Bukan Kes Sporadic Covid-19, Sebenarnya Pesakit Pernah Sertai Ijtimak Tabligh

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menegaskan tiada kes Sporadic Covid-19 di Malaysia. Ini kerana, pesakit yang diperkatakan dari kes sporadic sebenarnya ada menyertai Ijtimak Tabligh di Sri Petaling.

Apa itu kes Sporadic? Ia merupakan kes di mana individu tidak mempunyai sejarah perjalanan ke mana-mana kawasan terjejas wabak dan tidak pernah berhubung dengan kontak rapat Covid-19.

Semalam, viral di media sosial mengenai kes terpencil (sporadic) yang dikesan berlaku dalam negara. Yang mana, disiarkan pesakit tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara yang alami wabak dan tiada kontak dengan pesakit Covid-19.

Ianya berentetan apabila kementerian menjalankan pengawasan terhadap 600 sampel yang diambil daripada individu yang mempunyai gejala influenza (ILI) dan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI)

Jumlah Kes Sehingga 12 Mac 2020

Sehingga semalam, daripada statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, terdapat 9 kes baru disahkan positif penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19).

Pertambahan ini menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 158 kes.

IKLAN

Daripada jumlah ini,

  • Sebanyak 26 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan Covid-19
  • 127 kes dari kalangan kontak rapat
  • 2 kes dalam kalangan Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (SARI) melalui survelan COVID-19
  • 1 kes dalam kalangan penyakit seperti Influenza (ILI) melalui survelan Covid-19
  • 2 kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan

6 kes telah pulih, menjadikan sejumlah 32 kes telah dicaj daripada wad. Manakala, 3 kes sedang di rawat di Unit Rawatan Rapi dengan bantuan alat pernafasan dan dalam keadaan stabil.

Baca sini : ‘Tak sempat makan, terdedah heat stress..’ realiti petugas khemah saringan Covid-19

Ini Nasihat Kesihatan

Sehubungan itu, KKM menasihatkan mana-mana individu yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor pada 27 Februari 2020 hingga 3 Mac 2020 menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berhampiran.

IKLAN

Tujuannya untuk penilaian risiko jangkitan Covid-19, dan untuk tindakan PKD selanjutnya iaitu :

* diambil sampel klinikal jika didapati berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19 atau sekiranya bergejala jangkitan saluran pernafasan; 

* menerima Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah bagi menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah; dan 

* diperjelaskan keperluan memantau kesihatan diri menggunakan Home Assessment Tool yang akan diberikan oleh Pegawai Diberikuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 


Orang awam yang turut berhimpun juga digesa memberikan kerjasama dan patuhi nasihat KKM ini agar tiada penularan jangkitan Covid-19 pada masyarakat umum.

IKLAN

Demi menjaga keharmonian, janganlah sesuka hati menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan jangkitan Covid-19 yang melibatkan perhimpunan tabligh ini.” Demikian pesan KKM.

MW : Sesungguhnya ini ujian tuhan beri untuk kita semua berfikir dan melihat dengan mata hati akan kekuasaanNya dan rahmatNya. Marilah letakkan pergantungan diri kita padaNya. Moga dilindungi dan dijauhkan daripada wabak berbahaya ini.

 

Bukan Kes Sporadic Covid-19, Sebenarnya Pesakit Pernah Sertai Ijtimak Tabligh
Kredit : cahaya_islam

Baca sini :Allah ciptakan virus Covid-19 sebagai peringatan, hanya taubat jadi penawar virus.

Sumber/Foto : AstroAwani, KKM, Selangorkini

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI