Hanya pasangan tahu hati budi dan perangai pasangan masing-masing.

‘Cakap senang, cubalah cerita.’ Pasangan buat perangai, lebih baik jangan beritahu mak ayah dia atau keluarga dia. Bimbang anda pula akan dipersalahkan bila mengadu perkara buruk tentang anak mereka.

Segelintirnya mungkin boleh menerima sikap buruk anak mereka. Namun ada juga yang tidak bersikap terbuka bila menantu mengadu itu dan ini.

Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa kesannya bila mentua tidak menerima kesalahan si anak bila menantu meluah rasa.

Artikel Berkaitan: Mentua ‘Mulut Laser’ Menantu Mampu Bertahan Bila Suami Faham, Bukannya Menangkan Mak Sendiri!

Cakap Senang, Cubalah Cerita

Pasangan buat perangai, kita beritahu mak,ayah dia… Bak kata pepatah Inggeris, easy talk than done…

Maksudnya, cakap senang, cubalah beritahu. Mostly, tapi bukan semua, kebanyakannya lah kan, tak dapat terima kalau kita ada beritahu perangai buruk, perbuatan tak baik anak dia kepada dia…

Pasangan Buat Perangai

Atas alasan apa dia tak boleh terima?

IKLAN

Katanya, dia lebih kenal anak dia dan dia yang besarkan anak dia…

Tapi dia tahu atau tidak apa yang anak dia buat di belakang dia. Tentunya dia tak tahu. Yang dia tahu, bila kita mengadu macam itu, dikatakan pula kita pula memburuk-burukkan anak dia dan kita pula dilabelkan jahat…

Baca Di Sini: 

Mentua, Hargailah Menantu, Hanya Dia Tahu Kekurangan & Kelebihan Suaminya!

IKLAN

SUAMI Sudah Arwah! Ipar MASIH Campur Tangan, Sebab Itu KENA Asingkan Tempat TINGGAL

Mentua Tinggal Dengan Menantu Perempuan, MULUT KENA JAGA, Barulah Menantu Tak Benci, Marah

Lebih Baik

This is true gais. Hanya segelintir sahaja yang terbuka bila menantu mengadu apa-apa.

Malah hanya sesetengah sahaja yang mampu terima bila menantu beritahu apa-apa perilaku anaknya. Hanya segelintir sahaja yang bantu menantu atau memihak kepada menantu dalam bab ini…

IKLAN

Selebihnya semua against menantu dan selebihnya semua kata menantu itu yang salah. Termasuklah ipar duai yang sama-sama tak boleh terima orang kata apa-apa dekat adik-beradik dia…

Jangan Beritahu Mak Ayah Dia

Kecacatan atau flaws dalam marriage ini adalah bila mana menantu mintak pertolongan orang tua pasangannya, ataupun adik beradik pasangannya, tapi dia pula dipersalahkan dan dituduh bukan-bukan…

Reality check sometimes hard to digest but this is what actually happened in our society… Sad kan…‘Cakap Senang, Cubalah Cerita.’ Pasangan Buat Perangai, Lebih Baik Jangan Beritahu Mak Ayah Dia

Mingguan Wanita : Hanya pasangan tahu hati budi dan perangai pasangan masing-masing. Sikapnya di depan keluarga cukup berbeza apabila bersama dengan isteri.

Sumber : Firdaus Shakirin

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI