Takoyaki merupakan snek Jepun berbentuk bebola yang diperbuat daripada tepung sadur berasaskan tepung gandum dan dimasak menggunakan kuali takoyaki khas. Ia biasanya diisi dengan sotong kurita yang dikisar atau dipotong dadu, habuk tempura (tenkasu), jeruk halia dan daun bawang.

Takoyaki memang cukup terkenal, banyak dijual di restoran makanan Jepun, namun ada juga dijual di gerai tepi jalan. Malah di Malaysia sendiri pun ada yang jual di pasar malam.

Namun jika beli harganya agak mahal dan memang tak puas makan.Lagi pula jika anak ramai. Lebih jimat dan berbaloi bila mak-mak buat sendiri di rumah. Dijamin bersih, halal dan puas makan.

Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Fuzi Omar ni.

“Repeat lagi buat Takoyaki sebab anak-anak suka sangat.Beli tak cukup, RM 10 dapat 10 biji je. Bila mama buat, boleh makan banyak-banyak dan puas-puas.Yummmyyy!

“Saya pakai acuan kuih paniaram beli di kedai India. Saya share resepi kalau ada yang nak mencuba.Tq pada empunya resepi.”

Boleh beli acuan Paniaram ini juga di sini.

Buat TAKOYAKI Pakai Acuan Kuih Paniaram, Adunan Mesti Cair Baru Lembut!

IKLAN

RESIPI TAKOYAKI (26 – 30 biji)

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 kiub ayam
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu teh baking powder

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan-bahan dalam bekas besar, blend dan tapis.
2. Adunan mesti cair macam adunan roti jala baru lembut takoyakinya.

Bahan Inti :

Sotong/ udang/ crab stick/ sosej
Kobis bulat dihiris halus

Cara Memasak :

1. Panaskan acuan takoyaki dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
2. Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
3. Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej disetiap lubang
4. Taburkan sayur pilihan.
5. Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah.
6. Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan).
7. Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
8. Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak dicelah-celah acuan.
9. Teruskan sampai nampak garing.
10. Angkat takoyaki ke pinggan hidangan.
11. Hiaskan dengan bahan hiasan atas.

Buat TAKOYAKI Pakai Acuan Kuih Paniaram, Adunan Mesti Cair Baru Lembut!

IKLAN

Lagi Artikel Menarik Di Sini:

Kuih Serabai Gebu Lembut, Berbaloi Satu Adunan Boleh Dapat 40 Keping

Rahsia Kuih GOYANG Tak Melekat Acuan, Rendam Semalaman & Biarkan Acuan Panas

Bahan Hiasan Atas :

Sos Takoyaki (saya guna sos bbq)
Mayonis
Seaweed beli kat kedai bakery
Bonito flake – beli kat kedai bakery

Buat TAKOYAKI Pakai Acuan Kuih Paniaram, Adunan Mesti Cair Baru Lembut!

IKLAN

Cara Hias :

1. Drizzle sos takoyaki
2. Drizzle mayonis
3. Tabur seaweed
4. Taburkan bonito flakes

Sos Takoyaki saya guna sos bbq azad, sedappp sebijik rasa macam beli kat kedai. Saya cairkan sedikit dengan air panas dan masukkan dalam botol sos untuk mudahkan drizzle.Wallahhh dah boleh makan puas-puas.

Buat TAKOYAKI Pakai Acuan Kuih Paniaram, Adunan Mesti Cair Baru Lembut!

Selamat Mencuba!

MW: Anak-anak selalunya memang suka makan takoyaki ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah, lebih jimat dan puas hati makan. Ikut resipi yang dikongsikan ni.

Sumber: Fuzi Omar

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI