
Isi Kandungan
ToggleKalau mak-mak nak tajamkan mata blender yang ada di rumah, boleh guna petua ini. Tak payah beli baru, petua dapur yang dikongsikan oleh Puan Afifah Rahim dalam satu group masak-masak ini sangat berkesan.
Ada yang gunakan nipis dan garam. Tetapi ini lebih mudah. Jom cuba gunakan tip ini.
Tajamkan Mata Blender
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk garam kasar( pastikan garam kering dan tidak berair)
CARA-CARA:
Masukkan garam kasar ke dalam blender dan kisar sehingga halus.
Keluarkan garam dan bersihkan blender.
Hasilnya mata blender akan jadi lebih tajam dari biasa.

Info:
Lakukan kaedah ini dua kali dalam sebulan. Hasilnya, pisau blender anda akan semakin tajam dan makanan yang dikisar akan cepat halus tidak seperti sebelumnya. Selamat mencuba!
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rendam Pokok Kecil Dalam Air, Tak Perlu Siram. Cantik Buat Hiasan Rumah

Tak semua suka hias dalam rumah dengan pokok-pokok hidup. Sebabnya risau ada binatang kecil yang ‘tak diundang’ menumpang nanti. Pulak tu, satu hal nak siram tiap-tiap hari. Tak kena cara, boleh mati pulak pokok tu.
Bagi mak-mak yang masih rasa nampak ruang tamu, ruang dapur atau bilik kosong, boleh cuba letak pokok kecil dalam balang air ini. Ada macam-macam jenis. Lepas tu tak perlu risau nak siram. Cantik dan rasa tenang je.
Ini antara perkongsian oleh Huda Zainal tentang beberapa pokok yang boleh mak-mak letak dalam rumah nanti. Mesti cantikkan!.
“Selain mampu membersihkan udara dalam rumah, menjadikan pokok hidup sebagai hiasan dalam rumah mampu mengurangkan tahap stress. Pokok hidup dalam rumah mampu mewujudkan rasa tenang dalam diri.
“Namun bagi yang tidak pernah membela pokok akan timbul kerisauan paling utama, takut pokok mati, terlupa siram ataupun kehadiran serangga dalam rumah.
“Bagi yang ingin menjinakkan diri dengan pokok hidup dalam rumah, teknik meletakkan pokok di dalam air adalah langkah pertama untuk bermula.
Meletakkan pokok yang mampu hidup dalam air sangat bagus untuk yang kesibukan kerana pokok yang diletakkan di dalam air tidak memerlukan penjagaan yang rapi berbanding yang ditanam dalam pasu bertanah.
“Banyak pokok yang mampu hidup tanpa tanah, hanya perlu direndam sahaja dalam balang berisi air.
Antara pokok yang sesuai ialah:
Pothos
Lucky bamboo
Spider plant
English ivy
Monstera

Wandering jew
chinese evergreen
Flamingoblume
Snake plant
Sumber: Huda Zainal
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku, Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat

Isi Kandungan
ToggleMenyimpan barang-barang basah seperti ayam, daging dan makanan laut dengan betul dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku adalah penting untuk memastikan keselamatan makanan dan menjaga kualiti. Hujung minggu memang waktu biasa mak-mak menambah stok barang basah.
Salah satu bahan wajib ada tentunya ayam mentah segar. Ayam biasanya kita beli sama ada seekor atau pun dua ekor untuk kegunaan masak memasak sepanjang minggu. Bila sudah simpan ayam di bahagian sejuk beku, tentulah ayam akan kerus kejung.
Berikut dikongsikan petua yang boleh memudahkan kerja mak-mak di dapur. Cara ini memudahkan mak-mak untuk menyimpan ketulan ayam supaya tidak melekat dan mudah dikeluarkan bila hendak dimasak.
Tip Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Beku
Ayam bila sudah beku, faham-faham sajalah kerasnya macam mana. Ada kala perlu masak 2-3 ketul sahaja, tapi kena rendam hampir semua. Cuba petua perkongsian Suzana Zainal ini. Nampak sangat praktikal, lebih mudah dan cepat. Jom lihat cara-caranya.
Berikut dikongsikan cara untuk menyimpan ayam, daging dan juga ikan.
Ayam Seketul-Seketul Tak Melekat
Cara-caranya:
1. Basuh ikan atau ayam atau daging bersih-bersih.
2. Selepas itu, letak dalam dulang. Pastikan tidak melekat antara satu sama lain.
3. Masukkan ke dalam peti sejuk, ruang sejuk beku dalam 2 hingga 3 jam.
4. Selepas sudah beku, ambil satu persatu dan masukkan ke dalam plastik atau bekas yang kita nak. Jadi nanti nak masak dah senang. Tak payah rendam semua. Cuma ambil berapa ketul yang kita nak masak dan rendam.
Cara Simpan Ayam Dalam Peti Sejuk Dan Ruang Sejuk Beku:
Pilih beku dengan baik: Pastikan ayam yang anda beli berada dalam keadaan baik. Elakkan membeli ayam yang sudah rosak atau punya bau yang pelik.
Pengasingan: Untuk mengelakkan percampuran bau dan rasa, ayam perlu disimpan dalam bekas kedap udara atau plastik pembungkus yang sesuai. Anda boleh memisahkan potongan-potongan ayam dengan menggunakan pembungkus plastik atau aluminium foil.
Tarikh luput: Sentiasa perhatikan tarikh luput pada bungkusan ayam yang dibeli. Gunakan ayam sebelum tarikh luput untuk memastikan kesegaran dan keselamatan makanan.
Suhu yang betul: Pastikan suhu peti sejuk adalah di bawah 4 darjah Celsius (39 darjah Fahrenheit) untuk makanan sejuk dan -18 darjah Celsius (0 darjah Fahrenheit) atau lebih rendah untuk makanan beku. Gunakan termometer peti sejuk untuk memastikan suhu yang betul.
Simpan dalam bahagian yang sesuai: Letakkan ayam dalam bahagian peti sejuk yang sesuai.
Tanda tarikh: Tandakan tarikh apabila anda menyimpan ayam dalam peti sejuk atau ruang sejuk beku. Ini akan membantu anda mengenal pasti berapa lama ayam telah disimpan.
Penyimpanan selamat dalam ruang sejuk beku: Jika anda ingin menyimpan ayam dalam ruang sejuk beku untuk tempoh yang lebih lama, pastikan ayam diletakkan dalam bekas kedap udara dan tulis tarikh penyimpanan. Gunakan plastik pembungkus untuk mengelakkan udara daripada meresap masuk ke dalam bekas.
Cara penyediaan semula: Apabila anda ingin menggunakan ayam yang telah dibekukan, alihkannya ke peti sejuk pada malam sebelumnya untuk membolehkannya mencair dengan perlahan dalam keadaan selamat. Anda juga boleh menggunakan mikrowave untuk mempercepatkan proses pencairan, tetapi pastikan ayam dimasak dengan segera selepas pencairan.

Jangan simpan semula ayam yang telah dimasak: Ayam yang telah dimasak tidak sepatutnya disimpan semula dalam peti sejuk beku kerana boleh meningkatkan risiko jangkitan makanan.
Amalkan kebersihan: Sentiasa amalkan kebersihan ketika menangani ayam. Basuh tangan anda dan alat-alat memasak dengan baik sebelum dan selepas menyentuh ayam untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.
Dengan mengikuti panduan ini, anda boleh memastikan ayam anda disimpan dengan selamat. Kualitinya juga dapat dikekalkan semasa dalam peti sejuk dan ruang sejuk beku.
Kredit: Suzana Zainal
Baca artikel lain yang berkaitan: Baik Kurma Fresh, Sejuk Beku Atau Kering, Tolong Basuh Dulu Sebelum Makan
Berapa Lama Kita Boleh Simpan Makanan Dalam Peti Sejuk Beku @ Freezer?
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Elak Beli Rumah, Kereta Sambung Bayar, Umpama ‘Tolong’ Bayarkan Hutang Orang, Bahaya Menanti!

Isi Kandungan
ToggleBila dah berkeluarga, tentu kita ingin tinggal tempat yang selesa untuk anak dan isteri. Nak beli rumah dan kereta untuk keselesaan keluarga. Kalau tak dibeli sekarang, harga rumah makin lama makin melambung tinggi. Belum nak bayar perbelanjaan lain.
Tapi, nak beli rumah kena tengok juga pendapatan kita. Takutnya tak berbaloi dan ‘makan pasir’ nak bayar komitmen bulan-bulan. Tak perlu nak rumah yang hebat, cukup yang sederhana dan sesuai dengan cara kita.
Ada sesetengah daripada kita rasa berbaloi beli rumah yang baru dan tak kurang beli rumah ‘second hand’. Cuma yang takutnya, rumah baru ada projek terbengkalai dan rumah second hand pula nak kena banyak baikinya.
Namun, perkongsian dari Dr Azizul Azli Ahmad ini menjurus kepada beli rumah dengan sambung bayar. Lagi bahaya sebenarnya sebab ia belum tentu hak milik kita.
Baca Artikel Menarik lain Di Sini: Suami Isteri Gaji BESAR Tapi Kereta Biasa-Biasa, Ada Alasannya! Dia Kedekut Yang Cerdik
Nak Beli RUMAH Kena BERSEDIA, Hutang 35 Tahun Ke Depan, Sanggup Atau Tidak?
Beli Rumah, Sambung Bayar
Jika sebelum ini ada kereta sambung bayar, sekarang ada rumah main ‘jual’ sambung bayar juga katanya.
Beli mahal mahal, tak mampu bayar. ‘Jual’ secara sambung bayar. Jual terus tak ada pembeli sebab rumah mahal sangat sampai berjuta lemon. Maka mintak sambung bayar sahaja.
Sambung bayar nie, tak ada hak milik kita sebenarnya. Rumah masih di atas nama pembeli asal yang dituntut oleh bank.
Pembeli asal boleh jadi dah mula lewat bayar atau tak bayar, peluang kena lelong tetap ada.
Kawan kawan,
Elakkan beli rumah yang mahal sangat waktu ekonomi sedang tak cantik begini. Layak beli rumah sejuta, beli yang RM600k – RM700k sahaja cukup.
Bagi yang layak beli rumah RM500k, beli yang RM300k cukup. Jangan salah beli waktu ‘cuaca’ begini.
Elakkan ‘beli’ kereta sambung bayar atau rumah sambung bayar sebegini. Bahaya sedang menanti.
Sambung Bayar Sebab Tak Mampu
Rumah yang tuan rumah beli, tak mampu bayar maka dia jual secara sambung bayar. Sambung bayar ini biasanya mereka beli rumah yang ‘overmarket value’.
Dapat jual pun masih tak boleh ‘cover’ hutang bank, maka cara paling mudah dan meriah adalah buat jualan sambung bayar.
Ketahuilah bahawa kegiatan ini salah dari segi undang undang., sama macam sambung bayar kereta, liabiliti masih ditanggung oleh pembeli asal.
Pembeli baru hanya ‘tolong’ bayarkan hutang orang sahaja.
Jika dah habis bayar tuan rumah kata dia tak mahu pindah milik kita tak boleh buat apa apa.
Jika tuan rumah mati juga kita hanya akan melopong sahaja. Jangan ambil mudah urusan jual beli rumah.

Paling penting jangan salah beli rumah, jika kita beli rumah dengan cashback RM650K, siap dapat cashback RM50K lagi.
Biasanya kediaman begini dah 10 tahun pun harga masih sama sekitar RM600k sahaja. Hutang dan faedah bank masih tinggi dan terluka jiwa membayarnya.
Kalau nak jual mesti kena ‘Top Up’ lagi, jadi elakkan beli kediaman yang bagi ‘cashback’, jika dapat pun mintak pemaju potong terus pada harga rumah agar hutang kita jadi kecil.
Jangan salah beli rumah, kita ingat harta boleh diwariskan rupanya beban hidup buat mereka.
Mingguan Wanita : Fikir dulu dan faham betul-betul, sebab hutang ni melibatkan berpuluh-puluh tahun yang belum tentu habisnya. Lagi sedih kalau yang sambung bayar, last-last tak dapat apa pun.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI