Tortilla merupakan ‘flatbread’ atau kepingan roti nipis yang sangat popular di Mexico dan Amerika dan intinya pula boleh dipelbagaikan ikut citarasa sendiri. Bagi mak-mak yang sedang berdiet dan suka hidangan ringkas biasanya suka makan tortilla ini. Ia senang nak buat, sihat dan cukup mengenyangkan. Tapi bila beli tortilla ini, boleh tahan mahal juga harganya.Lebih jimat bila dibuat sendiri, diyakini halal, bersih dan lebih puas hati.

Boleh cuba resipi mudah kulit tortilla seperti yang dikongsikan Ana Mohd ini.

“Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri..boleh frozen, nak makan defrost dan bakar sekejap je..mudah keje. Jimat pun jimat. Tu buat untuk bekal sarapan pagi suami..mudah nak makan buat saiz comel-comel.”

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
3 sudu besar minyak masak@zaitun
3/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
3/4 cawan air panas

Cara Membuat:

1.Masuk je semua bahan-bahan, gaul-gaul agak dah suam terus uli jadi doh yang lembut. Kemudian tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.

2. Selepas itu, boleh bulat kecil-kecil dan canaikan, bakar atas pan. 3. Kalau nak buat frozen, bakar sekejap je. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar. Anggaran 1 minit both side.

Ok siap!

Info Ekstra!

  • Kalau nak buat garlic tortilla, 3 sudu besar minyak tu dipanaskan dan tumis 2 ulas bawang putih yang dicincng halus sampai naik bau (jangan hangit)Tutup api, biarkan sejuk dan baru campur dengan tepung dan barang lain.
  • Untuk inti ikut selera dan citarasa masing-masing. Macam saya buat ni cuma perap isi ayam dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, carrot, timun jepun, tomato ceri, bawang dan sos cili.
  • Pastikan sayur-sayur ditos sampai kering untuk elakkan cepat basi.
  • Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung Bestari. Terpulang. Boleh tambah mayonis/cheese.

Selamat mencuba!

MW: Menariknya, mak-mak boleh buat kulit tortilla sendiri di rumah. Mudah dan lebih jimat. Tak perlu beli lagi.

Sumber: Ana Mohd