Cemburu memang perlu dalam rumah tangga. Orang kata, ‘Cemburu itu tanda sayang’. Apa yang anda fikir sekiranya suami tidak pernah persoalkan anda keluar pada bila-bila masa dengan lelaki lain? Dah tak sayangkah?
Saling ‘Menguji’ Pasangan
Untuk memujuk hati maka anda kata itu memang janji yang anda sendiri minta dia penuhi sebelum berkahwin dulu. Maklumlah tempat anda bekerja memerlukan anda bertemu dengan ramai orang atas berbagai-bagai urusan.
Namun setelah beberapa tahun berkahwin, tidak pernah sekali pun dia bertanya dengan siapa anda keluar walaupun jelas anda ada bercerita tentang betapa kacaknya pelanggan syarikat anda itu.
Berhak Cemburu
Saya boleh sahkan memang ada suami begitu tetapi saya tidak mahu mengulas dalam ruang kecil Nota Untuk Isteri ini. Cuma izinkan saya ubah sedikit soalan tadi.
Apa pula anda fikir jika suami anda yang kacak, sado dan bergaya itu selalu bertemu klien-klien wanita atas urusan kerja? Adakah mendebarkan perasaan anda jika suami selalu menerima panggilan telefon di waktu malam yang suami kata semuanya atas urusan kerja?
Saya percaya anda lebih sanggup dicurah timah panas ke dalam lubang telinga berbanding mendengar bunyi telefon daripada pelanggan wanita yang menelefon suami di waktu malam yang semuanya atas urusan kerja. Maaf jika contoh ini agak keterlaluan tetapi saya setuju anda berhak untuk cemburu dan berhak menjalankan proses soal siasat atas pelanggan itu.
Namun bagaimana jika anda sentiasa cemburu setiap kali suami pergi ke pejabat? Jika suami anda seorang doktor ada membayangkan ada saja jururawat muda berkenan dengan suami anda.
Jika suami anda seorang guru, anda sentiasa syak ada pelajar tingkatan 6 yang memandang suami anda dengan perasaan lain. Jika suami anda seorang usahawan berjaya, anda selalu menyerbu ke pejabat kerana tidak percaya kepada setiausaha kepada suami anda.
Ads
Memang anda merasa cemburu sebab anda sayang tetapi apalah gunanya rasa sayang itu jika setiap hari anda bertengkar dengan suami disebabkan perkara itu?
Foto: 123rf
Cemburu Itu Perlu Tapi…
Saya kata cemburu itu memang perlu dalam rumah tangga. Ianya umpama vitamin atau antibiotik yang boleh mencegah apa-apa ancaman terhadap kebahagiaan anda. Namun ianya juga boleh menjadi racun merbahaya jika tidak terkawal.
Rasa cemburu yang keterlaluan menunjukkan anda sentiasa merasa ‘terlalu kurang’ berbanding orang lain sehingga menyakitkan perasaan anda terhadap suami.
Anda selalu terasa tidak selamat dan terasa akan ditinggalkan pada bila-bila masa disebabkan orang lain. Puncanya mungkin bukan daripada suami atau perempuan lain tetapi datang dari dalam diri sendiri. Anda mungkin ada rahsia gelap, pernah menjadi mangsa pencabulan emosi atau seksual semasa kecil atau kesan daripada cara anda dibesarkan sebelum ini.
Ads
Suka Bandingkan Diri Sendiri
Bukan satu rahsia orang perempuan selalu membandingkan diri mereka dengan orang lain. Siapa kulitnya paling putih dan gebu, siapa yang lebih cantik, siapa yang lebih seksi dan seterusnya. Walaupun berbuih mulut suami menyatakan anda wanita paling cantik di matanya tetapi anda tetap tidak percaya.
Masalah bermula apabila anda merasa yang anda betul apabila merasa suami sentiasa terus mencari perempuan lain yang lebih cantik berbanding anda. Ini bukan masalah suami tetapi masalah anda tidak yakin kepada diri sendiri.
Lelaki Tak Suka Wanita Tak Yakin Diri
Lelaki sangat tidak suka kepada perempuan yang tidak yakin kepada diri sendiri. Apa yang anda bayang-bayangkan dalam kepala itu menjadikan anda cemburu buta dan akhirnya bertukar menjadi realiti ngeri yang benar-benar berlaku.
Apa yang anda boleh elak jika rasa cemburu itu menjadi semakin teruk? Segalanya terserah pada anda. Jika anda rasa punca cemburu itu ada benarnya maka tindakan untuk berubah adalah penyelesaian terbaik. Contohnya sejak kebelakangan ini mesin penimbang di rumah semakin memberi petunjuk yang anda semakin memberat. Terimalah hakikat itu dan bertindak untuk mengubahnya.
Pergilah bersenam atau apa sahaja sehingga keadaan kembali terkawal. Jika suami ikhlas menegur cara anda berpakaian di rumah maka terimalah teguran itu dan berubahlah. Jika anda cemburu kerana anda ada rahsia gelap maka keluarlah daripada sejarah itu. Anda tidak boleh ubah apa yang sudah berlaku tetapi anda boleh membetulkan keadaan untuk masa yang akan datang.
Sumber: Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebagai mak, kadang-kadang kita tak sampai hati nak anak masuk dapur. Lebih baik mak saja yang sediakan juadah untuk keluarga. Lagipun, fikir anak masih kecil dan masih ada masa untuk ajar mereka membuat kerja rumah.
Jangan begitu. Dari kecillah, mak-mak kena ajar anak masuk dapur, tak kiralah anak lelaki atau anak perempuan kena sama-sama tolong. Ingat, ‘dengki’ dengan anak-anak supaya mereka tahu penat lelah yang mak selalu lakukan.
Perkongsian daripada Busseroa Abd Jalil ini boleh membantu mak-mak untuk kendalikan anak-anak supaya rajin masuk dapur. Jangan biarkan seorang anak saja, semua anak kena terlibat, barulah boleh dikatakan mak-mak ‘dengki’ dengan anak. Betul tak?
Saya pernah melihat ada ibu yang mempunyai 5-6 orang anak remaja. Tetapi ternyata ibu seorang diri sahaja yang tunggang-langgang di dapur dari pagi sampai ke malam. Lebih-lebih lagi bila bulan puasa. Pedih tumit ibu berdiri di dapur, tetapi anak-anak sedang bergelak tawa melayan Tiktok di dalam bilik.
Jangan begitu mak-mak yang baik hati. Tanam dalam hati, kita mesti ‘dengki’ dengan anak-anak tak kira lelaki atau perempuan. Jika dapat dimulakan dari kecil lagi bagus.
Ini cara ‘dengki’ saya kepada anak-anak:
1. Jika saya masuk ke dapur, jangan harap anak-anak boleh terperap di dalam bilik bersuka ria. Semua mesti turun padang.
2. Kemudian saya akan mula memberi arahan. Aisyah, kupas bawang besar tiga biji, halia, bla, bla, bla. Aminah tolong bersihkan taugeh tu. Adam, ambilkan untuk umi kuali 2 biji dan periuk satu. Begitulah contohnya. Jika ada barang-barang yang baru dibeli saya akan minta mereka simpan ke tempatnya
3. Ketika sedang memasak pula, saya menjadi chef hebat. Saya memasak sahaja dan memberi arahan sepenuhnya kepada anak-anak saya. Misalnya, umi nak air asam jawa. Ambilkan tempoyak untuk umi. Umi nak santan. Kerisik please. Ambil minyak zaitun sekejap. Tolong isikan bekas kayu manis dan bunga lawang yang kosong tu.
Teknik ini amat-amat-amat baik. Ibu-ibu cubalah. Anak-anak akan peka dengan susun atur dapur kita. Mereka tahu di mana kita simpan kerisik, cili kering, rempah-ratus dan segala bagai lagi.
Yang kedua mereka akan kenal yang mana halia, yang mana lengkuas, tempoyak, cengkih dan macam-macam lagi. Semakin hari mereka akan semakin pandai.
4. Selepas siap memasak satu menu, saya letakkan di atas meja. Saya suruh mereka hidangkan. Lalu mereka akan bertanya. Nak hidang dalam bekas yang mana umi? Waktu ini saya akan mengajar lagi. Kata saya jika masakan berkuah, mangkuk hidangan mesti dalam. Jika kuah sedikit atau kering bekas hidangannya nipis. Alhamdulillah, sekarang mereka sudah kurang bertanya mungkin disebabkan sudah faham sikit-sikit. Setiap kali menceduk lauk ke dalam bekas, saya lihat mereka akan saling mengingatkan supaya tepi-tepi mangkuk mesti dilap sebelum dihidangkan.
5. Selepas memasak biasanya saya akan mencuci semua pinggan-mangkuk di sinki. Kemudian saya tinggalkan kepada mereka untuk membersihkan meja kerja, menyimpan kembali semua bahan lebihan memasak, mengelap dapur dan lantai. Saya sudah berehat di ruang tamu. Yang penting ketika saya masuk ke dapur nanti, dapur mesti berkilat! Waktu ini big boss akan masuk ke dapur untuk membereskan tugasan seperti menguruskan sampah dan sebagainya.
6. Selepas makan, saya dan big boss hanya mengangkat pinggan kami sahaja. Kemudian Aisyah, Aminah dan Adam akan uruskan yang selebihnya. Selalunya saya lihat Aisyah bahagian menyimpan makanan lebihan ke dalam bekas bertutup untuk disimpan. Aminah bahagian mencuci pinggan-mangkuk. Adam mengemas meja dan lantai. Sekejap saya semuanya sudah selesai.
Kejam tak cara saya ‘berdengki’ dengan anak-anak? Tetapi saya rasa biarlah saya kejam dan dengki sebegitu supaya mereka tahu untuk membawa diri. Seperkara lagi saya tidak mahu anak-anak saya menjadi raja dari kecil hingga ke tua.
Ibu-ibu yang lain bagaimana?
Jika apa yang saya kongsikan ini dilihat ada manfaatnya, bolehlah kita mulakan dari sekarang. Mula sikit-sikit, insyaallah lama-lama mereka hadam. Saya memulakan teknik didikan ini setahun dua yang lalu.
Kadang-kadang mengapa teknik ini gagal? Kerana kita tidak adil. Kita kerah angah, sedangkan along, acik, adik dan lain-lain kita biarkan terbongkang di depan tv. ‘Dengki’ kita mesti melibatkan semua yang berada di bawah bumbung yang sama secara sama rata.
Kesimpulannya, di tangan kita ibu-ibu ada pena. Walau bagaimanapun sikap anak-anak, kita yang telah melukis corak tersebut. Betul tak?
MW: Betul sangat. Jangan ingat, anak kedua saja rajin, semuanya tertumpu pada dia. Kena libatkan semua anak.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Sebagai mak, kadang-kadang kita tak sampai hati nak anak masuk dapur. Lebih baik mak saja yang sediakan juadah untuk keluarga. Lagipun, fikir anak masih kecil dan masih ada masa untuk ajar mereka membuat kerja rumah.
Isu biasa bila berumah tangga dan ada anak-anak, apa bukti suami sayang isterinya? Kalau anda rasa kena bagi emas seketul atau sebut kata sayang hari-hari itu dah cukup tetapi lain pula bagi pelakon wanita, Ozlynn.
Luahan emosi isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan ini boleh dikira mewakili hati kaum perempuan bergelar mak-mak yang setiap hari menguruskan hal rumah tangga.
Kalau Suami Tidurkan Anak Pun Dah Cukup!
Nih jugak peluang kaum ibu untuk mengemas baju, bilik, tukar cadar, MENGADAP.
Kesempatan nih la yang selalu aku maksudkan, kaum suami jangan berkira dengan kaum isteri. Sayang isteri tak perlu dengan ucapan sebab kadang ucapan tak sama dengan hati dan perbuatan.
Kadang ada isteri tanya.. “abang sayang saya?”
Suami jawap “ apa lah awak nih.. sayang lah.” Sambil tu jari dia tengah dok gentel butang game, paling best mata masa jawab tu tak pandang ko pun.
Haaaa.. 2 saat kemudian, perang dunia ke 3 bermula.
Bukan ke bagus sayang tu disertakan dengan senyuman, bantuan.. (jaga anak, masak, suap anak makan, basuh baju, kemas umah, sapu mop lantai, lap tingkap, lap kipas siling, tukar cadar, lipat baju, mandikan anak)
Haaaa… apa lagi yang kaum ibu tak buat kat rumah nih??? Tak payah semua di atas la, cukup dia tolong tidurkan anak pun kita dah sejuk.
Terus terasa macam pakai feminine wash, beranginnnnn jek. Walaupun dalam tidurkan anak tu dia selit jugak kesempatan dia untuk membuta sekali. Eh tak apa… asalkan dapat mak-mak ni merasa “me time”. Ye dakkkkkk… ok gambar last khas untuk yang bertanya hari tu.
Semoga dapat membantu kalian.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Masuk saja dalam pasar raya, terus mata melihat senarai barang yang hendak di beli. Oleh sebab mak-mak kejar masa, jadi setiap barang yang ada dalam senarai terus dicapai tanpa melihat dengan teliti barang yang diambil itu.
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli dalam tin ada kemek sedikit, tarikh luput yang tak jelas dan sebagainya. Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. Nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ini dia, ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
1. Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
2. Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
* Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
* Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
* Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
* Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
* Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Keluarga Allahyarham Mustaqqeem Mansor merayu siasatan terperinci dijalankan berhubung tragedi Gunung Liang yang meragut nyawa beliau. Ibunya, Rohani Saad, reda dengan ketentuan Ilahi namun mempersoalkan mengapa anaknya ditinggalkan di puncak gunung tanpa laporan polis atau bantuan segera.