Lebih 20 tahun merajuk tak nak bercakap dengan isteri. Waduh-waduh lamanya suami merajuk menjeruk hati. Biasanya pasangan suami isteri paling lama boleh merajuk tak nak cakap dua hari atau dua minggu ini 20 tahun! bukan satu tempoh yang sekejap.
Memetik sumber dailymail.co.uk ,Seorang lelaki, Otou Katayama, dari Nara, Selatan Jepun yang juga bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya, Yumi selama lebih 20 tahun kerana merajuk.
Setiap soalan yang ditanya oleh isterinya, lelaki tersebut hanya mengangguk sahaja.
Punca Merajuk
Difahamkan, punca beliau merajuk adalah kerana terlalu cemburu dek kerana isterinya memberi perhatian yang lebih pada anak-anak mereka.
Ads
Namun selepas 20 tahun, anak lelakinya, Yoshiki, 18, telah cuba menyatukan kembali ibu dan bapanya menerusi sebuah rancangan TV. Menerusi rancangan terbabit, mereka merancang untuk mengatur sebuah pertemuan di tempat mereka pernah bertemu suatu ketika dahulu.Menurut Yoshiki dia tidak pernah langsung mendengar perbualan diantara ibu dan bapanya.
Ads
Antara ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki ini kepada isterinya selepas 20 tahun merajuk adalah,
Ads
“Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang”
Aduh jangan main-main bila suami cemburu dan merajuk, boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Buat para isteri jadikan sebagai pengajaran iya, jangan terlalu melebihkan anak-anak sehingga suami rasa cemburu dan terabai.
Hebatnya kejayaan seorang suami, kerana ada isteri seumpama bidadari yang kuat menyokong suami dari belakang. Begitulah indahnya perkongsian pelakon KL Gangster, Adam Corrie Lee Abdullah tentang peranan isteri dalam hidupnya.
Bagaimana bidadari hatinya itu, Fazema Mohd Fuad membantunya dalam berhadapan kesulitan membantu rakan-rakan yang kembali menerima Islam. Semoga perjuangan suami isteri ini diberi kemudahan oleh Allah.
Ikuti perkongsian Adam Corrie ini yang akan menjentik-jentik hati anda untuk menjadi bidadari terbaik di sisi suami.
Saya berborak-borak dengan isteri saya tentang seorang saudara baru yang telah kembali fitrah lebih dari 10 tahun. Sudah berumahtangga dengan seorang wanita Melayu dan mempunyai anak.
Walaupun saya baru kenal beliau, tapi saya terasa bertanggungjawab tanya tentang solatnya dan pemakanannya sehari-harian.
Dia ada cakap hatinya tak tenang macam mana nak solat. Saya mengadu pada bidadari saya bagaimana nak bantu dia.
Sebab dalam kita nak suruh orang buat kebaikan kena ada caranya, tak boleh paksa-paksa, desak-desak. .
Tambahan dia tak dapat contoh dari pasangannya yang solat itu wajib serta menunjukkan Islam itu mudah dan indah dalam kehidupan seharian mereka.
“Kesian dia, dia sudah kembali pada Islam tapi masih tak dapat nikmat keindahan Islam.”
Jadi bidadari saya bagi cadangan pada saya supaya mengajar dia ambil wudhuk dahulu. Ajar perkara yang mudah dahulu.
Bagitahu dia yang ketika ambil wudhuk, seperti basuh tangan boleh disertakan dengan berdoa dalam hati seperti “Ya Allah bersihkan tangan ku ini dari membuat perkara-perkara yang haram dan hanya membuat perkara yang membawa manfaat sahaja.”
Ketika basuh telinga boleh minta Allah jauhkan kita dari mendengar perkara-perkara yang mungkar. Dan bagilah telinga ini mendengar perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan yang berilmu sahaja.
Begitulah dengan kaki, doakan supaya kaki ini pergi mencari rezeki yang halal, berjuang di jalan Allah dan haramkan kaki ini dari pergi tempat-tempat maksiat.
Bidadari Saya sarankan saya suruh dia belajar ambil wudhuk dan buat setiap hari.
Lama-lama jika dia amalkan tentu dia rasa sesuatu.. kurang sesuatu.. iaitu solat. Biar dia belajar ingat Allah melalui ambil wudhuk dulu. Perlahan-lahan hatinya pasti ingin belajar solat.
Bukan mudah nak ajak saudara baru kenal Allah.
Tapi itu memang dah tangggungjawab kita. Biar lembut.. biar sedikit.. lama-lama berkat kita sabar dalam dakwah ini. Dia akan sayang Allah lebih hebat dari yang kita sangka.
Sebagai pasangan ‘saudara baru’, tanggungjawabnya kita berat. Kalau kita tak ada usaha untuk berikan contoh pada pasangan kita. Dia akan terus hanyut.
Sepanjang saya dan bidadari saya terlibat dengan pengislaman saudara baru. Ada yang meminta syahadah mereka dirahsiakan dahulu. Hormati hak dan permintaan mereka.
Seperti saya, saya juga tidak war-warkan pengislaman saya. Tapi apabila ada yang perasan perubahan pada diri saya, baru saya mengaku saya sudah Kembali kepada FITRAH.
Sebenarnya ramai yang meminta dirahsiakan syahadah mereka. Antara sebab:
1. Empunya diri belum bersedia berhadapan dengan orang ramai sama ada yang Muslim, not yet Muslim dan non Muslim.
2. Takut ahli keluarga tidak boleh menerima diri mereka kerana sudah beragama lain.
3. Takut terima ancaman dari pihak yang tidak menyukai mereka yang telah syahadah.
4. Majikan yang seagama dulu akan berhentikan kerja / memulaukan mereka
5. Yang empunya bisnes, susah untuk dapat projek.
Jadi mereka perlukan masa untuk war-warkan pengislaman mereka. Apabila tiba masanya mereka akan umumkan sendiri atau lambat laun orang sekeliling akan sedari dengan perubahan diri mereka.
Jangan cepat buat andaian kalau alasan yang mereka berikan, anda rasa tak masuk akal.
Mereka masih baru dalam Islam.Sokongan dan pemahaman tentang Islam amat di perlukan oleh mereka.
Ujian paling besar adalah kita yang Muslim yang suka mendesak mereka berubah 100% dalam sekelip mata.
Sahabat-sahabat tidak berada di tempat mereka, saya sudah lalui nya. Zaman Rasulullah dulu pun. Rasulullah SAW berdakwah secara sembunyi-sembunyi dahulu.
Tapi apabila dah tiba masanya, secara terang-terangan.
Doakan yang baik-baik untuk hati yang sedang dijinakkan. Dakwah bukan cara paksa. Dakwah kita biarlah lembut, santun dan penuh berhikmah.
Senyum selalu, Selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.
Air rebusan ayam atau stok adalah bahan asas permulaan bagi semua jenis sup dan sos. Untuk mudah faham, stok ini boleh dikatakan sebagai cecair yang jernih dan diperkayakan dengan bahan-bahan terlarut daripada pati daging, ayam, ikan dan sayuran-sayuran.
Ayam (bahagian tulang, kepak, kaki, leher yang masih baru dan segar. bahagian tulang yang berisi pun boleh masuk juga)
Mirepoix (bawang besar, leek, celery dengan nisbah 2 : 1 : 1)
Herba – (bay leave, thyme, parsley)
Air
1. Bersihkan tulnhg, kepak, leher, kaki, etc. Pastikan tiada lemak
2. Bersihkan dan potong besar bahan-bahan mirepoix.
3. Masukkan ayam dalam periuk bersama-sama 2 1/2 – 3 liter air dan biarkan mendidih.
4. Kecilkan api dan biarkan merenih untuk elakkan sok daripada jadi kelabu. Keluarkan lemak, buih dan keledak yang timbul dengan guna skimmer.
5. Selepas 1 -2 jam, masukkan mirepoix dan herba. Biarkan mendidih dengan api perlahan selama 1 jam.
6. Tapis stok menggunakan kain muslin. Kalau tiada, boleh gunakan 2 penapis untuk menapis stok. Sekiranya ada lemak pada stok, keluarkan lemak tersebut.
Kalau kita rebus ayam atau daging, ada ‘bahan’ yang timbul dan melekat pada dinding periuk, nak buang ke biarkan sahaja?
Sebagai pengenalan, mari kita ambil tahu apa ‘bahan’ tersebut?
Sebenarnya ‘bahan’ yang timbul dan melekat pada dinding tersebut adalah lemak, darah dan bahan singkir dari ayam atau daging yang direbus.
Dalam ilmu kulinari, istilahnya adalah ‘skim the scum’ iaitu mengangkat keluar bahan singkir tadi dari rebusan.
Teknik mengeluarkan ‘scum’ adalah merebus ayam atau daging pada suhu rendah dalam masa yang lama (sehingga satu jam).
Air rebusan yang agak tenang tidak terlalu menggelegak, akan mengumpulkan ‘scum’. Seeloknya ‘scum’ perlu dikeluarkan untuk menghasilkan sup yang bersih dan jernih.
Scum terdiri dari bahan pejal dan buih buih yang akan timbul ketika direbus.
Gunakan tapis untuk mengeluarkan scum tersebut.
Kredit Info Dan Gambar Tentang Skum: Rafiza Idayu
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Usia masih muda bukan bermakna kita terjamin sihat, bebas daripada segala penyakit. Jika kerap alami sakit belakang dan kaki bebas ada baiknya, segera lakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh.Ini kerana mungkin anda hadapi Slipped Disc’.
Slipped Disc’ bermaksud disc pada tulang belakang terbonjol atau tergelongsor keluar sehingga menekan urat saraf pada saraf tunjang. Mula mula pesakit akan rasa kebas kaki dan diikuti dengan sakit belakang. Kebanyakkan slip disc berlaku pada tulang belakang terutama di bawah punggung.
Mungkin ramai yang kurang mengetahui mengenai perkara ini, tapi sebenarnya ia agak bahaya. Seperti perkongsian gadis ini, Noor Farhana di laman facebooknya yang terkena penyakit Slip Disc.Ia wajar dijadikan iktibar buat wanita lain.
Since Nana masuk hospital kena slip disc.Ramai sangat-sangat yang call message whatsapp tanya punca Nana kena slip disc. Penyakit ni kadang kita tak tahu punca.Nak kata jatuh tak jatuh.Tapi benda Allah dah tetapkan. Jadi redha & ikhtiar. Meh Nana nak share macam mana Nana boleh tahu kena slip disc.Moga boleh jadi pengajaran pada semua.
Pada permulaan dia bertahun Nana dapat sakit belakang yang nak kata teruk tu tak.Tapi sekali kena memang sakit.Masuk awal tahun ni Nana rasa kebas dekat kaki belah kanan sahaja.3 bulan jugak merana kebas ni.Asal kul 3,4 pagi terjaga. Jirus kaki dengan air la. Amik ais tuam kat kaki la.Mandi la.Bila pergi office asyik tanya kawan.Nana ni kenapa asyik kebas je.Padahal bukan duduk bersimpuh ke apa.Duduk biasa pun kebas baring pun kebas.
Boleh kata 24 jam ada je rasa kebas tu.Memang langsung tak selesa.Kemudian merebak sakit belakang & tongking ( bahagian atas punggung ).Nak gelak pun terasa kadang-kadang.Sampai tahap nak bangun kena tekan tepi kerusi sebab nak support badan sendiri.Pergi klinik tu takyah cakap la.Asyik cakap kita ANGIN.Ayat yang sama.
“Sampai la 1 masa , seminggu sebelum raya.Keadaan makin teruk.Tengah jalan kaki nak pergi kerja.Tak terasa langsung kaki kanan ni pijak jalan.Okay seram dah masa tu.Then, naik tangga rasa sakit dekat pelipat kaki.Esok hari pergi klinik & minta surat untuk refer pakar.”
Sampai pakar doc minta buat MRI.Sebenarnya ni kali ke 3 Nana MRI dalam tempoh 5 tahun ni sejak sakit belakang.Dan resultnya yea Nana kena slip disc.Ada beberapa disc dah terkena pada urat saraf belah kanan.Sebab itu kaki kanan je yang kebas.Doc minta buat injection kalau tak makin teruk sebab kita ni manusia kalau doc suh jaga makan ke apa ke bukan nak dengar sangat bila sihat kan?
Nana pun balik bincang dengan keluarga.Dan pilih jalan dengan mendengar nasihat doktor. DOKTOR TAK PAKSA UNTUK BUAT INJECTION TAU . Nana yang pilih. Nana buat 12 injection dekat belakang & tempoh 2 tahun ni kena jaga diri tak boleh angkat benda berat.
“Ramai yang sarankan untuk urut. Bukan tak percaya.Tapi buat la tulang tu makin lari. Yang tanggung sakit kita.Orang yang tak rasa sakit.Lain orang lain cara.Tapi yang penting USAHA untuk jaga diri.Orang tak kena memang tak akan tahu rasa n derita dia macam mana.Nak duduk tak boleh nak berdiri lenguh nak baring kebas.”
1. Cara duduk kita atas kerusi (rapatkan kerusi pada meja supaya keadaan tak membongkok)
2. Cara drive / bawa motor.
3. Angkat benda berat tapi cara angkat tu tk betul ( bengkokkan kaki bukan bongkokkan badan).
4. Duduk atas kerusi wallet letak dekat punggung ( tak stabil kan ) boleh menyebabkan jugak.
5. Keadaan kita bila membongkok.
6. Bangun dari tidur mengiring dahulu jangan terus bangun sahaja.
7. Pelbagai simptom lain.
Banyak juga la sebab dia. Jangan anggap kita buat sesuatu tu dah betul keadaan badan. Sebenarnya tak. Jaga la diri. Kalau rasa sakit tu cepat-cepat la tanya doktor. Sakit sekarang tak kira umur. Kita tak minta sakit tapi sekurangnya apa yang Nana share ni kawan-kawan boleh berhati lepas ni.Jangan sampai kritikal baru pergi check.
“Majoriti masa Nana buat Physio ramai anak muda. Allahu memang terkejut.Sebab ingatkan kita seorang. Yang dah tua hanya beberaa kerat sahaja,”
“Alhamdulillah Nana dah keluar wad.Tapi masih kena berehat & physio lagi.Luka injection tu masih terasa.Untuk 2 tahun ni bersukan boleh tapi nak angkat benda berat kena simpan dalam hati.”
Terima kasih mak abah,adik,saudara mara yang datang,keluarga yang bagi sokongan,DR YONG YUAN SHYH Hospital Colombia Asia Setapak, sangat ramah & baik, nurse dekat hospital yang super duper baik dan kawan kawan semua.Doakan Nana cepat sihat & boleh bekerja semula.