi tanggungjawab ayah selama ini.Bukan hanya dalam urusan kasih sayang dan emosi, namun juga dalam membantu urusan rumahtangga.
Jemput baca catatan perkongsian oleh Mohd Fhais ini;
Kadang kala jadi suami ni bermakna kita kena jadi apa sahaja yang isteri minta.
Paip sinki rosak dia tak panggil tukang paip, tapi dia panggil suami.
Nak cat rumah dia tak panggil tukang cat, tapi dia panggil suami.
Mesin basuh rosak, di suruh juga suami yang betulkan.
Lipas dalam bilik air pun kita juga yang kena tangkap.
Itulah namanya isteri.
Dia mengadu,
Dia minta tolong,
Dia suruh kita buat macam-macam.
Suami Pengganti Ayah
Bukan sebab kita ni lelaki kena tahu buat semua kerja.Tapi dia cari kita sebab kita ni suami dia, dan suami ni ibarat pengganti ayah dia dulu.
Bagaimana ayahnya buat semua perkara untuk dia dulu, begitu juga dia harap suami akan buat.
Bagaimana ayahnya manjakan dia dulu, begitu juga dia harap suami akan manjakan dia.
Bagaimana ayahnya buat dia rasa selamat dan gembira dulu, begitu jugalah yang di harap dari suami.
Jadi tak usah mengeluh kalau isteri minta tolong buat itu ini.Itu tanda dia rasa senang dengan kita dan itu maknanya kita boleh di harap!
Tapi awas kalau isteri terlalu berdikari dan jarang minta tolong suami.Mungkin ini petanda si isteri tak percaya atau rasa suami tak boleh di harap.
Biar tak pandai buat kerja jangan tak pandai menolong.
Follow & See First ? Mohd Fhais supaya anda tak terlepas tips dan info tentang kekeluargaan, keibubapaan dan hubungan suami isteri di wall saya setiap hari.
MW: Pesanan buat para suami, usah mengeluh dan rajin-rajin lah menolong isteri dalam urusan rumahtangga. Ia bermakna isteri percaya dan menunjukkan suami seorang yang boleh diharap.Semoga rumahtangga yang dibina harmoni dan berkekalan hingga ke syurga!
Sumber : Mohd Fhais
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul ke, telinga lelaki pekak sebelah? Lebih-lebih lagi bila dia menonton televisyen. Kalau boleh waktu tu jangan ditegur, mahunya tak dilayan.
Rupanya, ada kajian yang mengatakan lelaki pekak sebelah dan dia hanya gunakan satu telinga sahaja.
Berbeza dengan perempuan, dia boleh fokus dan umpama stereo dengan menggunakan kedua-dua belah telinga. Kalau difikir logiknya memang betul juga sebab boleh dikatakan isteri ni mampu buat 2-3 kerja dalam satu masa. Tapi suami…sendiri mahu ingat.
Jadi, isteri jangan nak bazirkan suara dengan menjerit bila suami tengah fokus tengok televisyen ye. Pergilah bercakap dekat dengannya dan pastikan mata bertentang mata. Barulah dia tahu.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lelaki Ini Kongsi Cara Nak Pilih Restoran Mamak Muslim Yang Betul, Jangan Keliru!
Sejahat-Jahat Lelaki, Dia Tetap Didahulukan, Sedarlah Wahai Suami Sebelum Terlambat
Info Lebih Menarik DI SINI
Telinga Lelaki Pekak Sebelah?
Wahai isteri, jika suami anda sedang menonton TV, apalagi siaran yang dia minat. Jangan jerit terlolong-lolong panggil dia dari dapur atau tempat yang jauh walaupun keadaan cemas atau kecemasan.
Sebab telinganya hanya fokus kepada tempat di mana matanya pandang sahaja. Ada kajian sains mengatakan orang lelaki hanya guna satu telinga sahaja. Sama ada kanan atau kiri.
Oleh itu telinga yang satu itulah dia hanya mendengar panggilan atau bunyi yang berada di dalam kawasan pemandangan matanya sahaja. Lain daripada itu dia tidak dengar.
Cadangan saya kepada isteri, jika hendak memanggil suami yang sedang fokus membuat sesuatu kerja. Berjalanlah ke arahnya dengan tenang. Bila sudah dekat, tepuk bahunya, Bila dia pandang ke muka anda, barulah anda bercakap dengannya. Dengan ini dia boleh dengar apa yang anda cakapkan kerana matanya melihat anda.
Sebaliknya, telinga orang perempuan memang dijadikan “stereo” menggunakan kedua-dua telinga dan berupaya mendengar pelbagai sumber bunyi kelilingnya terutama sekali bunyi yang ada kaitan dengan percakapan manusia.
Oleh itu, wahai suami, jangan mengumpat isteri walaupun pada masa itu dia berada di dalam “toilet”. Dia masih boleh dengar dengan jelas butiran umpatan suami.
Bertabahlah wahai isteri.
Mingguan Wanita : Itulah bezanya lelaki dan perempuan ye!
Dipetik dari :
Pak Utih’s Page.
Sumber : JK PEKA IKRAM
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI