Bila tiba hari raya, memang tak sah kalau tak ada tapai lebih-lebih lagi di negeri Pantai Timur. Memang inilah yang dicari selain daripada kuih muih dan biskut raya.
Namun, tak semua ‘berjaya’ untuk buat tapai dengan cara betul. Silap cara, ia tak masak, ada yang tak manis langsung dan macam-macam lagi. Sampaikan ada petua khas untuk pastikan ia ‘menjadi’.
Antara petua yang orang tua cakap, bekas kena betul-betul kering masa nak peram pulut. Ragi pun kena elok juga, itu yang penting. Biasanya kalau nak buat tapai, kita serahkan pada mak ayah yang buatnya. Kononnya, mereka buat menjadi, manis leting.
Tapi dengan usia mereka yang bertambah, kitalah yang kena warisi dan belajar. Nak buat pun tak susah sebenarnya. Ikuti perkongsian daripada Suhaila Ismail ini, siap ajar satu persatu. Nanti boleh cuba buat nanti.
“Kali ni, buat tapai dengan menggunakan sekilo beras pulut. Kita test ragi dulu..
Kalau manis molek, bolehlah buat lagi.
Petua:
Nak buat tapai ni, pulut kena masak betul-betul. Tak kisah nak tanak atau kukus pun boleh. Ragi yang nak digunakan pun kenalah elok. Insya Allah menjadi.
Resipi Dan Cara Membuat:
1. Bahannya, 1kg beras pulut dan sebiji ragi.
Ads
2. Basuh beras sehingga iarnya jernih. Rendam seketika, lebih kurang ¾ jam.
3. Kukus sampai keluar wap.
4. Renjiskan dengan segelas air. Kukus lagi sehingga keluar wap. Lebih kurang 2 kali kukus. Kalau guna kaedah tanak, ia sama dengan kita tanak pulut untuk makan dengan ikan kering.
5. Sejukkan dalam dulang. Guna penapis ini senang nak tenyeh-tenyehkan ragi. Gaul sebati semua pulut. Tunggu sehingga pulut sejuk dan bekas kena bersih dan kering.
Ads
6. Tip penting, taburkan sedikit gula. Jangan banyak sebab nanti manis leting.
7. Simpan dalam bekas tertutup, saya guna periuk atau pun bekas tupperware. Peram selama 30 jam.
8. Kali ini, guna daun jambu. Bila dah berair, masukkan ke dalam peti ais.
—
Ads
9. Saya suka tapai yang berair sangat. Ini cara yang arwah mak ajar. Lain orang lain caranya.
Selamat mencuba!
MW: Lepas ni tak adalah cakap tangan ‘panas’ sebab itu tapai tak menjadi. Boleh ikut cara ini. Senang dan mudah. Tapai ni bagus untuk panaskan badan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Rojak buah yang sedap, kuahnya kena cukup pedas, pekat dan manis secukup rasa. Selalunya pes rojak yang dijual dipasaran ada campuran petis udang dimana sesetengah orang ada yang jenis tak makan petis udang ni.
Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri kuah rojak buah yang sedap, ikut cuba resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanikaini.
Berikut perkongsian resipi tersebut;
“Alhamdulillah.. berojak buah hari ni, permintaan kawan-kawan dia orang kata sedap tu yang suruh buat lagi. Tak tau la puji ikhlas ke tak. Tapi akak buat ikhlas penuh kasih sayang untuk gather dengan kawan-kawan sekolah”
Bahan-Bahan:
1 botol sos cili
1 botol kicap lemak manis
350 gm gula
3 keping nisan besar (Agak-agak je kalau guna gula melaka @ merah)
sedikit belacan
cili kering blend (Ikut suka)
Bijan (disangai-Suka hati nak letak ke tak)
Kacang tanah (kisar kasar nak makan baru letak)
Cara Membuat:
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk periuk (kecuali bijan dengan kacang).
2. Boleh letak air dalam botol tu untuk habiskan sisa-sisa sos dan kicap.
3.Masak guna api sederhana saja, masak sampai pekat.
4.Dah pekat baru letak bijan tadi kacau tutup api.
5.Seimbangkan rasa.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba resipi kuah rojak buah ni. Lebih jimat dan pasti puas hati bila buat sendiri.
Tempoh berpantang selepas melahirkan anak merupakan waktu yang ‘agak mencabar’ bagi wanita. Pantang larang sewaktu berpantang haruslah dipatuhi dengan betul. Jangan sesekali pandang mudah dan ambil ringan sewaktu dalam tempoh berpantang ini. Silap-silap nanti boleh terkena bentan dan demam urat yang boleh mengkibatnya sakit seluruh badan dan melambatkan lagi proses pemulihan dalaman bagi wanita.
Namun jika ditakdirkan terkena bentan ketika dalam berpantang, ‘Sushi Garlic’ dikatakan mampu merawat dan atasi masalah ini.Berikut merupakan perkongsian daripada Puan Norliza Mohd Salleh yang merupakan seorang Perunding Jamu.
“Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tip untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.”
Bahan-bahan:
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Cara Membuat:
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Makmur ‘Melting’ Kuih Dulu-Dulu, Resipi Kesayangan Tokok Tambah Sampai Kena Selera! Kuih makmur antara kuih ‘lejen’ orang dulu-dulu. Rasanya yang berlemak manis dengan inti kacang, memang cukup sedap. Lebih-lebih lagi kuih ni jenis mudah rapuh dan cair di mulut.
Namun bukan mudah sebenarnya, nak dapatkan resipi kuih makmur yang ‘betul’ dan kena dengan selera. Namun resipi ini telah ditokok tambah dan diolah berkali-kali bagi benar-benar menepati cita rasa sendiri.
Mak-mak nak cuba untuk buat makan sendiri atau untuk jual dan dijadikan sebagai sumber pendapatan boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Norita Farish Indahini sebagai panduan;
Ramai yang tertunggu-tunggu resepi makmur melting ni. Ini memang resepi kesayangan. Saya memang pengemar kuih dulu-dulu nak-nak yang kena dengan selera saya.
Kalau saya makan tak kena dengan tekak, saya akan ubah sampai saya makan sambil tersenyum. Macam tu juga la dengan resepi ni saya tokok tambah sampai mak kata ok dah ni.Jangan ubah lagi resepi. haha
Ok kat sini kalau betul-betul nak dapatkan rasa yang sama jangan skip resepi ye. Ikut semacam resepi kat bawah. Insya Allah makan sambil buat sampai tak sedar berape biji dah masuk perut. Jom dengan izin Allah moga menjadi dengan jayanya. Saya panjangkan resepinya moga jadi punca pendapatan untuk raya yang bakal tiba ni ye. Insya Allah.
Makmur Melting
Bahan-Bahan:
1800gm tepung gandum The baker choice (masuk oven bakar sekejap tak pon kalo rajin sangai dalam kuali sampai tepung panas jangan hangit…kalau matahari terik jemur pon boleh lagi senang)
200gm tepung jagung
200gm gula aising(ayak)
200gm susu tepung full cream fernleaf (saya memang suka susu brand ni)
2 St garam halus
800gm minyak sapi gheeblend (saya memang guna brand ni je ye)
8 sb metrik butter @buttercup (ni tujuan untuk tak cepat pecah@rapuh time golek-golek dalam gula nanti).
*Step ni rasanya semua tau kan. Uli sampai boleh dikepal-kepal.
Untuk Inti dalam doh
Bahan-Bahan:
750gm kacang tanah (sangai buang kulit dan dikisar kasar-kasar sikit nanti time makan dia ada texture krup krap kacang tu buat feel dia lagi layan makan. Hat ni sesuai selera la ye, kalau suka halus blend ja halus…tak ada masalah)
300gm gula yang di blend halus
270gm mentega kacang (nak bagi lemak-lemak dan senang dikepal time nak boh inti)
60gm butter@buttercup
*Semua ni di gaullah sampai semua rata, sampai boleh dikepal-kepal.
Bahan Salut:
800gm susu tepung full cream frenleaf
880gm gula aising mesti ayak bersama bagi rata
Bagi yang tak suka sangat rasa susu yang kuat boleh guna salutan resepi kedua ni.
600gm susu tepung full cream
1200gm gula aising
Ayak bersama.
Info Ekstra!
Macam biasa saya sukat 1/2 sudu besar metrik doh tepung letak inti dalam 3/4 St metrik dan bakar masak oven saya 30 minit 140′. Kalau nak buat kecik-kecil boleh guna sudu 1st ja dan inti 1/2 St metrik.
Suam-suam boleh golek-golek dalam bahan salut. Kalau nak senang letak bahan salut dalam bekas tupperware kedap udara boh biskut yang dah siap masak goncang-goncang ja dalam tu. Cepat sikit keje.
Boleh juga di ubah suai letak pandan paste dan pewarna hijau untuk makmur pandan dan ditekan dalam acuan jelly untuk dapatkan reka bentuk yang berbagai-bagai.
Selamat mencuba ye. Moga Allah perluaskan rezeki kita semua dan mendapat keredhaanNya selamat di dunia berjaya di akhirat.
Mingguan Wanita: Terima kasih ikhlas berkongsi resipi kuih makmur yang cair di mulut ni. Boleh buat untuk makan sendiri atau dijadikan sumber pendapatan waktu raya nanti.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...