Kata Ustaz Khairul Anuar Basri, tahun 2020 ini akan tercatat dalam rekod dunia, imam terawih paling ramai dalam sejarah. Sebabnya bila masjid dan surau dah tak boleh nak masuk, semua orang akan bersolat terawih di rumah masing-masing.
Bagi yang berkeluarga dan beranak pinak ni takkan la nak solat terawih sorang-sorang ye tak? Lekeh sangat nanti. Mesti la nak kena solat berjemaah. Baru la hebat anak-anak tengok.
Untuk First Time Jadi Imam Terawih Di Rumah
Kalau suaminya Ustaz, atau hafaz Quran. Itu memang kira lulus terus la. Kalau ada anak-anak yang hafaz Quran pun kira lulus. Sebabnya boleh kita tolak anak tu jadi imam terawih nanti.
Tapi yang harunya kalau si bapak tu, inilah first time nak kena jadi imam terawih. Hahaha… mahu ada yang cabut lari tengah sujud ni kan? Angkat-angkat kepala, aik.. tok imam dah hilang!
So, saya sediakan di sini requirement paling basic dan juga tips untuk solat terawih berjemaah di rumah bagi imam yang amatur. Apa yang saya tulis, buat yang itu aje la.
Tak payah buat-buat tanya pulak ada kena buat apa-apa lagi ke? Kalau tak buat yang ni sah ke? Macam-macam.
Hadamkan Ini Dulu..
√ Solat terawih ni lepas solat Isyak tau. Jangan pi mengigau solat terawih sebelum solat Isyak. So, mulakan dulu solat Isyak berjemaah bersama-sama dengan ahli keluarga. √ Selesai solat Isyak, boleh la kalau nak berdoa dulu dan solat 2 rakaat selepas Isyak. Kalau taknak semua tu, terus bangun untuk solat terawih pun boleh. √ Ambil bilangan rakaat paling minimum iaitu 8 rakaat. Solat 2 rakaat, 2 rakaat tau. √ Sebelum mula solat terawih, pusing belakang mengadap makmum. Cakap biar jelas; “Kita nak solat solat terawih ni. Get ready semua ye!”.
Tatacara Solat Terawih Paling Ringkas Bagi Imam Amatur
– Lafaz niat solat terawih ialah; “sahaja aku solat terawih 2 rakaat menjadi imam kerana Allah Ta’ala”. Allāhu akbar!
– Solat la 2 rakaat macam biasa. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dan lepas tu naik lagi untuk solat 2 rakaat lagi. Lepas cukup 2 rakaat, bagi salam. Dah 4 rakaat kan?
Ads
– Lepas dah selesai 4 rakaat, ambil la masa sikit untuk rehat. Boleh la kalau nak betulkan urat saraf tu yang mana sakit-sakit atau lenguh-lenguh. Tapi jangan la lama-lama pulak ye.
– Then, sambung lagi 2 rakaat. Kemudian lengkapkan lagi 2 rakaat. Cukuplah semua sekali 8 rakaat.
So, ini yang basic anda kena tahu ye. Ini paling basic. Buat macam yang saya tulis ni, insyaAllah selesai dan sah la solat terawih secara berjemaah.
Mudah kan?
Surah Cadangan Untuk Dibaca
Ok.. saya nak bagi tips sikit supaya solat terawih tu jadi cantik la sikit. Takde la kering garing takde perisa kan..
Sebab solat terawih ni 8 rakaat, suka saya cadangkan surah-surah berikut untuk dibaca selepas Surah Al-Fātihah pada setiap rakaat.
Boleh je imam nak ruku’ terus lepas habis baca Al-Fātihah. Hahaha… Sah je solat. Tapi pelik sangat la pulak.
Ads
Jadual yang sama ni, boleh recycle pada setiap malam.
Rakaat,
Pertama – Surah Al-Mā’ūn (أرءيت الذي يكذب بالدين)
Kedua – Surah Al-Kautsar (إنا أعطينا كالكوثر)
Ketiga – Surah Al-Kāfirūn (قل يأيها الكافرون)
Keempat – Surah An-Nasr (إذا جاء نصر الله والفتح)
Kelima – Surah Al-Masad (تبت يدا أبي لهب وتب)
Keenam – Surah Al-Ikhlās (قل هو الله أحد)
Ketujuh – Surah Al-Falaq (قل أعوذ برب الفلق)
Kelapan – Surah An-Nās (قل أعوذ برب الناس)
Kalau nak baca surah-surah lain boleh tak?
Boleh je.
Bacalah mana-mana surah yang mudah bagi imam tu.
Nak baca surah yang sama setiap rakaat pun boleh.
Kalau tak hafaz surah-surah ni boleh tak tengok Quran?
Boleh je sambil solat imam buka Quran letak kat depan dia. Tapi kalau dah alang-alang buka Quran, bacalah ayat lain yang panjang sikit ye tak?
Lepas solat terawih nak kena solat witir tak?
Terpulang.
Nak solat terus boleh, taknak solat terus pun boleh.
Buat sendiri-sendiri boleh, buat secara berjemaah pun boleh.
Ads
Selang antara 2 rakaat solat terawih tu nak kena baca apa-apa selawat ke?
Terpulang.
Nak baca boleh, taknak baca pun tak apa.
Lepas 4 rakaat kan kita rehat. Nak kena baca doa apa-apa tak?
Sesungguhnya rezeki setiap orang untuk buat pahala tak serupa, jangan ingat kita saja mahu beribadat itu dan ini sepanjang ramadan ini. Ternyata ibu beranak kecil juga ingin lakukan terawih jika anaknya tidur awal serta tak merengek.
Begitu juga mak-mak yang anaknya ramai, ingin juga dia membaca Al-Quran setiap kali lepas tunai solat lima waktu, namun dia perlu dahulukan perkara lain seperti uruskan keperluan anak-anak.
Dan ketahuilah mak-mak setiap yang kita lakukan semuanya Allah kurniakan pahala. Percayalah bahawa Allah Maha Adil kerana rezeki setiap orang buat pahala adalah tak serupa dan dalam zon yang berbeza.
Tapi masakkan sahur dan kejut ahli keluarga sampai kita pasti semua orang sudah siap alas perut itu, pahala juga.
Kongsi benda baik itu, pahala.
Tapi kongsi menu makanan sampai orang yang tadinya blur nak masak apa boleh dapat idea tu, pahala juga.
Allah Nilai Sama Adil
Allah ini adil.
Dia bagi kita semua ruang yang sama untuk buat pahala dalam zon yang berbeza.
Ingat kisah zaman Rasulullah?
Masa seorang lelaki ini datang tanya Rasulullah nak ikut berjihad. Lepas itu Rasul tanya, ada ibu tak dekat rumah. Bila lelaki itu jawab ada, Rasul kata jaga ibu itu. Itu jihad dia. Jaga ibu yang uzur.
Rezeki Setiap Orang Buat Pahala Tak Serupa
Rezeki setiap orang nak boleh ke dapat pahala itu bentuknya tak serupa.
Yang tak bolehnya…
Ingat kita seorang saja yang boleh pahala. Orang yang tak buat macam kita itu tak dapat apa.
MW: Jangan kecilkan usaha orang lain dalam mengejar pahala Allah, masing-masing punya cara yang tersendiri.
Sumber: Siti Suryani Yaakop
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Kalau anak batuk dan selesema, mak-mak pasti tak senang duduk dengan kesihatan anak-anak. Biasanya peyebab utama gejala selesema dan batuk ialah jangkitan kuman virus. Jadi tak bolehlah nak biar sembuh sendiri.
Ok, memang tidak dinafikan ubat-ubatan perlu untuk meredakan batuk dan kahak bagi mengelakkan semakin berlarutan tetapi mak-mak juga boleh cuba petua tradisional ini di rumah.
Orang kata, ubat bagi tapi petua pun boleh cuba. Andai kata nak cuba, mak-mak boleh cedok petua hilangkan batuk daripada Puan Ummu Umar Ali ini.
Petua Hilangkan Batuk Anak
Bismillahirrahmanirrahim.. Tengah hari tadi ada post pasal buat minyak bawang putih yang saya buat untuk anak batuk. Alhamdulillah… Memang mujarab. Sapu 2 kali kat tapak kaki dia, labu betis, belakang dan dada terus lega batuk.
Ramai juga yang pm tanya macam mana nak buat sebab sekarang memang ramai kan anak-anak yang sedang batuk. Ini saya kongsikan sedikit cara saya buat. Insyaallah boleh cuba.
Cara buat pun tak susah..
Langkah pertama
Mula-mula ambil selabu bawang putih dan dibakar dalam kuali dan tutup. Bakar agak-agak dah naik bau dia dan wrna kulit bawang menjadi kekuningan.
Langkah kedua
Ambil bawang tadi letakkan dalam mangkuk dan siram minyak atas bawang yang sudah dibakar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit.
(boleh guna minyak yang anak anda biasa guna. Minyak telon, minyak angin atau minyak zaitun dan minyak masak pun boleh juga)
Langkah ketiga
Picit bawang ke dalam minyak. Bawang sudah menjadi lembut. Sekarang dah boleh sapu kat tapak kaki anak, kat labu betis, belakang serta dada dia. Insyaallah anak-anak anda akan selesa daripada batuk dan batuk akan sembuh dengan izin Allah. Cuba lah.. Mudahkn?
Nota:
Saya guna minyak telon.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masakan mak memang istimewa dan paling sedap di dunia. Sungguh, walaupun masakan ‘simple’ tiada yang dapat menggantikan nikmatnya rasa tersebut yang dimasak dengan penuh kasih sayang. Bila mak dah tiada, selain pesanan dan nasihat, kenangan manis serta ‘air tangannya’ lah nanti yang paling dirindui dan diingati.
Rasa Air Tangan Ibu
Hasrat anak-beranak yang ingin merasai ‘air tangan’ insan yang paling mereka rindui sejak lima tahun lalu tercapai setelah mereka menyertai satu program rancangan televisyen Jepun.
Takaya Reiki, 25, ditemu bual program rancangan hiburan menunjukkan hidangan terakhir ibunya selepas meninggal dunia lima tahun lalu, lapor Oriental Daily.
Sebelum ibu Reiki meninggal dunia, mereka ada berbincang menu makanan apa yang hendak di masak untuk makan malam selepas pulang dari sekolah, dan mereka memilih untuk makan bubur daging. Namun, ketika pulang dari sekolah, ibunya sudah terbaring tidak sedarkan diri di rumah mereka dan terus dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan ibu Reiki sudah meninggal dunia.
Simpan Masakan Terakhir Selama 5 Tahun
Reiki berasa sedih untuk memakan hidangan terakhir mendiang ibunya tersebut. Kerana takut satu hari nanti dia tidak dapat merasa masakan mendiang ibunya lagi dan lupa bagaimana rasanya, Reiki dan ayahnya memutuskan untuk menyimpan bubur daging yang sudah dimasak dalam sebuah bekas dan membekukannya selama lebih 5 tahun.
Dalam program rancangan tersebut, Reiki membawa bubur daging beku tersebut dan pasukan rancangan itu telah menjemput seorang profesor dari Jabatan Biologi untuk menguji makanan itu terlebih dahulu kerana ia sudah dibekukan terlalu lama.
Masih Boleh Dimakan
Walaupun keputusan ujian menunjukkan bahawa makanan itu mempunyai kehadiran bakteria dan boleh menyebabkan sakit perut selepas pengambilannya, namun ia masih boleh dimakan dalam amaun yang kecil selepas dimasak pada suhu tinggi melebihi 100 darjah celsius.
Seorang Chef telah membantu menyiapkan hidangan bubur tersebut dengan mencairkannya dan menambah beberapa bahan agar sama seperti masakan ibunya.
Setelah dihidangkan, dapat dilihat Reiki dan ayahnya mengalirkan air mata. “Rasanya sangat sedap, sama seperti masakan ibu” kata Reiki.
MW: Memang sebak bila kita tak dapat lagi merasa air tangan orang yang kita sayangi. Apatah lagi masakan terakhir yang disediakan sebelum meninggal dunia. Pasti paling sayang nak makan dan tahu takkan dapat nikmati lagi rasanya dimana-mana.
Seorang pelajar tahun lima meninggal dunia akibat influenza di Dungun. Ibu mangsa berkongsi detik sedih apabila anaknya, Muhammad Amsyar Farhan, kejang selepas muntah sebelum disahkan meninggal dunia. Ketahui kisah penuh dan pentingnya kesedaran tentang bahaya influenza.