Mak-mak yang ada anak kecil dan suka sangat buat sup bebola, memang wajib mencuba resepi bebola ayam homemade di rumah. Bukannya tak boleh beli di kedai, cuma bila buat sendiri ini mak-mak lebih puas.
Cara nak membuatnya pun, teramatlah mudah. Cubalah resepi yang dikongsikan oleh Parmiati Binti Suyudi (Atie – Yatie) ini. Ada panduan video nak bagi mak-mak lebih faham.
Bahan Bebola Ayam (Chicken Ball)
200 gram isi ayam
4 ulas bawang putih
Serbuk lada sulah dan lada hitam
1 sudu makan garam halus
1/2 gelas kiub ais
1 biji putih telur
Bahan Bawah Ini Ditapis Ya
1/2 cawan tepung ubi (tepung tapioca)
2 sudu makan tepung gandum
Secubit baking soda dan baking powder (secubit je tau)
Buatnya Macam Ini
1. Kisar ayam dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk lada sulah dan lada hitam serta garam ikut cita rasa.
3. Masukkan putih telur dan kiub ais.
4. Campurkan bahan tapis dan kisar halus.
5. Pakai sarung tangan dan bentukkan bulat-bulat bebola ayam tu.
6. Kemudian, rebuslah bebola ayam ini sampai timbul. Bila dah timbul itu tanda dah masak.
Ads
Cara Betul Simpan Bebola Ayam Nak Bagi Tahan 6 Bulan
√ Sebaik selesai merebus, masukkan dalam bekas dan tutup kemas. Simpan dalam peti sejuk bahagian beku.
√ Bebola yang dah siap direbus itu tak perlu direndam dalam ais jika mahu disimpan dalam peti beku.
√ Jika nak terus dimakan, anda boleh rendam dalam air berisi ais untuk kekalkan kekenyalannya.
√ Bebola ayam ini boleh tahan sampai 6 bulan jika disimpan dalam peti sejuk bahagian beku.
Ads
Video : Step By Step Resepi Bebola Ayam
Kisar Semua Bahan, Jadikan Doh, Mudah Nanti Nak Bulat-bulatkan
Ads
Selepas Dibulatkan, Rebus Sampai Bebola Ayam Timbul
Jika Mahu Terus Dimakan Boleh Rendam Dalam Air Berisi Ais Untuk Kekalkan Kesegaran Dan Kekenyalan Bebola
Sumber/Foto/Video : Parmiati Binti Suyudi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Seorang ibu dan anak perempuannya telah melakar sejarah sebagai duo ibu-anak perempuan pertama yang mengemudi pesawat penumpang komersial bersama-sama.
Kapten Suzy Garrett dan anak perempuannya Donna Garrett, yang kedua-duanya bekerja untuk SkyWest Airlines, melonjak ke dalam buku sejarah beberapa hari yang lalu ketika mereka pertama kali terbang pesawat bersama.
Suzy dan Donna sukakan kerja mereka. Kredit gambar:@SkyWest/Jam Press
Ini bukan kali pertama Suzy, 56, menjadi berita utama – dia juga merupakan salah satu wanita pertama yang telah dipilih untuk bekerja oleh SkyWest Airlines. Suzy telah menerbangkan pesawat selama lebih dari 30 tahun.
Menerbangkan pesawat adalah pekerjaan utama dalam keluarga Suzy. Suaminya Doug dan anak lelaki mereka Mark juga merupakan juruterbang.
Minat Ibu Bapa Buat Anak Pilih Kerjaya Sama
Bercakap sebelum penerbangan bersejarah dia dan anak perempuanya, Kapten Garrett memberitahu blog SkyWest Airlines: ‘Kami sangat menyukai pekerjaan kami. Anda tidak melihatnya terlalu banyak dalam pekerjaan lain.
“Tidak ada antara anak-anak kami yang berfikir untuk menjadi juruterbang, tetapi ketika mereka mula melihat karier lain yang ada di luar sana, seperti duduk di pejabat, dan kemudian melihat betapa gembira kami – ini membuka mata mereka.”
Satu keluarga pilih jadi pilot Kredit gambar :@SkyWest/Jam Press / Instagram @donnaa_jo
Donna, 26, menambah: ‘Saya terdedah kepada penerbangan sepanjang hidup saya. Saya memutuskan untuk terbang kerana minat dan cinta ibu bapa saya untuk terbang. Mereka menjadikannya sangat menyeronokkan.”
Ujar Donna, sepanjang dia membesar telah banyak perjalanan yang dilakukan.
“Saya terdedah kepada dunia, yang merupakan inspirasi besar. Dapat merasai dan mengalami gaya hidup ibu dan ayah saya adalah sangat indah. Ini menunjukkan kepada saya kemungkinan industri ini dapat tawarkan.”
Suzy berkata dia ‘suka’ bekerja dengan anak perempuannya.
‘Saya sukakannya! Saya sangat menyukainya. Seronok merasakan anak saya mengalami apa yang saya alami. Dia adalah sebahagian daripada keluarga SkyWest, ” jelasnya.
“Saya rasa ini akan menjadi kerjaya yang hebat untuknya. Dia suka mempunyai pelbagai dan kegembiraan dalam hidupnya.”
Suzy dan Donna lakar sejarah terbangkan pesawat komersial bersama-sama. Kredit gambar: Instagram @donnaa_jo
Kapten Suzy juga berbicara mengenai minatnya terhadap kariernya dan mengapa ia menjadi jalan yang baik untuk wanita.
Dia menambah: ‘Saya sangat berterima kasih atas pekerjaan ini. Bagi wanita, fleksibiliti jadual kerja adalah nilai tambah; kemampuan untuk mempunyai keluarga.
‘Apa kerjaya yang lebih baik di luar sana di mana anda boleh menghasilkan wang seperti ini dan tidak perlu mengalami tekanan tinggi dengan membawa pulang kerja anda?
“Penjadualan adalah alasan besar mengapa saya kekal bersama SkyWest. Ia sangat bagus ketika anak-anak membesar.
“Saya boleh menjadi sukarelawan untuk lawatan lapangan, pesta di sekolah dan menjadi ibu, sambil menjalani karier yang luar biasa ini!”
Bangga Bergambar Dalam Pakaian Seragam
Donna pilih jadi pilot sebab kedua ibu bapanya. Kredit gambar:Instagram @donnaa_jo
Donna sering berkongsi foto perjalanannya di seluruh dunia di laman Instagramnya, yang mempunyai lebih daripada 35,800 pengikut.
Melihatkan ibu bapanya seronok kerja sebagai juruterbang buatkan Donna pilih kerjaya sama. Kredit gambar: Instagram @donnaa_jo
Juruterbang muda itu dengan bangga menyiarkan gambar dirinya dalam pakaian seragam juruterbangnya, termasuk gambarnya di pelbagai lapangan terbang bersama ibu bapanya.
Donna terserempak dengan bapanya Doug secara tidak disangka di lapangan terbang Chicago O’Hare. Kredit gambar:Instagram @donnaa_jo
Mengimbas semula pada bulan Februari, tepat sebelum wabak COVID-19 berlaku di AS, Donna terserempak ayahnya Doug di Chicago O’Hare Airport.
“Ini adalah yang pertama … bertemu dengan ayah saya di tempat kerja!” dia menulis gambar itu. “Setiap perkara yang berlaku semalam adalah teruk dan meletihkan, tetapi ini menebusnya.”
Alhamdulillah… Doa di bulan puasa mustajab akhirnya semalam bayi kena culik dah dijumpai tapi sampai lembik bayi 17 bulan ini diikat. Cuba bayangkan anak sekecil ni, kena ikat, lapar susu lepas tu nyamuk, semut dan spesies kerengga banyak di pokok.. Allahuakbar!
Namun semalam pihak keluarga mengesahkan bayi perempuan berusia 17 bulan, Nur Aisyah Hasmizan yang dibawa lari oleh individu tidak dikenali dari rumah keluarganya di Kampung Parit Lanjut, Mukim Sungai Terap, Muar berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor dan Polis Daerah Muar di sebuah rumah kongsi di Kampung Bukit Treh kira-kira jam 9 pagi tadi bersama-sama dengan sebuah telefon bimbit yang turut dilarikan dalam kes berkenaan.
Hasil penahanan suspek dan soal siasat yang dilakukan kemudiannya membawa kepada penemuan bayi perempuan berkenaan di satu kawasan belukar kira-kira satu kilometer dari rumah keluarga mangsa kira-kira jam 3.45 petang.
Pihak polis juga masih melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit. Kes disiasat mengikut Sekyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Sekyen 457 kanun yang sama kerana pecah masuk kediaman.
Luahan Dari Pihak Ibu Mangsa
Dalam keadaan sedih, ibu mangsa, Diela Yusofe menghargai orang ramai yang mendoakan anaknya dan atas usaha PDRM cekap mengambil tindakan sampai anaknya dijumpai semula semalam…
Assalamualaikum
Kepada semua warga malaysia terima kasih atas doa kalian. Terima kasih sangat-sangat untuk skuad #PDRM dari semua unit dia atas segala tindakan anda. Alhamdullilah aisya selamat walaupun muka beliau teruk.
Tak pe kita boleh rawat ya sayang. Nanti aisya comel semula, saya tak sempat balas kesemua komen dari anda, PM dari anda kerana terlalu banyak.
Terima kasih pada semua yang membantu. Buat kesemua customer saya hp saya masih tidak ditemui dan segala detail anda saya tiada. Tapi kesemua barang saya memang dah pos..kepada customer biskut saya insyaah saya usahakan sebelum raya untuk hantar. Harap faham keadaan saya sekeluarga di duga sebegini.
Kepada semua mohon terus berdoa untuk aisya kembali sihat, beliau masih dalam trauma.
Kalau ikutkan memang rasa geram bila tengok keadaan anak kecil itu yang dah digigit serangga, kasihan yang amat! Namun apa pun, syukur Alhamdulillah sebab bayi kecil itu dah dijumpai. Moga anak kecil itu cepat-cepat sihat.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Majlis perkahwinan pastinya bertambah sempurna apabila dapat merakamkan detik-detik manis dengan dekorasi dewan yang dihias indah.Berita baik buat bakal pengantin apabila Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan majlis akad nikah diadakan di premis yang disewa seperti hotel, dewan dan butik pengantin berkuat kuasa hari ini.
Ketetapan Baru Akad Nikah
Ketetapan baharu itu berdasarkan kemas kini Garis Panduan Pelaksanaan Majlis Akad Nikah Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Garis panduan itu berkuat kuasa hari ini sehingga ke suatu tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan.
Berdasarkan ketetapan sebelum ini, majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan boleh dilaksanakan di pejabat cawangan Jawi dan masjid-masjid kariah di tiga wilayah berkenaan.
Sanitasi Ruang Majlis & Tetamu Tak Melebihi 50 Peratus
Selain itu, Jawi turut menetapkan supaya proses sanitasi di ruang majlis dan kawasan sekitarnya hendaklah dilakukan termasuk di tandas sebelum dan selepas majlis dijalankan.
Selain itu, kehadiran ke majlis akad nikah di premis tersebut juga hendaklah tidak melebihi 50 peratus keluasan kapasiti premis dengan mematuhi penjarakan fizikal 1.5 meter dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) am pelaksanaan majlis sosial yang dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
MW: Alhamdulillah, berita baik buat pengantin dan pengusaha butik-butik perkahwinan. Somoga bisnes dapat diteruskan dengan sama-sama berusaha mematuhi SOP yang ditetapkan.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...