Kalau zaman remaja, paling risau bila tumbuh jerawat. Tapi, bila dah makin bertambah usia, muncul pula jeragat. Nak hilangkan jeragat pun agak sukar kalau tidak kena sesuai dengan kulit. Takutnya makin bertambah pula.
Kadang-kadang, penggunaan produk tertentu juga boleh membuatkan jeragat muncul. Mungkin tak sesuai dengan kulit. Satu hal pula nak kena cari produk yang sesuai untuk hilangkan jeragat.
Sebelum mencuba produk tertentu yang tidak tahu keberkesanannya, apa kata cuba dulu petua tradisional untuk hilangkan jeragat.
Ada cara alami nak singkirkan jeragat de gil ini. Guna getah bawang merah saja. Banyak manfaat bawang merah ini untuk kecantikan wanita. Antaranya mengawal paras kolesterol dalam badan dan mencegah keguguran rambut.
Dalam perawatan wajah, getah bawang merah banyak memberi manfaat dan awet muda.
Jadi, tak perlulah bersedih kalau produk kecantikan tak sesuai untuk hilangkan jeragat. Guna saja cara petua tradisional ini.
Cara 1 : Belah bawang merah kepada dua bahagian. Kemudian, secara perlahan-lahan gosokkan bawang tersebut pada bahagian wajah yang berjeragat.
Lakukan dua kali sehari, mak-mak akan dapat lihat jeragat atau pigmentasi semakin pudar. Tapi jangan tonyoh kuat-kuat bimbang boleh cederakan kulit muka.
Cara 2 : Ambil air perahan bawang merah. Campurkan dengan yogurt asli (Tak perlu banyak, cukup untuk sekali pakai). Adun sebati dan sapu di muka. Biarkan 10 ke 15 minit barulah cuci bersih.
Ads
Khasiat Bawang Merah
Anti Penuaan
Bawang merah itu sendiri mengandungi vitamin A, C dan E yang bermanfaat untuk melindungi kulit dari sinaran ultra ungu. Ia juga mengandungi sumber quercetin yang mana itulah antioksidan paling kuat untuk menjaga keanjalan kulit wajah.
Caranya : Ambil air perahan bawang merah dan sapukan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan basuh bersih. Jus tadi akan membantu meningkatkan perjalanan darah pada kulit wajah.
Kurangkan Jerawat
Kulit wajah yang sensitif dengan produk di pasaran, boleh mencuba cara alami ini. Bawang merah bersifat anti bakteria dan anti keradangan. Getahnya bekerja membu nuh kuman malah membantu menyembuhkan luka bekas jerawat.
Caranya : Campurkan 1 sudu besar jus bawang merah segar dan 1 sudu besar minyak zaitun. Sapukan pada wajah sekitar 20 minit. Selepas itu cuci bersih dengan air dingin. Rasakan kelembutannya.
Ads
Fungsi Mencerahkan Kulit
Vitamin C yang ada pada bawang merah membantu menjaga kelembapan dan seri wajah. Jika kulit kelihatan kusam, cubalah sapukan masker bawang merah ini.
Caranya : 1/2 sudu besar jus bawang merah segar, 1/2 sudu kecil susu tepung dan sedikit buah pala. Campurkan sampai jadi kental. Sapukan pada wajah antara 15 ke 20 minit.
Syarat pakai masker tak boleh lebih 20 minit. Nanti boleh mengundang kerengsaan pada kulit. Kemudian bersihkan masker tadi dengan kapas yang dicelup pada susu yang dah dicairkan. Basuh bersih wajah.
Bahan Dapur Untuk Buang Jeragat
Beras & Kunyit
Ambil setengah genggam beras, kemudian rendam semalaman. Toskan dan tumbuk sehingga halus bersama satu sentimeter kunyit hidup.
Selepas itu, gaulkan bahan tersebut dengan putih telur dan sedikit air perahan lemon atau limau nipis. Sapukan pada seluruh wajah sebagai masker. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan setiap hari.
Kulit Pisang Berangan
Sapukan wajah yang bermasalah dengan kulit pisang berangan. Gosok bahagian dalam kulit secara perlahan-lahan, lakukan sekerap mungkin. Bukan sahaja jeragat berkurangan malah kulit wajah juga menjadi sekata.
