Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang, Ramai Dah Cuba Kata Berkesan

Kenapa penting belajar petua buang lumpur dari perut kerang ini? Sebab sesetengah kerang segar yang dibeli di pasar ada simpan lumpur dalam perut dia. Bila dimasak, perutnya akan terbuka. Bayangkan kalau lumpur tu tak dibuang dulu.

Tapi kalau kopek kerang hidup-hidup, seksanya ya tuhan. Takde dibuat orang pun. Cubalah tip mudah yang dikongsikan Shamsiah Mohamad ini.

Ramai dah cuba sebenarnya, dan terbukti berkesan.

Saya nak share petua untuk membersihkan lumpur-lumpur dalam perut kerang.”

1. Segenggam garam
2. Beberapa tangkai cili kering

 

IKLAN

kerang memuntahkan lumpur-lumpur dalam perut.

Posted by Shamsiah Mohamad on Sunday, July 1, 2018

 

Caranya :

1. Rendamkan kerang bersama garam dan cili kering selama 30 minit. Insya Allah kerang-kerang tersebut berlumba-lumba memuntahkan lumpur-lumpur dalam perutnya seperti dalam video.

2. Pastikan kerang yang dibeli masih segar (masih hidup).

IKLAN

3. Nanti hasilnya, isi kerang jadi bersih dan kita taklah makan lumpur sama.

 

Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang, Ramai Dah Cuba Kata Berkesan

 

IKLAN

Kongsi Netizen Yang Dah Cuba

Bagus petua ni, dah cuba semalam tapi siput sedut, sama juga. Air yang jernih jadi keruh sebab lumpur yang keluar dari siput tu.” – Siti Hawa

Petua Buang Lumpur Dari Perut Kerang, Ramai Dah Cuba Kata Berkesan

Ini Pula Petua Bersihkan Siput Sedut

Kalau siput sedut kan.. bubuh kelapa parut dalam segenggam. Lepas tu tutup la siput tu dalam bekas. Siput akan memakan kelapa parut sambil membersihkannya.” – Zaimah Zaimah

MW : Penting tau mak-mak kita belajar petua dapur ini. Sebab walau setinggi mana pun ijazah kita, bila dah berkeluarga tetap kena memasak untuk anak-anak dan suami. Orang kata, air tangan itulah terzahirnya kasih sayang seorang isteri mahupun ibu.

Klik Sini : Untuk Petua Kupas Kerang Cara Mudah

Kredit/Foto : Shamsiah Mohamad, cookpad

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI