Kalau dilihat, wetfood si bulus, harganya pun boleh tahan juga. Bayangkan berapa banyak bajet untuk membeli makanan mereka. Tambah-tambah kalau kucing kacukan. Ini belum lagi untuk rawatan mereka.
Rupanya, boleh saja nak buat sendiri wetfood si bulus ini di rumah. Lagi jimat dan dapat pun banyak. Memang berbaloi. Paling penting si bulus pun suka.
Inilah yang dikongsikan oleh atam_ayu dalam video tiktoknya tentang cara nak buat wetfood ala bajet di rumah. Murah dan dapat banyak lagi.
Berapa ramai antara kita, setiap bulan akan buat rekod belanja bulanan. Tanda dan tulis secara detail tentang duit yang dibelanjakan. Atau ada yang tidak ambil tahu dan tak kisah dengan apa yang dibelanjakan.
Kalau tak ada rekod belanja bulanan, bimbang nanti tak sampai pertengahan bulan, duit habis dan tak tahu ke mana. Sekurang-kurangnya cara ini membantu kita untuk berjimat cermat dalam menguruskan wang.
Kali ini ada perkongsian yang boleh membantu mak ayah / suami isteri dalam rekod belanja bulanan. Tak perlu pen atau kertas, cukup dengan money tracker dalam handphone saja.
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas.
Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan pasangan berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya.
Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.
Tip ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk urus duit dengan berhemat.
Sebelum anak ke sekolah, mak-mak mesti akan sediakan air manis setiap pagi untuk anak minum. Kalau anak tak makan sekurangnya minum boleh bagi tenaga.
Begitulah mak-mak tak nak bagi anak perut kosong ke sekolah. Biasanya air manis waktu pagi yang selalu disediakan tentulah milo, susu, jus oren dan sebagainya. Belum lagi sarapan lain yang disediakan.
Sebenarnya, cara mak-mak salah. Inilah yang boleh membuatkan otak anak kecut sebab ambil minuman tinggi gula. Belum lagi hari-hari biasa yaang ada masanya anak memang suka dengan makanan manis lain. Ketahui kesan dan cara terbaik yang disarankan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Kecut otak anak-anak kalau kita bagi makan minum tinggi gula selalu.
Tugas kita untuk ajar anak-anak tentang bahayanya gula.
Sejak dari anak-anak kecil, cuba ajak mereka jauhkan diri dari gula seboleh mungkin. Ajak pelan-pelan, terangkan selalu. Anak-anak akan faham.
Susah nak buat, tapi kita cuba.
Sebab kesannya kita takkan nampak sekarang.
Cuba bayangkan kita hari-hari bagi anak minum air manis waktu pagi sebelum ke sekolah.
Mungkin kita fikir untuk beri tenaga, nak anak sihat dan kuat supaya dapat fokus belajar di sekolah.
Sebenarnya kita tengah latih anak kita dari kecil, wajib minum air manis waktu pagi sebelum pergi sekolah.
Mereka akan bawa sampai ke tua seperti kebanyakan kita sekarang yang tak boleh tinggal air manis waktu sarapan pagi.
Hakikat sebenar, kita telah rosakkan sel otak anak-anak dengan kenalkan mereka dengan makanan dan minuman bergula seawal bangun pagi.
Biskut.
Roti.
Aiskrim.
Jus buah.
Jem.
Bar coklat.
Cereal.
gula dalam conflakes.
Keropok.
Pes pasta.
Sos.
Kicap.
Sos tiram.
Pes masakan.
minuman kultur.
elak susu coklat atau strawberi tinggi gula.
Semuanya ada gula samada kita sedar atau tidak. Susah untuk kita elakkan sepenuhnya gula dalam kehidupan seharian.
Gula tersembunyi terlalu banyak dalam makanan ultra proses. Walau kita rasa tak manis sangat, tapi gula tetap banyak dalam tu. Gula antara kandungan pertama dalam kebanyakan makanan ultraprocessed.
Kalau susah nak elak yang lain, kita cuba elak air manis je dulu dari anak-anak. Terutama waktu pagi. Minum air kosong kan lebih sihat.
Setahun sekali, kalau boleh semua yang dihidangkan oleh tuan rumah mesti nak rasa. Nanti bila balik teringat-ingat pula. Inilah kebiasaannya tiap kali tiba musim perayaan, rugi kalau tak makan.
Walaupun raya setahun sekali dan mungkin juga ada sesetengah hidangan yang disediakan itu ada sepanjang masa. Tapi, dah nama hari raya, mestilah ia memberi keseronokan dan kelainan berbanding hari-hari lain.
Tanpa sedar, apa yang kita makan dari setahun sekali inilah telah membuatkan kita langgar pantang. Bukan saja diet ‘ke laut’ tapi juga tentang masalah kesihatan yang kita hadapi sebelum ini.
Keterujaan masyarakat muslim ‘membalas dendam’ meraikan perayaan Aidilfitri berpotensi mengubah corak pemakanan mereka secara drastik terutamanya ketika aktiviti ziarah lebaran atau menghadiri rumah terbuka.
Apabila berkumpul bersama, tentulah pelbagai cerita ingin dikongsi menjadikan kegembiraan melebihi daripada kebiasaan sehingga tidak sedar suapan terus ke mulut berturut-turut tiada henti.
Tanpa sedar, amalan inilah boleh mencetuskan penyakit sama ada sedar atau tidak berikutan menu yang terhidang ketika Hari Raya Aidilfitri kebiasaannya tinggi kandungan gula, garam atau lemak berlebihan.
Pegawai Dietetik SALAM Shah Alam Specialist Hospital, Laila Fadhilah Omar, turut berkongsi pandangan dan kesan-kesan buruk daripada amalan tidak sihat ini. Sila beri perhatian, ya!
‘Setahun sekali’ tidak seharusnya dijadikan alasan kerana setiap individu amat disarankan untuk mengamalkan pemakanan sihat sepanjang masa dan bukan bermusim terutamanya golongan berisiko bagi mengelakkan kesihatan mereka semakin merosot.
Alasan begini sangat bahaya kerana risikonya lebih tinggi terutamanya kepada penghidap penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, tinggi kolestrol atau hati berlemak.
Keadaan tersebut akan bertambah buruk lebih-lebih lagi jika pengambilan ubat diabaikan kerana boleh mencetuskan situasi lebih buruk contohnya kemerosotan buah pinggang, kerosakan saraf, serangan jantung atau strok.
Bagi yang sihat pula, jangan terlalu gembira makan tanpa sukat kerana mereka juga berisiko mengalami pertambahan berat badan secara drastik menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai penyakit.
Katakan kita makan lebih daripada yang perlu selama sebulan, ia dah cukup untuk beri perubahan kepada berat badan dan bentuk fizikal menjurus kepada obesiti sekaligus mengundang pelbagai jenis penyakit.
Selain itu, ia berisiko mencetuskan masalah kesihatan seperti simptom pedih hulu hati atau dikenali sebagai Gastroesophageal Reflux Disease (GERD), berpunca daripada pengambilan makanan berterusan terutamanya yang terlalu pedas, berasid dan berlemak.
Tidak salah kalau nak nikmati pelbagai menu raya cuma berpada-padalah. Ambil kuantiti sedikit lebih-lebih lagi jika banyak jemputan atau rumah terbuka yang perlu dihadiri. Minum air kosong dan bersenam secara rutin.
Kepada tuan rumah pula, usah desak tetamu untuk menikmati juadah yang anda sediakan kerana mereka elak mungkin bersebab. Jangan kerana ingin mengambil hati, mereka terpaksa melanggar ‘pantang’.
Tambahnya, peranan segenap lapisan masyarakat sangat penting dalam membentuk kesedaran betapa perlunya amalan diet sihat sepanjang masa terutamanya di musim perayaan.
Selain pemakanan dan senaman, jangan lupa lakukan rutin pemeriksaan kesihatan dua kali setahun selain menyokong usaha-usaha agensi kerajaan dan swasta yang menganjurkan aktiviti sihat atau kempen seperti berjalan 10,000 langkah sehari.
Gembira, kenyang dan sihat atau gembira, kenyang dan merana. Mana satu anda pilih?
Mingguan Wanita : Jangan kerana setahun sekali boleh buat kita menyesal tak sudah. Berpadalah.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.