Resipi Kari Daging Pisang Muda Dan Terpung Pipit Tempoyak Cili Padi

Resipi masakan kampung memang ramai penggemarnya. Alangkah seronok bila dapat menikmati resipi hidangan ala kampung yang membangkitkan nostalgia.

Kali ini dikongsikan dua resipi masakan ala kampung yang tak kurang sedapnya iaitu Kari Pisang Muda Bersama Daging dan Terung Pipit Tumis Tempoyak Cili Padi.

Ini Resipinya..sila cuba ye!

Resipi Kari Daging Pisang Muda Dan Terung Pipit Tempoyak Cili Padi

RESIPI KARI PISANG MUDA BERSAMA DAGING

Bahan-Bahan:

500 gram pisang berangan muda| buang kulit ari

250 gram daging | hiris nipis dan cuci bersih

200 ml santan pekat

300 ml air

2 keping asam gelugur

3 sudu makan rempah kari daging

2 sudu makan serbuk cili

Garam dan gula secukup rasa

3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

IKLAN

 Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah kari yang dibancuh bersama serbuk cili.
  3. Kacau rata hingga timbul minyak, baru masukkan daging.
  4. Setelah air daging kering, masukkan santan. Jika agak pekat tambah sedikit air.
  5. Biarkan mereneh atas api sederhana, kemudian masukkan pisang dan asam gelugur.
  6. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Setelah cukup rasa. Tutup api. Kari pisang sedia dihidangkan.

Dapatkan resipi lain di sini:

https://www.mingguanwanita.my/resipi-ayam-goreng-ala-mamak-sedap-dan-senang-dibuat-yang-penting-bahan-perapannya/

Resipi Lempeng Kampung. Tip Penting, TAPIS Dengan Penapis Teh, Baru Tak Pekat Likat

Resipi Kari Daging Pisang Muda Dan Terung Pipit Tempoyak Cili Padi

RESIPI TERUNG PIPIT  TUMIS TEMPOYAK CILI PADI

 Bahan-Bahan:

200 gram terung pipit

50 gram ikan bilis | kisar kasar

IKLAN

1 biji bawang besar | hiris

3 sudu makan tempoyak

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak | untuk menumis

Bahan Kisar:

20 batang cili padi

3 biji cili merah

IKLAN

6 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1cm kunyit hidup

Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak baru masukkan ikan bilis.
  3. Setelah gariang, masukkan terung dan kacau rata.
  4. Setelah terung layu, masukkan tempoyak yang dibancuh dengan secawan air.
  5. Terus kacau dan biar terus mereneh hingga terung empuk.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Apabila kuah pekat dan dan cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Jangan lupa follow kami di:

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI