Cara Buat Kopi Latte Ala Kampung, Lagi Lama Dalam Peti Lagi Sedap!

Share

Jika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!

Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid
ini sebagai panduan.

Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.

Bahan-Bahan :

2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya

Cara Membuat:

1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).

2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.

3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.

4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.

5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.

6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.

Siap!

Selamat mencuba!

Baca Lagi Di Sini:
Resipi LENGKAP Nescafe, Milo, Kopi & Teh Ais KAW Bungkus Ikat Tepi!

Serbuk Kopi & Kulit Telur, Baja BERKESAN Kawalan Perosak Organik!

Letak Secubit Garam Dan Sesudu Nescafe Rahsia ‘Teh Tarik Banjir’ Rasa Lemak, Manis, Kelat & Wangi

‘Formula’ Buat Air Nescafe Sedap Warna Sungai Pahang, Cukup Rasa Pahit, Manis & Lemaknya

Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.

Sumber: Madihah Hamid

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

IKLAN