
Boleh dikatakan mainan anak macam-macam kat rumah. Dari dia kecil sampailah besar, boleh kira berapa banyak mainan yang dia ada. Itu kalau anak seorang. Bayangkan kalau anak berderet-deret. Dah tentu mainan pun banyaklah.
Hinggakan terlalu banyak mainan, mak-mak tak tahu nak simpan kat mana. Aling tidak, buang atau bagi sahaja pada orang lain. Maklum sahaja terlalu banyak. Penuh bilik.
Satu lagi masalah, bila terlalu banyak tak tahu macam mana nak simpan mainan itu. Tersalah simpan, menangis si kecil sebab tak jumpa cari mainan kesayangan. Nak beli tempat atau bekas mainan memang lah agak mahal juga harganya.
Jadi, kalau nak jimat belanja, kena usahalah sedikit dengan cara buat sendiri rak bakul mainan anak. Cantik dan jimat. Nak cari dan susun barang mainan pun senang.
Ikuti perkongsian daripada Nurul Ain Anises yang berusaha menyiapkan sendiri rak mainan anaknya. Dengan hanya bermodalkan RM29.90 sahaja.
“Akhirnya siap. Kos untuk buat rak mainan ini Cuma RM29.90 sahaja. Saya tengok kat online, harganya pun paling murah RM99. Jadi, saya beli sahaja bakul itu di kedai eco dan kayu pula beli di kedai hardware. Kayu tu, nak cat atau spray pun boleh. Baru nampak cantik dan kemas.
9 baskets RM18.90
3 batang kayu RM11
“Hanya perlukan tenaga dan kreativiti sahaja…Anak pun suka.. Lepas ni dah boleh ajar anak siman sendiri mainan leoas main dan wajib letak di tempat asal.. Mainan anak pun taklah berselerak lagi.. betul tak?
Pilih bakul yang warna warni.

.
MW: Kreatif betul, tiru sebiji macam kat online, baru puas hati. Jimat belanja.
Sumber : Nurul Ain Anises
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanam KOBIS BUNGA Lebih Cantik, Warna Putih Bersih,’Tutup’ Guna Daun!

Isi Kandungan
ToggleTak rugi berbudi pada tanah. Lebih seronok bila tanaman mengeluarkan hasilnya dan boleh digunakan untuk masakan harian seperti Kobis Bunga ni. Namun nak semai dan tanam sayur kubis bunga ada tipsnya. Jika kena cara penjagaannya, 3 atau 4 bulan dah boleh tuai hasilnya.
Rupanya antara tip sewaktu tanam kobis bunga, pastikan’bunganya’ ditutup guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Malah bebas serangan dari serangga perosak dan sinar matahari.
Mak-mak nak cuba tanam sayur Kobis Bunga sendiri di rumah, boleh cuba semai biji benih ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Norliza Abu Bakar. Berjaya semai dari biji benih sehinggalah mengeluarkan Kobis Bunga yang elok cantik, subur, besar dan segar bugar.
Berikut perkongsian tersebut sebagai panduan;
Sepanjang 5 musim hampir 2 tahun dalam suasana PKP, ini adalah musim yang terindah pernah saya alami. Ada lagi yang cantik-cantik tapi yg ni paling saya sayang.
Walaupun amik masa yang panjang lebih 3 bulan untuk melihat hasilnya, tapi saya puas.Tip yang dikongsikan ini cara saya berkebun mungkin ada lagi sifu-sifu lain yang lebih handal berkebun. Kita berkongsi tips mana yang baik.
Antara Tipnya:
- Semai guna biji benih. Semai dulu tempat lain dah naik 5 inci alihkan ke polybag besar sikit.
- Saya tanam dalam polibag saiz 9×12, guna tanah sawit campur cocopeat.
- Saya letak bawah bumbung tepi longkang. Maklum lah rumah taman tu je ruang yang ada. Saya letak bawah awning tepi longkang jadi dapat panas petang sekejap je. Tapi rasa memang tak boleh direct matahari.
- Kalau dah keluar bunganya sekali biarkan pokok tu terus hidup. Lepas ambil bunganya nanti akan ada keluar anak-anak pokok dibatang pokok tu. Boleh patahkan, rendam sampai keluar akar atau terus tanam. Lagi senang dah tak payah guna benih.
- Saya pakai baja paksa gemok, tanah sawit campur sabut hancur. Baja seminggu sekali pada pangkal pokok. Cari spray racun serangga nama dia ‘raja anti serangga’ dekat Shopee.
- Saya tutup/sungkup bunga dia dengan netting atau sungkup dengan daun dia juga untuk bagi bunga cauliflower tu tak kuning dan tak cantik.
Tutup bunga tu guna daun dia.Hujung daun tu cucuk guna lidi atau cungkil gigi agar daun tu tak lepas. Bunga akan jadi lebih cantik dan warna lebih putih bersih. Tu kaedah yang biasa petani-petani buat untuk lindung bunga dari serangan serangga perosak dan sinar matahari.
Selamat Mencuba! Semoga bermanfaat.
Ni gambar musim lepas masa tanam dalam 3 bulan lebih.
Baca Lagi Di Sini:
Kobis Bunga Goreng Berempah, Salut Dengan Tepung Suji Rangup Macam Popcorn!
BENDI Berbuah Banyak Setiap Cabang, PENTING Apabila Petik, Buang Sekali Daunnya!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian penjagaan tanaman Kobis Bunga ini bermanfaat. Mak-mak yang suka berkebun tu, boleh cuba tanam kubis bunga ikut tip yang dikongsikan ini.Pastikan tutup ‘bunganya’ guna daun, barulah nanti hasilnya lebih cantik dan warna lebih putih bersih.
Sumber: Norliza Abu Bakar
Mingguan Wanita boleh diikuti di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pesan Doktor Bila Terlihat Kemalangan Terus Bantu BUKANNYA Rakam & Ambil Kesempatan!

Isi Kandungan
ToggleBagi yang pernah alami kemalangan atau terlihat kemalangan di depan mata, sedikit sebanyak akan rasa trauma. Terbayang-bayang dan mula fikirkan, mungkin kalau tak ada orang selamatkan kita, belum tentu kita ada lagi di dunia ini. Minta dijauhkan. Perkara yang kita sendiri tidak jangka.
Kita tahu, jodoh, ajal, maut dan rezeki semua di tangan Allah. Tapi, kalau belum sampai masanya dan untuk kita diberi ‘peringatan’, kita akan lebih berhati-hati lagi terutamanya bila berlaku kemalangan.
Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada kemalangan yang berlaku di jalan raya. Masalah yang utama tentulah jalan raya akan menjadi ‘jem’ dengan ramai yang berhneti di tepi jalan dan tak kurang juga yang perlahan kereta untuk melihat apa yang berlaku.
Tak kisah apun, kita sebagai orang yang melihat atau pernah terlibat, apakah tindakan kita bila mengalami situasi begini. Apa yang patut kita buat. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin apabila kita terlihat kemalangan dan apa yang perlu kita elakkan.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Tip Penting Bila Kemalangan, Elak ‘Tertipu’, Boleh Tuntut Pampasan ‘Loss Of Use’ Lagi!
Agar Tak Berlaku Kemalangan, Ini 8 Tip Memandu Kenderaan Ketika Hujan
Info Lebih Menarik DI SINI
Terlihat Kemalangan, Ketahui 3S
Apabila kita terlihat kemalangan berlaku, lakukan 3S ini.
1. SELAMAT
Pastikan tiada di sekeliling anda apa-apa yang boleh anda, mangsa atau sesiapa berhampiran. Jika ada bahaya, alihkan penyebabnya. Jika bahaya tidak boleh dialihkan, maka elakkan berada di kawasan berkenaan.
2. SEDAR
Periksa keadaan pesakit. Lihat sama ada mangsa sedar atau tidak. Sapa, tepuk bahu atau goyang tubuh sedikit mangsa. Jika pesakit memberi respon, tanya sama ada dia OK atau tidak. Jika tidak sedar, dapatkan bantuan.
3. Hubungi 999
Ini untuk dapatkan bantuan. Anda akan disambungkan ke pusat Khidmat Respon Kecemasan Malaysia. Beritahu operator tentang butir diri anda, kecemasan, lokasi dan keadaan mangsa. Ikut arahan operator di talian.
Jika pesakit tak sedarkan diri dan anda tahu serta yakin untuk lakukan bantuan kecemasan(CPR), maka berilah bantuan sewajarnya. Jika tidak, serahkan pada yang mampu.
3S YANG ANDA PERLU DIELAKKAN
1. SANGSI
Elakkan sangsi dan buruk sangka pada mangsa. Ia akan mempengaruhi pertimbangan serta tindakan kita sebagai penyelamat/pembantu/saksi. Tindakan pantas kita pula boleh mengubah nasib mangsa atau nasib kita.
2. SEBAR
Elakkan merakam keadaan mangsa kerana ia melibatkan privasi dan kehormatan mereka. Jauhi juga perbuatan menyebarkan rakaman yang paparkan keadaan mangsa melalui media sosial tidak kira tas niat apa sekali pun.
3. SONGLAP

Elakkan cubaan mengambil apa-apa dari kawasan kemalangan. Kawasan kemalangan adalah kawasan siasatan. Mengambil kesempatan ke atas kesusahan orang lain boleh menyusahkan mangsa dan diri sendiri.
Jika tak elakkan 3S ini, maka anda berisiko mendapat S keempat, iaitu SESAL.
Mingguan Wanita : Bukan setakat ‘jem’ dan jalan sesak. Bimbangnya kalau leka kita pula yang terlibat. Berhati-hatilah.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Jimat Cermat Urus Duit, Buat ‘Money Tracker’ Rekod Belanja Bulanan, Elak Terlebih Bajet!

Isi Kandungan
ToggleBerapa ramai antara kita, setiap bulan akan buat rekod belanja bulanan. Tanda dan tulis secara detail tentang duit yang dibelanjakan. Atau ada yang tidak ambil tahu dan tak kisah dengan apa yang dibelanjakan.
Kalau tak ada rekod belanja bulanan, bimbang nanti tak sampai pertengahan bulan, duit habis dan tak tahu ke mana. Sekurang-kurangnya cara ini membantu kita untuk berjimat cermat dalam menguruskan wang.
Kali ini ada perkongsian yang boleh membantu mak ayah / suami isteri dalam rekod belanja bulanan. Tak perlu pen atau kertas, cukup dengan money tracker dalam handphone saja.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Lelaki Ini Kongsi Tip Jimat Bil Elektrik, Tak Perlu Barangan Elektrik ‘Converter’ Pun!
Lelaki Ini Ajar Guna Petrol Kereta (RON) Lebih Jimat Harga, Jarak Perjalanan
Info Lebih Menarik DI SINI
Rekod Belanja Bulanan Untuk Lebih Beringat
Senang je nak rekod perbelanjaan setiap hari tanpa bawa pen dan kertas.
Money Tracker. Mula-mula tu macam agak susah untuk saya nak buat sebab masa kita berbelanja, mana sempat nak tulis. Tapi saya dapat idea sendiri, sangat mudah. Idea ni menyebabkan saya dan pasangan berjaya amalkan sampai hari ni.
Caranya macam ni, kita semua kan selalu pegang handphone. Macam dah keperluan jadinya.
Mana-mana pun tengok handphone. Jadi, buat satu group whatsapp. Ahlinya suami dan isteri sahaja. Letak nama group Money Tracker. Tiap kali lepas makan, beli atau belanja apa-apa, tulis dalam group whatsapp tu :
Makan tengahari -8.00
Minyak kereta -50.00
Parking -1.00
Bil letrik -78.00
Econsave -45.50
Laptop -1450.00
Ali bayar hutang +300.00
Bonus +500.00
Simbol ( – ) adalah sebagai perbelanjaan atau duit keluar. Simbol ( + ) adalah sebagai pendapatan atau duit masuk.
Dalam whatsapp kan ada tarikh bila kita tulis. Jadi, hujung bulan kita boleh semak balik perkara berikut :
1. Berapa duit kita dah belanja
2. Bila tarikh kita belanja
3. Apa yang kita belanja
4. Belanja lebih bajet atau tak
5. Apa yang terlebih bajet
Cara Belanja Berhemah
Kesannya, kita akan tahu belanja setiap bulan terlebih kat mana supaya lebih beringat dan perbaiki cara perbelanjaan ke arah yang lebih berhemah.

Tip ni pun boleh buat untuk benda lain juga. Kalau nak simpan resepi, location, nak buat senarai tugasan, senarai barang nak beli, cuma buat group whatsapp suami isteri dan tulis la apa saja dalam group whatsapp tu untuk simpanan.
Semoga bermanfaat.
Mingguan Wanita : Moga ia membantu kita untuk urus duit dengan berhemat.
Kredit: Nik Mohd Fahmi & Ustasah Asmak Husin
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI