Kerang antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Namun nak bersihkan kotoran dan lumpur yang ada pada kulit kerang memang mencabar. Sehinggakan ada yang sanggup berus kerang satu persatu untuk pastikan ia betul-betul bersih sebelum dimasak. Ini kerana kerang yang kurang bersih akan mempengaruhi rasa kuah masakan.
Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan tip untuk bersihkan kerang. Seperti gaul dengan hampas kelapa, ramas guna pelepah pisang, guna berus sabut dan sebagainya. Rupanya ada cara yang lebih senang yang boleh dicuba iaitu guna air sejuk dan garam kasar je.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul-betul bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Rupanya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan ‘Superglue’ yang melekat pada kulit iaitu dengan menggunakan garam. Bukan apa bila, Superglue ni adalah pelekat yang sangat kuat, bila ia melekat pada kulit memang payah nak dihilangkan.Malah buat kulit kita jadi kasar dan sangatlah tak selesa. Jika dah pernah cuba macam-macam cara, boleh cuba gosok dengan garam pula. Ia memang terbukti berkesan secara saintifik.
Superglue adalah pelekat yang sangat kuat. Ianya terdiri dari bahan kimia utama jenis cyanoacrylate iaitu ethyl, methyl atau 2-octyl cyanoacrylate. Kaedah superglue ini mengikat dengan pantas dan kuat adalah disebabkan oleh pengaktifan bahan kimia jenis cyanoacrylate oleh air.
Hanya sedikit air diperlukan untuk mengaktifkan komponen utama superglue ini, contoh tindak balas dengan lembapan air dalam udara. Tindak balas dengan molekul-molekul air (H2O -dihidrogen monoksida) akan menghasilkan carbonucleophile yang mana kemudiannya akan memulakan tindak balas berangkai sesama sendiri menghasilkan rantaian polimer cyanoacrylate berwarna putih. Dengan terbentuknya rantaian polimer ini, tekstur superglue akan mengeras lalu ikatan yang kuat akan terbentuk pada permukaan yang disentuhnya.
Superglue sebenarnya dihasilkan tanpa sengaja. Asalnya ditemui semasa pencarian plastik gun sight pada tahun 1942, namun diabaikan kerana ianya melekat kepada apa saja yang bersentuhan dengannya. Ianya kemudian ditemui lagi tanpa sengaja pada tahun 1951, semasa kajian mencari polimer untuk jet canopies. Akhirnya pada tahun 1958, potensi bahan kimia ini diperakui sebagai pengikat yang kuat lalu dikomersialkan sehingga kini.
Superglue punya sangat banyak fungsi dalam kehidupan kita. Namun ianya juga dengan mudah boleh terikat pada kulit kerana wujudnya lembapan pada permukaan kulit kita. Jika tidak ditanggalkan, ianya boleh melekat pada kulit sekitar 3-5 hari.
Antara cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan superglue daripada kulit adalah dengan menggosok garam pada bahagian yang terkena. Bagi memastikan hasil yang optimum, pastikan bahagian kulit yang terkena superglue itu kering. Kemudian gosok/ gesel perlahan-lahan dengan garam sehingga garam larut bersama lembapan pada kulit dan basuh dengan air.
Garam kasar menyumbang kepada geseran dan garam yang larut akan menghasilkan ion-ion yang boleh memutuskan ikatan superglue daripada kulit lalu memudahkan proses penanggalan. Sekiranya bahagian yang terkena itu banyak, maka boleh ulangi kaedah sama beberapa kali sehingga superglue betul-betul tertanggal. Cuma hati-hati jika berlebihan kerana kulit boleh menjadi pedih.
Nota: Bagi mereka yang ada bahan yang berasaskan acetone (2-propanone atau dimethyl ketone) seperti ‘nail polish remover’, atau penanggal/ varnish cat, boleh juga membantu dalam menanggalkan superglue.
Mingguan Wanita: Baru tahu rupanya, nak tanggalkan Superglue yang melekat padak kulit, hanya perlu gosok dengan garam. Boleh cuba cara mudah yang dikongsikan ini nanti.
Manarik idea DIY “Home Office” dari almari pakaian ini. Kemas tersusun elok tertutup dan paling penting tak nampak serabut! Bukan apa, ramai juga antara kita yang mempunyai ‘pejabat sendiri di rumah’ namun kekangan idea dan ruang yang ada menjadikan ia nampak ‘serabut’ dan semak mata memandang. Bila buat penstoran begini guna almari pakaian ia nampak lebih kemas.
#kemasrumahwithhani: DIY home office
Seperti dijanjikan Hani kongsikan DIY “home office” Hani dari almari pakaian sahaja.
Awal tahun haritu hani ada cerita yang Hani decided nak makeover 3 bilik tidur di rumah hani. Sebelum ini ‘home office’ Hani memang ada bilik khas iaitu bilik paling kecil di rumah hani.
Memandangkan bilik pakaian sebelum ini Hani jadikan bilik tidur dan belajar Aqil maka bilik home office hani jadikan sepenuhnya bilik pakaian. Kira ala-ala walk in closet gitu haha.
Seminggu juga perah otak cari idea mana lah nak campak barang-barang dalam home office hani haha dengan fail-fail rumah dengan printer dengan segala stationery dan barang-barang planner haha. Banyak barang itupun banyak juga yg dah let go.
Lepas tu dapat idea nak buat ‘home office’ dalam wardrobe, ruang pun tak ambil banyak dalam master bedroom. Memandangkan bajet memang tak banyak untuk home office ni (bajet dah banyak habis untuk beli katil baru haha) terpaksa lah cari alternatif paling murah iaitu almari pakaian Shopee berharga RM155.
Ini je modal yang Hani keluar untuk home office baru Hani ni hehe. Segala macam penstoran dalam ni semua guna je apa yg ada.
Bagi Hani praktikal sangat almari pakaian ni Hani jadikan tempat simpanan barang-barang home office hani. Hani tempatkan juga printer dan mesin laminator dalam almari ni. Ramai yang tanya kalau nak guna printer hani keluarkan ke printer? Tak pun. Print je dalam tu. Idea asal nak buat pull out shelf. Haha tapi memandangkan macam ni pun elok je berfungsi malas pulak nak continue project hahaha.
Hani ceritakan lebih detail mengenai home office ni dalam gambar ya. Boleh tengok satu-satu gambar. Kat mana hani beli dan harga semua ada di gambar.
1.Almari pakaian Hani jadikan sebagai home office. Dia buat teknik penyamaran kat situ haha so tak nampak serabut sangat Master Bedroom bila almari dah tutup.
3 box kat atas tu dari Ikea. Hani simpan barang-barang sentimental. Satu box sorang. Alif, Hani dan Aqil.
2.Bila dah buka pintu almari. Tudiaaa hahahah penuh barang. Strictly untuk penstoran dan printing je.
3. Gunakan ruang dinding almari sebaiknya.
4. Hani tambah Lennart drawer dalam ni. Para ikea pun letak je atas laci. Para ikea ni kena potong sikit bagi muat. Hani hntr kilang perabot minta dia tolong potongkan hehe.
8. Harap misteri terjawab. Haha bila nak guna Hani pasang je plug kat extension ni. Lagipun printer bukan guna hari hari hehe. Hani parking laptop kat atas ni. Sambung usb printer. Terus print.
9. Inilah almari yang Hani guna. Untuk yang ada bajet sikit macam Hani boleh gunakan yang ni. Kalau ada bajet lebih boleh beli almari pakaian yang lebih tahan atau berkualiti dari Ikea. Sebab Hani fikir ini temporary solution sebelum pindah rumah sendiri nanti so RM155 berbaloi lah haha.
Macam ni lah bahagian dalam almari pakaian yang Hani beli. Kalau perasan para dia ada di bahagian atas. Tapi Hani letak kat bawah paras pinggang. Guna bracket L je untuk para tu. Bracket L yang besi kecil tu je. Yang rod tu Hani tak guna. Guna untuk project lain hehe.
Mingguan Wanita : Menarik idea DIY “Home Office” dari almari pakaian ini. Kemas tersusun elok tertutup dan paling penting tak nampak serabut! Boleh ikut idea yang dikongsikan ini nanti, kalau nak buat ‘home office’ tapi ada ruang terhad di rumah.
Bantal yng digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau. Jika tak bersarung bantal memang geli dibuatnya. Sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan bantal sebegini.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Nismiraa menerusi akaun TikTok nya. Macam tak percaya lihat hasilnya, hanya guna 3 bahan bantal kembali bersih macam baru dan tak berbau busuk lagi.
Mingguan Wanita: Wah menarik tip hilangkan tompokan ‘peta’ dan bau busuk pada bantal ni. Memang berkesan hasilnya, bantal elok kembali bersih dan nampak macam baru. Jadi sebelum nak beli bantal baru elok cuci dulu ikut tip yang dikongsikan ini.
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
PRISMAnita dilancar sempena Sambutan Hari Wanita Antarbangsa 2026. Demi memastikan wanita mendapat akses lebih mudah kepada pelbagai bantuan, sokongan dan perlindungan, kerajaan hari ini mengumumkan perlaksanaan PRISMAnita.