krim marjerin

Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.

Jom cedok resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini;

“Jom kita buat krim marjerin untuk anak-anak kita ke sekolah. Tak la jemu meka asyik dok calit dengan planta, kaya ja.Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin & gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap & lemak sikit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal.Jom intai apa yang akak derhaka tu”.

Bahan-Bahan:

1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula kisar
Setengah cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu caair
Perisa..ikut masing-masing ya

Cara Membuat:

1.Campor semua bahan kecuali perisa.mixer sampai kembang dan jadi putih gebu.

2.Bila dah kembang, boleh letak perisa. Ok siap! dah boleh sapu pada roti.Marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais.Dia macam planta, kalau kita simpan dalam peti dia keras, bawa keluar dia lembut balik.

Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..

Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba!

MW:Menarik juga idea ni, pastinya rasanya lebih sedap!. Mak-mak boleh cuba untuk pelbagaikan disapu pada roti mahupun kek. Anak-anak pun mesti suka!

Sumber: Masni Bahari

Jangan Lupa Komen

komen