neelofa

Kejayaan demi kejayaan diraih oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor,28, atau lebih dikenali sebagai Neelofa ini. Terkini, CEO Syarikat Penerbangan Tambang Murah AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah mengumumkan Neelofa sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia.

Perlantikan Neelofa ini dipilih selepas kejayaan yang diperoleh beliau sepanjang karier menjadi usahawan melalui jenama Naelofar. Sekaligus menjadikan beliau sebagai ikon syarikat penerbangan ini.Ternyata, Neelofa merupakan individu yang sangat sesuai untuk menggalas jawatan yang baru sahaja diumumkan AirAsia.

Tidak sekadar bersandarkan rupa paras yang cantik, Neelofa juga amat dikenali sebagai ikon wanita muda yang berjaya di Malaysia. Belum menginjak usia 30, namun beliau adalah satu antara dua usahawan tempatan diiktiraf dalam senarai Forbes Asia 30 Under 30 tahun ini.

Dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia, Neelofa Ikon Wanita Muda Berjaya!

IKLAN

Justifikasi Pelantikan Neelofa

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh pihak AirAsia, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pihaknya gembira dan mengalu-alukan pelantikan berkenaan.

“Pengalaman beliau sebagai usahawan, pencipta jenama akan menjadi tidak ternilai kepada AirAsia. Beliau juga boleh memberikan pandangan baharu dalam perniagaan kami semasa kami sedang menuju ke arah menjadi syarikat penerbangan digital.

IKLAN

“Neelofa juga adalah seorang yang sangat pintar, muda dan bebas – menepati apa yang kami perlukan untuk membantu syarikat terus maju menjadi satu daripada syarikat yang menunjukkan prestasi terbaik, dipercayai dan dihormati di dunia.

“Reputasinya sebagai antara usahawanita terkemuka di negara ini, selain tersenarai antara beberapa rakyat Malaysia dalam Forbes Asia menerusi segmen 30 Under 30, serta rekodnya dalam memperjuangkan wanita dalam perniagaan menjadi inspirasi kepada kami.

“Saya tidak sabar untuk bekerja bersama Neelofa,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dilantik Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia, Neelofa Ikon Wanita Muda Berjaya!

Cabar Diri Pergi Lebih Jauh

Sementara itu, Neelofa, berkata beliau teruja untuk menyertai keluarga AirAsia.

IKLAN

“Ini bukan hanya kejayaan saya tetapi juga buat semua wanita di luar sana. Selama tujuh tahun, saya meneroka kedua-dua industri hiburan dan perniagaan yang telah memberikan saya begitu banyak peluang untuk berkembang dan berubah.

“Saya gembira untuk menggalas peranan baru ini seterusnya mencabar diri saya untuk pergi lebih jauh,” katanya.

Tahniah Neelofa! Semoga terus mengukir kejayaan dan menjadi inspirasi buat wanita muda yang lain untuk berjaya.

Info Ekstra!

Pengarah Bebas Bukan Eksekutif adalah Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang bukan sebahagian daripada pasukan eksekutif. Pengarah Bukan Eksekutif biasanya tidak terlibat dalam pengurusan organisasi harian, tetapi terlibat dalam membuat polisi dan perancangan.

Sumber: bharian & the vocket

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI