Virus Covid-19 semakin menjadi-jadi dan kesnya semakin meningkat setiap hari. Ujian ini cukup besar buat kita dan seluruh dunia. Ternyata Allah jadikan atau ciptakan virus Covid-19 ini bersebab. Bukan atas tujuan menzalami umatnya, sebaliknya ingin memberi peringatan bahawa untuk sentiasa dekat dengan-Nya.

Oleh itu selain menjaga kesihatan dan keselamatan diri, jauhkan diri daripada melakukan maksiat dan bertaubat.

Fahami dan ikuti perkongsian PU Amin:

Raja segala penawar racun adalah ‘Taubat’.

Kalau anda hendak tahu dulu pada tahun 478 hijrah berlaku wabak taun dan demam di Iraq, Hijjaz dan Syam. Banyak binatang mati di pendalaman, angin hitam datang ke kampung menyebabkan pokok tumbuh-tumbuhan gugur . Semua orang takut dan panik.

IKLAN

Khalifa Al Muqtadi Bi Amrillah memerintahkan agar dilaksanakan amar makruf nahi mungkar, alatan muzik yang melalaikan dipecahkan. Akhirnya penyakit demam, taun dan wabak berlalu pergi (Lihat Al Bidayah Wa Nihayah 16/93).

Manusia Tak Dapat Tandingi

Ramai yang takutkan virus Covid-19. Hakikatnya Allah SWT yang menciptakan virus ini, bukan untuk menzalimi kita, tapi mengingatkan kita tentang kebesaran-Nya. Sekuat dan sehebat mana teknologi dan kepakaran manusia, ia tetap tidak mampu menandingi kehendak Allah SWT.

Yang sakit terkesan dengan penderitaan. Yang berniaga terduduk jatuh kerugian. Apa logik penawar taubat dengan virus? Susah nak diterima akal, tapi itulah jawapannya. Tuhan nak kita bermunajat, dekat dan terus dekat. Nampak mudah, tapi berat.

Hentikan segera acara maksiat. Ajaklah manusia untuk duduk mengadap kiblat. Tuhan tak pernah tidur. Teruskan berdoa. Merintih ketakutan hanya pada Allah SWT. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w, semua penyakit dan racun ada ubatnya. Bertawakal kita. Sedia, usaha, redha menghadapi sebarang kemungkinan.

Sumber: Astro Awani

Ya Allah ! Peliharalah kami !
Ya Allah ! Ampunkan kami !
Berkat Jumaat penghulu segala hari , maka turunkan segera ubat dan penawar bagi racun Covid 19 ini !
Ya Allah ! Makbulkan doa kami !

Sumber: PU Amin

MW: Semoga kita semua menjadikan ujian ini sebagai salah satu pintu untuk kita dekatkan diri dengan Allah SWT dan bertaubat. Di samping itu, jagalah kesihatan diri dan elakkan buat sementara waktu daripada tempat-tempat yang menjadi punca penyebaran virus ini. Semoga Allah merahmati kita semua, insyallah.