Masala Chai atau Teh Masala cukup popular bagi kaum India. Ia merupakan teh susu dengan campuran rempah ratus terpilih. Istimewanya, teh ini banyak khasiatnya yang tersendiri untuk kesihatan. Antaranya seperti membantu buang angin, masalah peredaran darah dan pernafasan.
Nak rasa macam mana Teh Masala ni boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ravinder Kaur Joachim ini.
“My style of making Masala tea”
Bahan-Bahan:
2-3 Liter air⠀
3-4 sudu besar serbuk teh (Saya guna teh BOH)
5 biji Bunga cengkih⠀
5 biji Buah pelaga⠀
1/2 sudu kecil Jintan manis⠀
1 Batang Kulit kayu manis⠀
sedikit Halia⠀(diketuk)
3 sudu besar Susu pekat⠀
1 cawan Susu segar⠀
4 sudu besar Susu tepung⠀campur sedikit air panas
2 sudu besar Gula⠀
Cara Membuat:⠀
1. Panaskan air dalam periuk.⠀
2. Masukkan daun teh.⠀
Ads
3. Kemudian masukkan bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis dan kulit
kayu manis.⠀
4. Masukkan pula⠀halia yang telah diketuk.
5. Biarkan sehingga air teh mendidih.
Sementara menunggu air teh mendidih dalam periuk, kita boleh sediakan susu. Saya selalu campurkan ketiga-tiga jenis susu ni untuk rasa lebih sedap.Tapi boleh juga jika mahu guna susu tepung sahaja.
Ads
Penyediaan susu:
1. Masukkan 4 sudu tepung ke dalam cawan⠀
2. Campur bersama air panas dan kacau hingga sebati⠀
3. Masukkan 1 cawan susu segar, 3 sudu susu pekat dan 2 sudu gula⠀
4. Kacau hingga sebati⠀
Ads
Masukkan bancuhan susu ke dalam teh dan biarkan mendidih seketika.
⠀Tapis dan sedia untuk dinikmati.⠀
Tarik ala mamak sebelum dihidangkan.
MW: Sesekali nak ubah citarasa boleh cuba buat ‘Teh Masala’ ni.Pasti rasa segar, aroma rempah ratus dan banyak khasiatnya.
Biskut coklat chip memang menjadi kegemaran sesiapa saja. Tak kira orang dewasa atau anak-anak. Aromanya yang memang menyelerakan dan boleh dikatakan sama dengan Famous Amos yang menjadi kesukaan sesiapa saja.
Kalau nak dikira, cara membuat biskut coklat chip ini pun tidaklah susah sangat. Mungkin ia nampak premium kerana bahan-bahan yang digunakan. Resipi ini turut dikongsi oleh Anna Alson dalam rancangan masakannya.
Jadi, kali ini, Yatie Faizal turut mencuba resipi biskut coklat chip. Katanya, ia diadaptasi dari Anna Olson tapi untuk keluarganya, dia cuba ubah resipi mengikut citarasa sendiri.
Rasanya yang tidak terlalu manis dan sesuai untuk keluarga. Jawabnya, kalau teringin nak makan masa raya memang tak sempat. Terpaksa buat yang lain, sebabnya rasa biskut ini memang buat anak-anak tak sabar nak makan.
“Ini resipi yang saya olah sendiri mengikut selera keluarga. Boleh cuba!
Bahan-bahan:
227g butter- guna pure butter lebih sedap
170g brown sugar
2 sudu kecil esen vanila
2 biji telur B
384g tepung gandum
1 1/4 sudu kecil soda bikarbonat (untuk meranggupkan biskut tersebut) – Ayakkan
1 cawan badam nipis panggang
2 cawan coklat chip boleh guna saiz kecik atau besar
(Untuk piping, boleh guna coklat chip yang kecil)
Cara Membuat:
1. Pukul butter dan gula hingga nampak sedikit creamy. Boleh juga gunakan mixer.
2. Masukkan esen vanila dan telur sebiji demi sebiji. Kacau sebati.
3. Kemudian, masukkan tepung dan gaul lagi dengan spatula atau mixer untuk lebih cepat.
4. Masukkan kacang dan coklat chip dan gaul lagi.
5. Apabila sebati, masukkan ke dalam piping beg.Saiznya bergantubg kepada biskut yang nak dihasilkan. Pipe teurs di atas dulang. Tekan sedikit demi sedikit.
6. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 darjah selsius dengan menggunakan api atas bawah.
Tip: Bagi mengelakkan adunana itu terlalu banyak minyak, boleh rehatkan dos dalam chiller seketika.
Selamat mencuba.
MW: Tak perlu tunggu raya untuk buat biskut ini, hari bias pun dah memikat hati anak-anak.
Jamuan Akhir Tahun Anak, RESIPI Spagetti Beef Bolognese Untuk 40 Cup! Sekarang tengah musim anak-anak buat jamuan kelas akhir tahun, pening mak-mak untuk memikirkan menu sesuai untuk dibawa ke sekolah. Resipi Spagetti Beef Bolognese letak dalam cawan air ini idea menarik yang mak-mak boleh ‘tiru’. Sukatan untuk 40 orang makan.
Bukan apa, jamuan jenis ‘potluck’ begini memang mempunyai pelbagai jenis makanan. Jadi memadai sukatan yang kecil sebegini. Mudah dan jimat malah mengenyangkan anak-anak.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Rose Senni ini sebagai panduan;
Alhamdulillah tengah sarat menunggu hari dapat siapkan menu untuk jamuan akhir tahun untuk 3 orang anak. Total untuk 120 orang makan.
Terima kasih pada ahli group MAHN yang pernah berkongsi idea untuk hidang macam ni. Maaf sebab tak ingat siapa. Jenuh umminya nak meluruskan pinggang sebab lepas masak nak isi dalam cup pulak. Anak-anak bantu time sebelum pergi sekolah je.
Saya masak 3 kali sebab waktu lain-lain dan banyak sangat. Sekali masak untuk 40 cup. Dah hantar anak-anak akan letak siap garfu/chopstik. Mudah sebab tak perlu pinggan bagai dah. Boleh terus gaul dan makan.
Ni resepi Spagetti Beef Bolognese cara saya. Nak tukar Chicken Bolognese pun boleh. Boleh ubah ikut kesesuaian dan bahan masing-masing. Untuk yang nak buat jualan pun saya rasa ok. Resepi untuk 40 cup aka 40 orang.
Bahan-Bahan:
2 pek spagetti (direbus dengan sedikit minyak)
Bahan kuah spagetti :
5 tin sos prego cendawan
1 tin sos pasta cendawan adabi
2 pek daging lembu kisar Ramly
1 tin cendawan butang (dihiris halus)
3 biji capsicum aka cili benggala (3 warna di potong dadu)
1 biji bawang holand (dipotong dadu)
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
6 batang sosej (dihiris halus)
2 cawan air (ikut sukatan tin prego)
Sedikit garam
2 ulas bawang merah (tumbuk halus)
1 ulas bawang putih (tumbuk halus)
5 batang sosej (direbus dan dihiris kasar untuk hias di atas. Kalau ada bajet lebih boleh letak meatball yang dah digoreng)
Cara Membuat:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan daging kisar. Kacau sehingga daging masak aka bertukar ke warna coklat.
3. Masukkan sosej dan lobak merah kacau sebati.
4. Masukkan capsicum dan bawang holand dan kacau sebati.
5. Masukkan sos prego dan sos adabi. Kacau semuanya dan tambah air serta garam.
6. Biarkan menggelegak sekejap kemudian boleh tutup api. Ready to serve.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ramai suka menu asam pedas. Banyak juga resipi dan cara yang dikongsi di media sosial. Apa kata kali ini kita buat resipi asam pedas ayam berempah.
Bagi kalian yang masih belajar buat asam pedas, bolehlah ikut perkongsian Rosni Musa ini kerana dia menyediakan satu persatu cara membuatnya. Lengkap dan senang nak masak!
Boleh Cuba Resipi Asam Pedas Ayam Berempah Perkongsian Rosni Musa.
“Siap dah asam pedas ayam berempah. Menu kegemaran anak-anak nih. Makan dengan nasi panas panas, ada sambal belacan + ulam. Tuang sikit kicap, walahhhhhh. Berkeroncong perut dibuatnya.
“Merah menyala plak tu asam pedas ibu hari nih. Tapi jangan bimbang tak pedas sangat pon sebab ibu campur cili kering yang tak pedas. Korang dah masak ke?
“Meh kita tengok resipi step by step.”
Resipi Asam Pedas Ayam Berempah
Bahan-Bahan
Ayam setengah ekor.
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
Seketul kecil belacan*
1 sudu teh lada hitam*
1 sudu teh ketumbar*
1 sudu teh jintan manis*
1 sudu teh jintan putih*
1/2 sudu teh halba
1/2 sudu teh kerisik
4-5 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit (tiada dalam gambar)
2 batang serai dititik
Air asam jawa secukupnya
Daun kesum
Daun limau purut
Bendi
Tomato (tiada dalam gambar) Nota:Bahan bertanda (*) dikisar halus
1-Panaskan minyak. Tumis seketika halba. Masukkan bahan yang telah dikisar dan juga serai. Tumis hingga naik bau.
2-Masukkan cili kisar. Ikut kepedasan yang dikehendaki. Tumis lagi. Untuk part ini kena tumis lama sehingga pecah minyak. Sampai bahan-bahan jadi pekat.
3-Bila bahan tumis dah pekat masukkan ayam. Kacau rata. Tuangkan air ikutlah nak banyak mana. Rasa nak kuah cair isi banyak. Nak kuah pekat isi air sikit jer.
4-Masukkan air asam jawa. Agak-agak jer tau jangan terlebih tuang, nanti ada yang termasam sangat. Perasakan dengan garam.
5-Diikuti maggie cukup rasa. Gula untuk seimbangkan rasa. Kacau rata dan ikut rasa masing-masing yer. Kerisik dilupa jangan. Kacau sebati. Renehkan sehingga ayam masak.
6-Bila ayam dah masak masukkan daun kesum & daun limau purut. Kacau sebentar.Last but not least masukkan bendi & tomato.
7-Kacau-kacau. Asam pedas ayam berempah is done! Lauk kegemaran anak-anak. Asam pedas seminggu mesti 2 kali masak
MW: Lengkap cara membuatnya satu-persatu. Selamat mencuba!
Rita Rudaini dedah sekolah sorok kes buli 'bawah karpet'-"Pelajar senior pukul, ikat pelajar di pokok sampai tak boleh berjalan." Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini mendedahkan pengalaman pahit apabila salah sebuah sekolah yang pernah menjadi tempat anaknya menuntut dikatakan terbabit dengan kes buli yang serius, namun cuba ditutup oleh pihak pengurusan sekolah.