Rupanya walaupun guna potongan daging yang murah, sebenarnya mak-mak tetap boleh hasilkan rasa yang sedap macam daging steak mahal. Cuba gunakan teknik memasak ala ‘Sous Vide’ seperti yang dikongsikan oleh Mohd Faeez Harith ini.
Menurut lelaki ini, kaedah ini selamat kerana menggunakan suhu rendah sekitar 60°. Ia macam kaedah merebus, tetapi daging dimasukkan dalam plastik ziplock, dibuang angin dan jadikan dia mampat macam vacuum seal.
Sekadar nak kongsi teknik menghasilkan Steak dari potongan daging yang murah,tapi masih enak dimakan.
Caranya? Sous Vide!
Ads
Sous Vide merupakan teknik memasak yang memerlukan beg kedap udara (vakum) dan direndam dalam air pada suhu yang rendah untuk suatu tempoh masa yang agak lama. Kebiasaannya Sous Vide memerlukan alatan memasak yang tersendiri dan beg khas,tapi jika tidak ada memadai guna beg ‘Ziplock’ dan kuali.
Hanya pastikan daging kekal tenggelam dalam air tanpa menyentuh dasar kuali. Kena check je sebelum tinggal.Saya sepit plastik tu dengan tudung periuk tu
Ads
Hasilnya daging akan masak secara perlahan-lahan,tetapi masih mengekalkan jusnya dan warna lebih menarik,iaitu sedikit kemerahan walaupun telah dimasak sempurna.
Untuk menaikkan seri Steak kita,boleh ‘sear’ sekejap atas kuali panas untuk tempoh masa yang singkat,sebelum dihidangkan.
Ads
Saya masak Steak saya dengan cara Sous Vide pada suhu 60° selama 2 jam.
Steak saya ni RM 10 sahaja,daging stok akhir dah.Tak mampu nak beli Angus atau Wagyu.
Info Ekstra!
Saya biasanya tak makan dengan sos.Tapi kalau nak saya recommend, saya suka sos black pepper atau barbeque untuk beef, kalau lamb atau mutton guna mint sauce.
Saya marinade dengan garam,pepper, rosemary,bawang putih.
Masukkan ziplock dalam air,tolak gelembung-gelembung udara dulu sebelum ‘seal’ beg tu.Akan jadi kesan macam vacuum seal juga.
Selamat guna ziploc sebab kita guna suhu rendah.Biasanya sekitar 40°-60° sahaja.Plastik tu tahan setakat 80°-90°.Kalau guna suhu tinggi daging masak cepat tapi ‘terkejut’.Bimbang liat.
Kalau kita pergi pasaraya,daging macam ni biasa dah jatuh 30%-50% harga asal.Sebab daging biasanya tempoh hayat jualan dia dalam seminggu sahaja.Lepas pada itu dah dikira tak cukup segar untuk dijual.
Melainkan daging beku.Daging reduce to clear @ reprice to clear. Biasa tesco dengan Aeon banyak benda-benda (RTC) ni.
Saya guna dapur elektronik,memang dah ada tetapan suhu.Kalau dapur gas kena guna tungku tambahan untuk elakkan sentuhan terus api pada bontot kuali.Dan kena ada termometer untuk periksa suhu air.Renyah sedikit kalau dapur gas.
MW: Jadi buat mak-mak yang nak cuba hasilkan ‘steak’ sedap walaupun guna potongan daging murah, boleh cuba teknik memasak ‘Sous Vide’ yang dikongsikan ni.
Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim marjerin ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim marjerin ni.
Jom cedok resipi yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ini;
“Jom kita buat krim marjerin untuk anak-anak kita ke sekolah. Tak la jemu meka asyik dok calit dengan planta, kaya ja.Yang akak tahu resepi krim ni hanya perlu majerin & gula ja..tapi akak nak dia lebih rasa sedap & lemak sikit jadi akak pon derhakalah pada resepi asal.Jom intai apa yang akak derhaka tu”.
Bahan-Bahan:
1 cawan marjerin pelangi
1 cawan gula kisar
Setengah cawan susu cair
4 sudu besar susu pekat
Secubit garam..nak bangkitkan lemak susu caair
Perisa..ikut masing-masing ya
Cara Membuat:
1.Campor semua bahan kecuali perisa.mixer sampai kembang dan jadi putih gebu.
2.Bila dah kembang, boleh letak perisa. Ok siap! dah boleh sapu pada roti.Marjerin ni boleh ja simpan dalam peti ais.Dia macam planta, kalau kita simpan dalam peti dia keras, bawa keluar dia lembut balik.
Koko perisa coklat.
Hijau perisa pandan.
Putih perisa vanila.
Kuning perisa jagung.
Pink perisa strawberry.
Kalau nak sapu dekat kek pon boleh na..sedap tau..
Semoga perkongsian ini bermanfaat! Selamat mencuba!
MW:Menarik juga idea ni, pastinya rasanya lebih sedap!. Mak-mak boleh cuba untuk pelbagaikan disapu pada roti mahupun kek. Anak-anak pun mesti suka!
Rupanya ada tip tertentu untuk membuat Popia Sira Cili agar jadi rangup dan tahan lebih lama daripada biasa. Bukan apa popia Sira cili ni, meskipun nak buatnya mudah, jika tak kena caranya, boleh jadi lemau dan cepat berkulat, tak tahan lama.
Mak-mak boleh cuba resipi dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Mariam. Menurutnya, popia yang telah disira perlu dibakar dalam oven terlebih dahulu sebelum disimpan.