Hampas Kelapa
Hampas kelapa jangan dibuang sebaliknya gunakan untuk merawat wajah dan tubuh. Gosok pada wajah yang bermasalah setiap kali mandi, hasilnya jeragat akan beransur hilang. Ia juga boleh digunakan untuk menggosok tubuh. Ia membuatkan kulit lebih bersih, lembut, halus dan cerah.
Susu Tepung
Jeragat sangat mudah menyerang wanita yang mempunyai kulit yang kering. Bagi mengatasi masalah ini, anda perlu minum air secukupnya dan gunakan bedak atau krim yang mempunyai perlindungan matahari.
Ads
Petua ini juga dapat membantu mengelakkan jeragat dan bagi yang sudah mempunyai masalah tersebut, ia akan berkurangan. Bancuh satu sudu susu tepung dengan air perahan limau nipis. Jadikan masker, sapu rata pada seluruh wajah. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
Khasiat Sirih Muda
Petik beberapa helai sirih muda, simpan di dalam peti sejuk. Setiap pagi, gosok wajah yang berjeragat dengan sehelai daun sirih muda. Lakukan sehingga jeragat berkurangan, sirih juga membuatkan kulit anda lebih halus.
Kulit Kayu Manis
Caranya mudah sahaja, asah kulit kayu manis dengan menggunakan belakang lesung batu atau pasu. Campurkan air kulit kayu manis dengan bedak sejuk, sapukan pada seluruh wajah.
Atau anda juga boleh sapukan air kulit kayu manis ini secara nipis pada bahagian yang bermasalah. Manfaatnya, jeragat akan kecut, jeragat berkurangan, parut juga hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.
Mingguan Wanita : Tak prlulah nak bazirkan duit dengan produk yang mahal-mahal. Bukan apa, bimbang tak sesuai dengan kulit muka. Cuba dulu petua tradisional ini.
Pokok Rosemary antara pokok herba Inggeris yang digemari ramai. Aroma dedaunnya sahaja sudah cukup semerbak dijadikan salah satu bahan perapan untuk ayam, daging, kambing dan sebagainya. Tak susah sebenarnya nak tanam pokok herba ini di rumah jika tahu teknik dan caranya.Jika tidak ia akan mudah cepat layu dan mati.
Rupanya pokok Rosemary ini perlu diletakkan di tempat panas dan air secukupnya. Barulah ia mudah membiak dan segar bugar. Itu antara tip penjagaan pokok Rosemary yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafirsendiri.
Berikut perkongsian tersebut;
Daripada 1 pokok utama, atas cadangan dan permintaan saya potong beberapa batang pendek/kecil dan cucuk ke tanah, Alhamdulillah ada 7 anak pokok baru, pokok Rosemary.
Rosemary ini daunnya kita guna perap ayam, kambing, daging untuk bakar. Fuh, sedap!
Dan letakkan daunnya dalam air teh o panas. Fuh, sedapnya!
Saya beli anak pokok di nurseri je. Tak sangka mudah membiak.
Cara Penjagaannya:
Saya tidaklah tahu sangat. Cuma berdasarkan pengalaman, saya letak tempat teduh (garaj) dan dalam rumah, pokoknya tak segar, daun pun kekuningan.Sekarang letak tempat panas, sihat segar-bugar.
2. Selalu siram, at least 1 kali sehari paling lama pun 1 kali dalam 2 hari. Siram banyak biar basah tanah setiap kali siram.
3. Saya letak baja 1 kali sebulan, 1 sudu teh baja setiap kali letak, baja subur dari Kedai Eco saja saya guna.
Sekarang ini musim waktu demam, risau pula kalau anak-anak yang alaminya. Mahunya mak ayah tak tidur malam untuk kawal suhu badan mereka. Lagi risau kalau dah berjangkit-jangkit pula dengan adik beradik yang lain.
Mungkin ramai yang tak tahu tentang minuman sunnah, talbinah. Minuman yang digalakkan ambil waktu demam. Bahan-bahan yang digunakan juga mudah didapati.
Selain ambil ubat-ubatan, boleh juga ikhtiarkan untuk minum air talbinah waktu demam. Inilah yang dikongsikan oleh Habibah Badar Bajrai tentang minuman ini.
Sekarang ni tengah musim anak anak demam. Ada yang macam marathon. Lepas sorang sorang demam. Yang rasa nak pengsan, mak.
Bila anak demam, pernah tak buat TALBINAH?
Talbinah ni, makanan sunnah tau. Nabi galakkan sapa sapa yang demam, makan talbinah.
Talbinah ni dibuat dari tepung barli. Cuma guna 3 bahan saja. Tepung barli, susu dengan madu. Kalau tak ada tepung barli, boleh guna barli. Dah masak, blend.
Kalau nak beli tepung barli tu kan, cari yang asli. Tepung barli kat kedai tu, ada yang bercampur tepung sebab pekedai nak untung. Sebab tu harga dia murah sikit.
Khasiat Minuman Talbinah
Selain bagus untuk redakan demam, talbinah ni ada banyak lagi khasiat lain.
Antara khasiat talbinah;
1. Boleh hilangkan stress
2. Merawat sistem penghadaman
3. Bantu hilangkan kesedihan
4. Mengelakkan darah tinggi
5. Mengawal kanser
6. Melambatkan penuaan
7. Bantu kurangkan kolesterol
8. Merawat insomnia
9. Turunkan gula dalam darah
10. Kuatkan imunisasi
Banyak khasiat talbinah ni. Kalau suka, boleh juga campur dengan kurma.
Kalau anak demam, boleh bagi talbinah ok! Tak demam pun boleh. Khasiatnya banyak sesangat.
RESEPI TALBINAH
Tepung barli
Susu
Madu asli
Masak tepung barli dengan susu. Biar sampai pekat sikit. Agak agak. Kalau pekat sangat, boleh tambah air atau susu lagi. Bila dah masak, tunggu suam, baru campur madu. Jangan campur madu semasa tengah panas sangat. Nanti khasiat madu tu boleh hilang.
Boleh minum talbinah ni bila bila masa untuk anak kecil atau orang tua pun boleh.
“Talbinah itu dapat menyegarkan hati orang yang sakit dan dapat menghilangkan sebahagian dari kesedihan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
p/s: Kak Bib tak jual tepung barli ni. Kalau ada yang nak, boleh beli kat Shopee, Majmalherbs
Mingguan Wanita : Sekadar berusaha dan tak salah pun amalkan untuk kesihatan juga.
Ya! Memang bukan mudah nak move on bila putus cinta. Sakitnya sukar untuk digambarkan. Kesedihan akan jadi lebih berganda-ganda jika hubungan yang terjalin memakan masa begitu lama.
Tip Macam Mana Nak Move On Bila Putus Cinta
Apabila melihat orang lain bahagia bersama pasangan, anda yang single dan masih mencari janganlah sedih. Jangan pula disebabkan kawan-kawan lain sudah berpunya, anda menjauhkan diri daripada kawan-kawan tanpa sebarang sebab.
Move on sahajalah. Tak tau nak buat apa? Nah, 10 tip move on yang boleh anda buat:
Reda, Jangan Salahkan Takdir
1. Jangan dengar lagu sedih. Kalau boleh jangan dengar radio langsung sebab ketika sedang bersedihlah lagu-lagu sedih yang keluar.
2. Jangan stalk social media si dia. Kalau boleh, block saja FB atau IG dia. Jadi, tak ada lah anda gatal-gatal nak tengok dia lagi.
3. Jangan tidur lambat sebab masa yang paling anda akan ingat dekat dia adalah waktu tengah malam. Betul tak?
4. Sibukkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti berfaedah. Pergilah ajak kawan-kawan lepak atau sesekali berkaraoke. Bila balik dah penat, terus tidur.
5. Tak perlulah nak buat diari sedih tulis semua kenangan kalian bersama. Benda yang lepas jangan dikenang.
Jangan benci dia. Selagi anda benci dia, selagi itu anda akan sentiasa teringat-ingat tentang mereka. Jadi, maafkan saja jika mereka, barulah anda boleh hidup dengan tenang.
7. Belajar daripada kesilapan. Jangan mudah jatuh hati pada orang. Jangan ulangi perkara yang sama setiap kali anda berjumpa seseorang.
8. Paling penting, jangan tunggu si dia. Beri peluang pada orang lain yang betul-betul sayang dan menghargai anda.
9. Doa yang baik-baik. Jangan kutuk atau hina dia. Bila dah tak suka mulalah mengata macam-macam. Sebaliknya, cuba doakan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga dia.
10. Reda. Jangan menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah.
Mudah bukan? Anda tak payahlah nak sedih-sedih menangis sampai bengkak-bengkak mata. Anggaplah memang bukan jodoh anda dan pastinya akan ada yang lebih baik untuk anda nanti. InsyaAllah.