Jika selalu kuih Putu Bambu dikukus dalam batang buluh, namun kini rupanya boleh juga diolah menggunakan ‘acuan’ daun pisang. Malah rasanya lebih sedap dan wangi! bukan apa nak cari batang buluh pun payah, nak beli kuih ni pun susah nak jumpa.

Boleh cuba resipi Putu Bambu yang dikongsikan oleh Puan Liza Latib ini sebagai rujukan;

Saja nak share idea minum petang. Buat sendiri lebih seronok, nak buat banyak mana, besar mana, manis atau kurang manis terpulang.

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung beras (saya guna Tepung beras Jati)
Sedikit garam
Air masak secukupnya
Gula merah
Daun Pandan
Daun Pisang

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

Cara Membuat:

1. Uli tepung beras dan garam dengan air masak sehingga jadi tekstur seperti serbuk roti.

2. Kemudian tapis adunan dalam penapis sambil menekan menggunakan sudu supaya tekstur lebih berderai (tekstur tepung akan jadi berderai dan lembab).

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

3. Buat acuan guna daun pisang atau boleh juga guna acuan apam.

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

4. Masukkan tepung kemudian gula merah dan tepung semula ke dalam acuan.Tak perlu tekan tepung.

5. Kemudian didihkan air kukusan dan letakkan daun pandan. Kukus acuan daun pisang yang dah diisi tepung tadi dalam 15 ke 20 minit.

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

IKLAN

Kemudian hidang dengan kelapa.

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

Info Ekstra!

  • Air tak perlu banyak dan tiada sukatan tertentu. Cukup sekadar menjadikan doh seperti serbuk roti. Kemudian doh itu ditapis dengan cara menekan guna sudu untuk dapatkan tekstur lembab dan berderai.
  • Tepung tak perlu ditekan semasa masukkan ke dalam acuan.

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

Siap! Selamat Mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi KUIH ROS Confirm Jadi, Sedap Rangup Elok Cantik Kejadiannya!

Resipi Lengkap KUIH LOMPANG, Nak Makan Sendiri, Buat Jualan Pun Boleh!

TEKNIK 2 Kali Goreng, Kuih Bom Bijan Cantik ‘Confirm’ Tak Meletup!

IKLAN

Mingguan Wanita: Boleh lah cuba buat sendiri kuih putu bambu ini di rumah guna ‘acuan’ daun pisang pula. Pasti rasanya lebih sedap dan wangi nanti.

Sumber: Liza Latib

SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:

Buat PUTU BAMBU Mudah Guna ‘Acuan’ Daun Pisang, Lebih Sedap & Wangi!

Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:

Jahit Baju Kurung Pesak : https://toko.ideaktiv.com/product/jom-jahit-baju-kurung-buat-duit-jahit-di-rumah/

Cookies Viral : https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-buat-sampai-jadi/

Kuih Frozen : https://toko.ideaktiv.com/product/aneka-kuih-frozen/

IKLAN

Roti & Bun : https://toko.ideaktiv.com/product/asas-bakeri/

Untuk pertanyaan hubungi : 019632875

Mingguan Wanita boleh diikuti di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita

FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak

Website: https://www.mingguanwanita.my/

Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en

Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI