Cantik Kejadian CENDOL Homemade, Pertama Kali Cuba Menjadi & Puashati! Jika selalu kita beli cendol yang dah siap di kedai, sebenarnya kita boleh buat sendiri cendol ini di rumah. Mudah sahaja hanya menggunakan 3 bahan. Tapi kena tahu teknik yang betul barulah elok tak putus atau pecah-pecah.
Sedap makan cendol sejuk-sejuk dengan santan atau susu cair, ditambah pula air gula melaka. Sesuai juga buat untuk juadah pencuci mulut pada bulan puasa nanti.
Boleh resipi cendol homemade seperti yang dikongsikan oleh Puan Samsinar Bustami ini.
Siap cendol homemade, pertama kali mencuba,alhamdulillah menjadi dan puashati. Boleh lah makan-makan satu family.
Bahan-Bahan:
1 cawan tepung jagung
3 cawan air pandan (daun pandan dikisar dan tapis)
Secubit garam
Cara Membuat:
1.Masak semua bahan di atas dalam periuk kacau sehingga likat berkilat.
2.Tutup api dan sediakan acuan untuk buat cendol.
Ads
3. Saya guna piping bag, sediakan air ais dalam bekas besar dan teruslah picit adunan ke dalam bekas yang berisi ais tadi. Buat lah sampai habis.
4. Saya makan dengan susu cair (itu je yang ada kat rumah)+ air gula melaka.
Ads
Lebihan cendol boleh simpan dalam peti sejuk bersama air ais tadi.
Selamat mencuba! Bulan puasa tak lama lagi boleh lah buat juadah buka puasa.
Mingguan Wanita: Cantik kejadian cendol homemade ni, pertama kali buat pun terus menjadi dan puas hati. Memang berbaloi buat sendiri lebih terjamin bersih, halal untuk satu famili makan.
‘Sayang Tanpa Syarat’ cukup besar pengertiannya. Kasih sayang tanpa had, tanpa mengharapkan balasan, menerima baik buruk seadanya malah menyayangi seikhlas hati tanpa mengira siapa pun dia.
Kasih sayang antara ibu dan anak seringkali menjadi penanda aras dalam meletakkan definisi ‘Sayang Tanpa Syarat’. Tulusnya kasih seorang ibu pada anak-anak adalah cinta abadi apabila mampu menyayangi dan rela berkorban sepenuh jiwa tanpa mengharapkan apa juga balasan. Menerima baik buruk perangai, tingkah laku, kelebihan mahupun kekurangan setiap anak-anaknya. Malah ikhlas menyayangi anak-anak dari kecil hinggalah mereka dewasa.
Selain itu, ibu akan sentiasa ada di hati anak-anaknya. Menjadi ‘tulang belakang’ yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi serta meniupkan kata-kata semangat pada anak-anaknya. Teguh berdiri menerima setiap kekurangan mahupun kelebihan anaknya dengan hati terbuka.Tatkala anak berada di puncak kejayaan mahupun dalam keadaan titik paling rendah dalam hidup.
Kasih sayang tanpa batasan ini cukup memberi nilai positif dan kekuatan pada diri anak dalam mengharungi apa juga ujian dan rintangan dalam kehidupan. Namun demikian bagi seorang ibu juga, anak merupakan sumber kekuatannya. Hubungan erat dan mesra yang terjalin antara ibu dan anak dapat menberi sokongan antara satu sama lain.
Sissy Imann Mohammad Kamil,27 merupakan penyanyi, pelakon dan pengacara serta lulusan jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Bersempena Hari Wanita yang diraikan baru-baru ini, BESTARI menyelami kasih sayang tanpa batasan serta hubungan erat yang terjalin antara penyanyi Sissy Imann dan bondanya tersayang.
Benarlah, hanya seorang ibu yang benar-benar memahami dan mengenali anaknya serta sanggup bersusah payah dalam menjaga anak sendiri. Bagi Zuraidah Yazit atau lebih dikenali dengan ‘Mak Tanjung’, personaliti Sissy sendiri cukup berbeza di rumah dan diluar.
“Sissy di luar dan Sissy di rumah memang berbeza sisinya. Sissy di luar nampak periang dan lebih ceria namun di rumah Sissy lebih bersikap serius namun manja dan penyayang. Kalau tak peluk satu hari, dia boleh merajuk” ujarnya bercerita ringkas sikap Sissy.
Meskipun mempunyai kerjaya sendiri, namun Zuraidah atau lebih mesra dipanggil bonda turut rela berkecimpung dalam industri seni dan lebih selesa menjadi pengurus anak sendiri.
“Bonda ada kerjaya sendiri, tapi disebabkan oleh anak, kita cuba nak jaga sendiri dengan menjadi pengurus dia. Puas hati bila sendiri yang jaga anak sendiri, rasa lebih selamat apabila menjadi ibu dan pengurus kepada Sissy Imann,” ujarnya Zuraidah yang telah 10 tahun menjadi Pengurus Sissy sejak 2013.
Ternyata memasak dan makanan mampu menyatukan hati dua beranak ini. Menurut Sissy lauk seperti kari dan ayam goreng sering menjadi pilihan mereka.
“Bonda memang suka ayam goreng. Kalau tanya nak makan apa, dalam satu pilihan lauk tu mesti ada ayam goreng. Terutama bahagian peha.”
“Namun ayam goreng yang digoreng oleh bonda yang paling istimewa. Iaitu menggunakan Tepung Ayam Goreng BESTARI. Jadi bila nak goreng ayam itulah ‘secret ingredient’ nya. Bila Sissy buat untuk bonda sama juga (menggunakan tepung BESTARI), ujar Sissy.
Malah aktiviti memasak bersama-sama sering menjadi ‘terapi’ dalam menghadapi ujian mahupun ketika berasa ‘down’.
“Ada ketika bila rasa down, salah satu terapinya adalah dengan memasak,”ujar bonda.
“Apabila dilanda masalah Sissy suka duduk berdiam diri dalam bilik. Jadi bonda selalu akan ketuk pintu dan ajak masak. Sebab bonda tahu sissy suka makan. Jadi ia satu terapi bila kita masak bersama,” jelas Sissy pula.
Menjelaskan pengertian ‘Sayang Tanpa Syarat’, Sissy dan bondanya bersependapat bahawa ia adalah menyayangi seikhlas hati dan menerima seseorang seadaanya apa sahaja keadaannya.
Banyak lagi perkongsian manis yang dikongsikan oleh Sissy Imann dan bondanya. Saksikan video penuh #sayangtanpasyarat tersebut di sini.
BERITA BAIK juga, rebut peluang berbuka puasa di MAJLIS IFTAR BERSAMA BESTARI SAYANG TANPA SYARATdi Glasshouse@Klang pada 13 April 2023 (Khamis) nanti.
Caranya cukup mudah, iaitu berikan pengertian ‘Sayang Tanpa Syarat’ yang anda fahami di ruangan komen di facebook kami.
5 komen terbaik akan mendapat 2 pass masuk menyertai majlis berbuka puasa bersama Sissy Iman dan Ustazah Asni Mansor.
Caruman simpanan di SSPN, pembayar cukai tidak lagi layak tuntut RM8000 bagi pelepasan cukai individu mulai 2023. Setiap tahun, bagi individu yang layak membayar cukai menjadi satu tanggungjawab membayar cukai pendapatan.
Namun bermula tahun ini, pihak kerajaan telah memansuhkan tuntutan pelepasan individu yang membuat caruman di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Memetik laporan Astro Awani, bermula tahun ini, pembayar cukai yang mencarum dalam SSPN tidak lagi layak menuntut pelepasan cukai individu sehingga RM8,000, ujar Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim.
Memetik laporan Nanyang Siang Pau, Sim mengesahkan, kerajaan memutuskan untuk tidak lagi melanjutkan insentif pelepasan cukai ke atas simpanan SSPN atas pelbagai sebab.
“Ini adalah disebabkan tambahan senarai pelepasan cukai dan potongan cukai individu termasuk pengurangan sebanyak dua peratus ke atas cukai pendapatan individu, pelepasan cukai perbelanjaan perubatan yang ditingkatkan dari RM8,000 ke RM10,000 dan pelepasan yang lain.
“Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik untuk peminjam yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM1,800,” jelas Sim.
Berdasarkan portal rasmi SSPN, insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas Simpanan SSPN bagi tahun 2023 tidak diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023, 24 Februari lalu.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sungguh ajal, maut itu ketentuan tuhan. Sesi persekolahan 2023 yang baru memasuki hari ketiga, mencatat kisah duka, tragis kemalangan maut melibatkan murid sekolah.
Seorang murid perempuan berusia sembilan tahun maut akibat digilis treler ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, pagi Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada jam 11.25 pagi.
Beliau berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah treler yang melanggar motosikal dinaiki mangsa bersama seorang wanita berumur 54 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.
“Wanita yang juga pengasuh kepada kedua-dua kanak-kanak tersebut mengambil mereka dari sekolah dan dalam perjalanan pulang.
“Pengasuh dan kanak-kanak lelaki tersebut masing-masing cedera ringan, manakala kanak-kanak perempuan maut di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.
Morni berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, manakala wanita dan kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut.
"Ini baju raya kita awak, murah kan? Tak percaya ke? Percayalah sebab saya sangat kedekut, akui Nad Zainal yang berkongsi baju rayanya bernilai RM80.99 untuk tahun ini.