Berikut perkongsian wanita ini sebagai panduan;
“Nak resepi tak untuk bagi rangup dan tahan lama popia sira..tak ada rahsia-rahsia ye..ini kita bagi ikhlas.Ok saya kongsikn resepi popia sira cili.”
Bahan-Bahan:
1 peket Kulit Popia
Minyak Untuk menggoreng
2 senduk cili kering campur bawang merah, bawang putih
Asam Jawa
garam
perasa
2 senduk gula pasir.
Cara Membuat:
1.Gulung kulit popia seperti biasa,berus pakai air tepung gandum letak garam sikit dan gunting.
2.Goreng dulu sampai garing.
3.Kemudian tumiskan cili kering, bawang merah dah bawang putih yang telah di kisar.
4.Masukan pula garam,asam jawa,perasa dan gula,tumis sampai betul-betul kering dan pekat.
5.Baru masukkan popia goreng dan kacau rata sampai sebati.
Tips Ekstra!
Kalau nak popia sira ini lebih rangup dan tahan lebih lama, masukkan dalam oven dan bakar selam 20 minit pada suhu 170c.
Siap!
Selamat Mencuba.
Mak-mak yang suka buat popia sira sebagai kudapan tu, boleh lah cuba resipi dan tip yang dikongsikan ini. Pasti puas hati.
Seronok bila bercucuk tanam, menjadi hasilnya. Lebih-lebih lagi jika cubaan kali pertama menyemainya. Bagi mak-mak yang suka gunakan pokok ketumbar dalam masakan, boleh cuba semai biji ketumbar yang dibeli timbang kilo di pasaranya je. Tak perlu guna biji benih pun, tetap pokok ketumbar boleh hidup dan besar merimbun sepasu. Malah tak perlu ruang luas, semai di kawasan tepi balkoni rumah pun boleh.
“Saya nak share cara menanam pokok ketumbar menggunakan biji ketumbar timbang kilo kt pasaraya je. Tak perlu susah-susah beli benih paket tu.Biji ketumbar dia sikit je. Beli timbang kilo puas menanam nanti..sebab dapat banyak harga pun murah je dan puas menanam nanti.”
“Pada yang pernah cuba tanam pokok ketumbar tapi asyik tak hidup je, boleh la cuba ikut cara saya ni. Saya kongsi sekadar yang saya tau je. Boleh baca penerangan di setiap gambar.
Sedikit Penerangan :
Medium saya gunakan adalah tanah hitam yang di campur dengan cocopeat sikit. Pembajaan pula saya ada guna baja biji yang dibeli kat eco NPK 8:8:8 dan ada juga siraman baja ab..kadang-kadang saya siram guna air basuhan beras atau air rendaman perut ikan je. Siraman air setiap pagi atau petang atau 2 kali sehari bergantung pada cuaca.
Pencahayaan pula dari pukul 8.30am-11am sahaja sebab saya letak kat balkoni. jadi pencahayaan pagi sahaja kena matahari kejap.
Penjagaan dia sangat senang dan mudah hidup kalau kena dengan caranya. Tapi tak panjang usianya. Ke sebab saya tak rajin guna selalu.
Selamat mencuba ye buat sahabat kebun. Saya takde ruangan yang luas. Bercucuk tanam di balkoni je. Jadi la untuk manfaatkan ruang yang sedia ada. Rajin menanam hasil puas hati.
Saya guna ketumbar timbang je. Nak beli yang paket untuk benih, biji dia sikit je dapat. Ni boleh semai berbulan kalau tanam dalam pasu macam saya ni. Tak sampai 50 sen pon boleh tanam puas-puas.
Pastikan biji ketumbar warna dia cerah kekuningan. Kalau dah warna kelabu asap, biasa payah nak hidup.
Biji ketumbar ni saya akan rendam semalaman sebanyak sesudu makan je. Dah boleh penuh pasu dia hidup nanti. Sebab saya rendam, memudahkan biji ketumbar lembut dan pecah untuk senang bercambah. Rendam guna air paip je tau.
Selepas dah rendam semalaman, saya akan curah dalam pasu je. Pastikan medium dia lembab je. Ni selepas seminggu baru nampak anak dia meliar naik. Alhamdulillah.
Dari sebiji benih ketumbar boleh jadi 2 anak pokok sebab bila dia pecah dua. 2 belah hidup elok je. Ingat memula biji dia dah rosak..sekali dia hidup walaupun pecah 2 bahagian.
Ni la hasilnya..pertama kali semai biji ketumbar, tak sangka merimbun dia membesar sepasu. Masa ni nak pindahkan boleh dah tapi saya biarkan je..sebab bekas dan tempat terhad sangat.
Ni dia bila tak rajin petik daun dia, elok dia bertukar daun halus-halus..tanda dh makin tua kot.
Petik setakat yang perlu je, sedap buh dalam masakkan lagi-lagi tomyam, sup, paprik. Dulu tak suka sangat bau dia, macam bau kumbang busuk, sekarang dah minat sebab ada org ajar makan tomyam thai. Jadi terpikat dah dengan bau dia.
Ni pokok bila dah makin tua.Dia mula kuarkan putik bunga.
Taraaaaa….. Comel kan bunga dia dah jadi biji ketumbar balik. Boleh petik dan keringkan buat masak atau semai balik.
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak berjimat, boleh tanam sendiri pokok ketumbar di rumah cuba cara dan tip yang dikongsikan ini.