Rupanya antara tip apabila buat kulit popia basah, kena perap bancuhan sekurang-kurangnya 2 jam. Malah lagi lama perap lagi cantik kulitnya nanti. Berbanding kulit popia kering atau biasa yang mudah di beli di pasaran, kulit popia basah ni agak sukar untuk mendapatkannya. Biasanya kita kena buat sendiri atau beli yang dah siap, tinggal makan je.
Mudah je rupanya nak buat kulit popia basah ni dan sosnya. Boleh cuba buat sendiri di rumah hidangan untuk keluarga atau dijual dan dijadikan pendapatan sampingan.
Alhamdulillah siap tempahan popia basah untuk pagi ni Isnin. Ada peminat popia basah ke kat sini. Saya izinkan pada sesiapa yang nak share resepi ni.Semoga bermanfaat pada semua. Selamat mencuba. Praktis selalu nak buat kulit popia ni lama-lama Insha Allah menjadi.
Resipi kulit cara saya:
Bahan-Bahan:
1 kg tepung gandum
4 cawan setengah air biasa
1 sudu garam
2 sudu tepung ubi/sebiji putih telor
2 sudu makan cuka
6 sudu makan minyak masak
Cara Membuat:
1.Bancuh semua bahan macam buat cekodok danpukul sampai elastik.
2.Perapkan lebih kurang 2 jam, lagi lama lagi cantik dan simpan dalam peti ais.
3. Selepas diperap baru dioles pada kuali nipis-nipis.
Bahan untuk (Sos):
Cili kering (Ikut kepedasan)
Bawang besar
Bawang putih
Udang kering
cuka
taucu
garam
gula
Cara Membuat:
1.Blend halus dan masak dengan api kecil sampai pekat. Masak lama lebih kurang 4 jam.
2.Maaf takde sukatan, agak-agak nak banyak mana kita buat. Kena manis lebih baru ummmphh.
Buat Sendiri Kuah PASTA CARBONARA Super Creamy Macam Dekat Pizza Hut! Memang sedap dan lemak berkrim apabila buat sendiri kuah Pasta Carbonara ini. Jika selalu kita guna sos segera, sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri je kuahnya. Lebih jimat dan berbaloi, malah kegemaran anak-anak juga.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Aisyah Humaira ini sebagai rujukan;
Kuah Pasta Carbonara super creamy macam kat pizzahut..tanpa menggunakan sos prego. Isi boleh tukar pada bahan segar contoh isi ayam/udang.
Bahan-Bahan:
1 paket pasta
Hotdog ramli secukupnya
1 kotak kecil cooking cream
3 kiub pati ayam
3 keping cheesedale
2 gelas susu kotak full cream
2 sudu besar penuh tepung jagung dibancuh dengan 1gelas air
Hujung sudu kecil serbuk lada hitam
Hujung sudu kecil parsley flakes
Garam,gula secukup rasa
Air sekadar tenggelamkan pasta
Bahan Tumis:
1 ketul buttercup guna separuh sahaja
1 biji bawang holland di potong dadu
1 tin cendawan butang dicuci dan dihiris
Cara Membuat:
1.Panaskan instanpot tekan menu “saute” dan cairkan butter. Masukkan semua bahan tumis kacau rata biarkan hingga keperangan.
2.Masukkan susu full cream,dan semua bahan berbaki satu persatu kecuali pasta.
3.Kacau sebati barulah masukkan pasta .Pastikan pasta tenggelam didalam kuah.
4.Tekan menu “pressure cook” set tempoh memasak “5minit” siap.
P/s: Jika guna periuk biasa pastikan pasta dan kuah dimasak asing. Pasta direbus dahulu sehingga lembut kenyal dan baru tuang sos/kuah yang siap dimasak atasnya.
Patutlah ramai yang sanggup buat bawang merah goreng ni ya, rupanya dia tahan lama dan boleh jadi penyedap makanan.
Apa lagi, alang-alang Puan Salamah Amatini dah bongkarkan rahsia buat bawang merah goreng rangup ini, jom lah godek kejap!
Bawang Merah Goreng Rangup
Pagi ni saya nak share cara buat bawang merah goreng garing cara saya
Bawang merah goreng ni boleh letak dalam sup, bubur sebagai penyedap rasa.
Saya buat stok bawang merah garing ni untuk mix dengan garlic crunchy yang saya buat.
Cara-caranya:
Kupas bawang merah, bersihkan dan toskan.
2. Kalau guna bawang merah yang besar, boleh potong 4 sebelum parut. Kalau guna bawang merah kecik,boleh terus parut je.
3. Campur bawang merah yang telah diparut denganl tepung beras, ratakan tepung dan ramas perlahan-lahan supaya tepung menjadi rata dan bawang tak patah.
4. Kemudian goreng bawang tadi dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.
5. Goreng bawang sehingga menjadi warna perang dan nampak garing.
6. Toskan minyak yang berlebihan sebelum disimpan di dalam bekas tertutup.
7. Bawang merah ni boleh tahan sehingga 4 atau 5 bulan kerangupannya jika disimpan dalam bekas tertutup dengan baik.
Tip Sebelum Goreng Bawang
Letak sedikit serbuk kunyit dan garam halus dalam minyak yang telah dipanaskan sebelum masukkan bawang merah untuk menggoreng. Ini untuk menambahkan lagi rasa rangup bawang dan sedikit warna kekuningan.
Bawang merah rangup ni pun sedap diratah begitu saja sebab rasenya yang sedikit manis.
Selamat mencuba kawan-kawan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bebola Ayam Bersayur ini memang sedap dan garing. Cecah pula dengan sos. Atau nak makan macam tu saja pun dah sedap. Pernah tak cuba masak di rumah?
Ada juga yang panggil cucur ayam Anak-anak terutamanya pasti gemar memakannya. Gerenti licin lah! Masakan ini dikira lengkap juga sebab ada sayur dan ayam.
Sesuai dimasak untuk hidangan waktu pagi atau untuk minum petang. Makan pula ketika masih panas. Wah! Sedapnya!
Selain itu, bagi yang sering kali mengadakan majlis makan-makan atau potluck, bebola ayam bersayur ini juga sangat sesuai dihidangkan untuk majlis. Boleh disediakan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Kata orang, bancuh-bacuh, goreng..siap!
Ayam -ambil bahagian isi dagingnya sahaja 1-2 biji telur – kalau ayamnya banyak, tambahkan telur
Bawang merah – hiris dadu Sedikit cili merah – hiris Daun sup/daun kucai/daun bawang – hiris Sedikit garam
Minyak masak
CARA MEMBUAT:
1. Isi ayam direbus terlebih dahulu. Selepas isi ayam masak, keluar dan toskan. Kisar isi ayam sehingga hancur (letak air sikit nak bagi basah). 2. Kemudian satukan kesemua bahan lain dan isi ayam tadi dalam satu mangkuk, gaul sehingga sebati.
3. Panaskan minyak, goreng dengan api sederhana. Bila bertukar kekuningan, sedia untuk diangkat, toskan minyak. Siap! Enak dimakan ketika masih panas. Selamat mencuba!
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.