Kad debit bank memang sangat penting. Bukan apa bila nak guna tak perasan dah sampai tarikh luput, tak boleh menunaikan sebarang transaksi pula.
Penukaran kad debit ini boleh dilakukan secara ‘online’ mahupun datang sahaja ke cawangan Maybank berdekatan atau kiosk di lokasi yang terpilih.
Baca Lagi di Sini:Begini Caranya TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Secara Online!
Namun demikian, bukan semua orang faham dan yakin nak buat penukaran kad debit secara online. Jika nak guna cepat, boleh terus dapat kad, boleh cuba cara mudah, terus sahaja ke kiosk penukarankan kad debit di lokasi yang terpilih.
Begini caranya;
1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah).
2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa.
3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin.
4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan.
5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin).
6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Siap! Semoga bermanfaat, Selamat Mencuba!
Mesti Baca:Wanita Ini Kongsi CARA Dapatkan Semula Duit Hilang Dalam Akaun Maybank
Artikel Menarik:Elak Penyewa Tak Bayar, CARA Tukar Nama Pada Bil Elektrik Secara Online!
Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak cepat dan mudah, dan boleh terus dapat, boleh tukar kad debit terus di kiosk berdekatan. Tak perlu tunggu bank hantar ke rumah memakan masa yang agak lama.
Sumber:Mysumber
Ini pesanan Raja Azura, jangan malu bergelar janda.
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Betul ke wanita bekerja sebab risau bebankan suami?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI