Jika mak-mak pernah makan aiskrim gulung atau Ice Cream Roll sebelum ini, ada resipi mudah untuk membuatnya. Hanya guna dua bahan, dah boleh buat Aiskrim Gulung ini dengan cara yang paling mudah. Cuti sekolah ni, boleh buat untuk anak-anak. Mesti anak suka dan nak tolong buat sekali.

Berikut perkongsian resepi yang dikongsikan oleh Puan Nana Robil sebagai panduan;

ICE – CREAM ROLL DUA BAHAN SAHAJA

Best la bebudak sekolah cuti ni. Ada yang mintak mak ayah bawak gi holiday ada yang kena stay kat rumah study sebab tahun ni ada exam besar.

Tapi apa pon dekat rumah mesti happening dengan anak-anak. Mak-mak pon pening dah nak bagi dorang seronok cuti-cuti ni.

Jom ibu kongsi menu menarik untuk mak-mak cuba bersama anak-anak. Mesti dorang pon suka la. Aktiviti ni boleh mengisi masa lapang dorang jugak. Senang sangat kot dan opkos la seronok ok.

Di sebabkan video ibu ada masalah ( anak excited tak sempat rakam ) jadi ibu share yang ni.

Bahan-Bahan :

Heavy Cream ( Ibu guna whipping cream )
Susu Manis 1 Tin
Secubit Garam

Cara Mudah Mak-Mak Boleh Buat Aiskrim Gulung @ Ice Cream Roll Yang Sedap Guna 2 Bahan Je

IKLAN

Untuk hiasan dan bahan-bahan dalam tuh boleh je letak choc chips, choc rice atau gapo ever la. Asal boleh makan.

Cara Membuat :

  1. Masukkan whipping cream, susu pekat manis dan garam kedalam bekas.Kemudian kacau sebati.
  2. Setelah itu masukkan kedalam loyang empat segi dan taburkan dengan topping pilihan seperti coklat chip, gula manik dan sebagainya.
  3. Kacau dan ratakan didalam adunan tersebut, dan lapiskan nipis agar mudah digulung nanti.
  4. Sejukkan didalam peti sejuk beku selama 4 jam.
  5. Setelah itu, bolehlah gulungkan ia menggunakan ‘scrapper’.

Siap! Selamat mencuba!

IKLAN

Boleh refer dalam video.

IKLAN

Kalau peti tuh terlalu sejuk jangan freeze sampai 4 jam ok takut dia jadi terlalu keras susah nak roll.

Mesti seronok la aktiviti ni. Selamat mencuba mak-mak dan anak-anak semua. Jangan lupa share sekali tau posting ni.

Nana Robil
Persatuan ibu anak cuti sekolah

Sumber: Nana Robil

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI