Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman. Daripada dibuang begitu sahaja,sebenarnya kita boleh hasilkan ‘Tepung Calcium’ daripada kulit telur ini. Ia dapat menguatkan akar, dahan, menyuburkan daun-daun dan mencantikkan lagi pokok-pokok di rumah. Namun ada caranya untuk menghasilkan’Tepung Calcium’ daripada kulit telur kisar ini.
Boleh cuba cara terbaik yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelaniini sebagai panduan.
Cerita sini habis sini ye sedare!! Rahsia ní
Ni la sumber penting untuk tanaman, penguat akar, batang, dahan dan ranting. Bila akar kuat, dahan kuat baru lah pokok cantik, daun subur! Sebab pokok cukup makan.Sisa dapur je sedara. Lockdown, Pkp ni yang mana anak-anak ramai, seminggu sepapañ telur dah tentu habis.
Geng-geng organic sanggup beli/ mintak kulit telur ni kat kedai-kedai makan.Sekilo RM5 cengkerang yang belum diproses! Manakala yang dah siap proses kalau dapat harga bawah RM50 sekilo jangan mintak kurang. Beli je terus, sebab nak tunggu dia proses tu makan masa.
Sama macam benih durian belanda, kenapa mahal? Kena tunggu paling cepat 4 bulan baru dia tumbuh lepas disemai. 6 bulan baru dapat tinggi sekaki. Kebanyakkan orang yang tak sanggup tunggu, dia ingat benih durian belanda dia rosak, tak tumbuh-tumbuh katanya.
Tepung Calcium
12-14 papan kulit telur boleh menghasilkan sekilo tepung calcium. Bergantung pada gred/ ketebalan cengkerang tapi tak kisahlah sebab itu anggaran kasar je.
Ada yang pecahkan cengkerang tadi terus letak dalam pasu. Untuk pokok orkid, boleh je tak jadi masalah pun. Cuma penguraian semulajadi cengkerang tadi amik masa yang agak lama.
Saya pernah buat eksperiment cara macam tu. Tanam pokok lidah jin. Pecah-pecahkan cengkerang, letak dalam pasu, lapiskan dengan tanah, buat beberapa lapisan.
Selepas setahun pokok tumbuh dan penuh dalam pasu. Sewaktu keluarkan dari pasu, saya tengok majoriti akar membelit cengkerang tersebut. Seolah tak nak lepaskan cengkerang. “Ni aku punya” tak boleh share” gitulah keadaan akarnya.
Ads
Yang terbaik caranya;
1. Jemur cengkerang telur tadi sampai bebetul kering. Iaitu sehingga kulit telur berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila dah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk dipecahkan. Ramas-ramas je.krap krup krap.
3. Kalau kuantiti sikit, boleh tumbuk je dengan lesung batu. Kalau kuantiti banyak kena guna pengisar kering. Kalau ada yang heavy duty lagi baik.
4. Kisarlah sampai jadi tepung, halus mulus. Masukkan dalam bekas tulis nama dia “calcium pokok” simpan dalam stor kebun. Takut letak kat dapur orang ingat tu tepung gandum.Nayaaa.
Ads
Cara guna ada 2 kaedah:
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup. Sebelum guna, kacau sebatian dan tapis, ambil air baja ni tadi 10 ml dicampur dengan 1 liter air. Siram kat pokok.
Info Ekstra!
2 tahun diperlukan untuk cengkerang ni terhurai sepenuhnya.Tu kalau tak top up. Kalau selalu topup, tak kan habis la stok baja calcium ni sampai bila-bila selagi bertani.Dengan kenaikan kos input pertanian hampir 200% sekarang ni, kena ada alternatif lain untuk jimatkan kos!
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara terbaik nak buat ‘Tepung Calcium’ dari kulit telur. Daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk kuatkan akar, dahan dan suburkan pokok-pokok yang kita tanam.Boleh cuba nanti.
Sebenarnya ini info best yang dikongsikan oleh Puan Ezy Eizyanie yang sebelum ini was-was dengan petua kilatkan permukaan lantai yang dikongsi netizen. Betul ke boleh kilat cuma guna 2 bahan ini? Nak bagi confident level dia tinggi, dia pun cuba siap buat video lagi.
“Before ni pernah baca petua kilatkan lantai guna softener + cuka. Tapi macam tak caye je. Lepas tengok kak @nisanain_ update kata dah try. Terus semangat nak cuba. Ni kali ke empat cuba. Amazing wehh. Bila jalan pun rasa licin je lantai.”
“Now boleh ucap selamat tinggal kat pencuci lantailah sbb softener + cuka lagi win. Korang cubalah”
Sukatan Cecair Untuk Mop Permukaan Lantai
Sebab ramai yang tanya macam mana sukatan Ezy buat untuk mop permukaan lantai. Feeling licin boleh buat cermin.
Caranya
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut fabrik (softener)
5 titik cuka
Kacau kesemua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Inilah Hasil Kerja Softener Dan Cuka, Lantai Licin Berkilat Bak Cermin
Cili kering bagaikan ‘bahan wajib’ mesti ada dalam senarai setiap kali beli barang dapur. Terutamanya bagi yang suka makan pedas. Namun rupanya cili kering pun ada banyak jenisnya. Ada karakter, rasa dan kegunaannya yang tersendiri.Patutlah ada masanya, masakan kita rasa pedas sangat atau tak pedas langsung.
Jom belajar kenal jenis cili kering seperti yang dikongsikan oleh Veera Saravanan ini.
Kenali cili kering. Cili kering ni banyak jenis jenis ye.Boi pun baru mula kaji mende ni semua selepas menceburi bidang membuat serbuk rempah kari home made.
Secara lazimnya cili kering dibahagikan kepada tiga kategori.Pedas giler, Pedas biasa dan Kurang pedas (Pedas manja). Masing masing ada karekter, rasa dan kegunaanya masing masing.
Boi ada ceritakan sedikit dalam gambar cili ni semua.Bukan la expert mana, tapi nak kongsi pengalaman dan pengetahuan dengan ahli group.Boi selalunya beli stock dari kedai Borong di Brickfields atau kadang dari Shoppee je terus.
1.Cili Kering Pedas
Kecil dan berkedut sedikit. Memang pedas berdesing cili ni. Agak agak bila nak pakai tu. Geng gastric boleh lupakan saja terus. Yang ni dari India biasanya.
2.Cili Kering Biasa
Cili Byadagi nama dia. Dari India jugak. Berkedut dan panjang. Merah pekat sedikit. Pedas boleh la tahan. Kalau yang jenis yang sos cili nasi ayam pun tak makan. Cili kering ni dah kira pedas.
3.Cili Kering Salem Guntur
Ni cili kering Salem guntur. India mari punya. Digunakan dalam masakan India secara lazimnya. Pedas bukan la sangat. Tapi harum dan mempunyai rasa yang sedap.
4.Cili Kering Yidu
Ni cili kering Yidu. Made in China. Langsung tak pedas. Cantik kaler, besor dan takde kedut. Badan macam pelestik sikit. Mahal sikit dari cili biasa. Tapi buat sambal memang cantik. Selalu saya campur dengan cili Byadgi tadi.
5.Cili Kering Kashmiri
Ni cili kering Kashmiri. Kaler yang merah pekat dan cantik sekali. Memang payah nak jumpa kat Malaysia.Selalu kat Malaysia jumpa yang bentuk serbuk saja. Pakai buat Tandoori memang cantik kaler dia. Tak pedas.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi bila dah kenal jenis cili, bolehlah sesuaikan dengan jenis masakan dan citarasa sendiri.Tak lah terbeli terlalu pedas atau tak pedas langsung. Ikut selera masing-masing.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Cara buat bawang goreng ranggup. Selalunya, kalau nak mudah, kita beli saja cepat dan mudah. Tapi kalau dari segi rasa , harap maklum saja. Ada yang boleh diterima tekak dan ada sebaliknya.
Memang kalau kat dapur kena ada bawang goreng ranggup ini. Ia sebagai pelengkap untuk makanan lain seperti bihun sup, soto, mi goreng, sup dan sebagainya. Lagi mudah buat stok di rumah bila-bila nak makan, ambil saja.
Ada sesetengah yang buat sendiri bawang goreng ini dengan mencampurkan tepung, agar ia ranggup. Tapi, tak kurang juga yang suka dengan bawang goreng original. Ada cara lain yang boleh mak-mak buat bawang goreng ranggup tanpa guna tepung.