Siapa sangka kentut yang dianggap sesuatu yang ‘menjengkelkan’ kini boleh dijual dan mendapat keuntungan lumayan. Memang tak masuk akal, namun itulah yang berlaku.
Seorang bintang realiti TV menjalankan satu ‘perniagaan baru’ yang cukup menguntungkan iaitu menjual kentut dalam botol dan berjaya memperoleh kira-kira RM200,000 seminggu.
Kentut Dalam Botol
Stephanie Matto,31 yang terkenal menerusi program 90 Day Fiance mendedahkan bahawa dia menjual kentut sendiri yang dimasukkan di dalam balang bersama beberapa kelopak bunga ros dan nota peribadi.
Dia yang mempunyai 271,000 pengikut Instagram menjual produk tersebut dengan harga $1000 (RM4,000) sebekas.
Atas permintaan yang menggalakkan, Stephanie membuat keputusan memberikan diskaun 50 peratus bagi setiap sebotol, pada tempahan 100 botol pertama. Malah promosi tersebut dilakukan selama 10 hari baru-baru ini.
“Saya dapati terdapat pelbagai jenis kelompok pembeli dan pasaran yang ada di luar sana. Selama ini bertahun-tahun saya dapat beberapa mesej daripada lelaki dan wanita yang ingin membeli bra yang dipakai, seluar dalam, rambut, air mandian dan sebagainya.”
“Saya fikir kentut adalah ‘niche’ yang hebat, tetapi juga sesuatu yang menyeronokkan, unik dan berbeza,”
“Saya memilih menjual kentut di platform kerana dapat rasakan ia akan menjadi publisiti lucu yang akan mendapat perhatian ramai orang. Namun tak sangka ia mendapat permintaan yang menggalakkan,” ujar Stephanie.
Ads
Makan Banyak Protein
Stephanie juga mendakwa dia menyediakan badannya untuk mengepam gas dengan makan makanan mengandungi banyak protein, yogurt, telur rebus dan kekacang.
Dia juga memberitahu suka menghabiskan masa dengan membaca buku sambil menunggu masa untuk kentut dan memasukkan ke dalam bekas bersama kelopak ros.
Dia juga berdepan kesukaran apabila produk tersebut pada awalnya ditahan pihak kastam.
Program Realiti 90 Day Fiance
Stephanie dikenali menerusi program realiti 90 Day Fiance iaitu program yang menggandingkan pasangan tidak sesuai sama ada mereka boleh berkahwin selepas tiga bulan hidup bersama.
Ads
Walaupun dia tidak menemui pasangan dalam rancangan itu, peningkatan pengikut di laman sosial bintang itu naik mendadak.
Bukan mudah untuk menjernihkan hubungan antara isteri dan mak sendiri apabila berlaku perselisihan faham. Seorang suami didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya kerana berang wanita itu meninggikan suara kepada ibunya.
Tertuduh yang bekerja sebagai penebar roti canai bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin.
Pukul Muka Isteri
Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Nur Aqmar Izzianty Md. Yusoff, 29, yang merupakan isterinya yang sah dengan cara memukul mangsa pada bahagian muka.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam di sebuah rumah di Taman Cheng Indah dalam daerah Melaka Tengah pada 14 Februari 2023.
Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan boleh juga didenda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, jika sabit kesalahan.
Tinggikan Suara Pada Ibu
Difahamkan kejadian berlaku selepas tertuduh berasa marah apabila isterinya dikatakan meninggikan suara kepada ibunya ketika berlaku perselisihan faham keluarga.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha manakala tertuduh pula tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 3 April depan untuk lantikan peguam dan sebutan semula kes.
Mingguan Wanita: Walau apa juga alasan yang diberikan, ‘naik tangan’ pada isteri bukanlah penyelesaiannya. Hubungan ibu dan isteri perlu ditangani dengan bijak oleh suami.
Video seorang ustazah merangkak di dalam kelas baru-baru ini mengundang reaksi negatif daripada netizen. Rata-rata menyalahkan ibu yang terlibat dalam video ini, malah lebih teruk memburuk-burukkan dia seterusnya mula menyebar gambar wanita tersebut.
Tindakan ini membuatkan suami wanita tersebut tampil dan merayu agar masyarakat menghentikan perbuatan itu kerana perkara ini telah diselesaikan secara baik.
Baru Ditularkan
Saya rayu hentikan sebar gambar isteri saya. Semuanya dah selesai, luah suami wanita yang dikaitkan dengan penyebaran video menunjukkan seorang ustazah merangkak di dalam kelas baru-baru ini.
Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian dalam video tersebut berlaku minggu lalu, namun baru ditularkan.
Katanya, pertemuan bersama ustazah tersebut telah dibuat dan perkara tersebut sudah diselesaikan dengan cara baik.
“Kami sekeluarga tertekan dengan pelbagai fitnah dan tuduhan tidak benar mengenai kejadian itu.
“Saya dan isteri sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tentang buli siber yang dikenakan ke atas kami sekeluarga,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya dalam lawatan bersama Yang Dipertua Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Bagan Datuk, Ezatul Farita Rohawi di Sungai Sumun di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pihak tidak perlu mengeruhkan keadaan dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sebarang tindakan.
Video Mengundang Kecaman
Terdahulu, video berdurasi dua minit 17 saat itu telah tular di laman sosial semalam mencetuskan pelbagai kecaman netizen.
Sementara itu, ustazah berkenaan yang dihubungi media menjelaskan perkara tersebut telah selesai.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas tentang kejadian tersebut.
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama rakyat di Parit 15, Sungai Sumun di sini sudah pun diambil tindakan.
Katanya, kedua-dua pihak sudah pun mengambil jalan damai dan menghentikan isu berkenaan.
“Jadi saya minta semua pihak hentikan sebarang penyebaran video, gambar dan maklumat tidak sahih tentang kejadian itu.
“Pihak JAIPk sudah pun mengambil tindakan sewajarnya berkaitan kejadian tersebut,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
MW: Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua. Sesungguhnya guru adalah insan yang patut disanjungi dan dihormati. Dari seorang gurulah, anak-anak mula mengenal hidup dan menimba ilmu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ella buang malu, dedah kini berdepan masalah pendengaran. Penyanyi rock Ella tidak berasa malu mengakui kini menggunakan alat bantu dengar bagi mempertajamkan deria pendengarannya.
Malah dirinya juga tidak pernah berasa rendah diri yang biasanya dianggap dengan memakai alat sokongan pada telinga hanya untuk individu pekak.
“Tiada sebab saya nak rasa malu atau anggap diri mempunyai kekurangan apabila memakai alat bantuan pendengaran hanya kerana status saya sebagai penyanyi senior.
Ella Buang Malu
“Kalau alat ini dapat membantu saya mendengar dengan lebih sempurna serta melancarkan urusan harian dan kerjaya, kenapa tidak saya menggalakkan orang lain juga lebih peka dengan perubahan diri sendiri.
“Stigma alat bantuan ini hanya untuk orang hilang pendengaran seharusnya dikikis, malah saya harap dapat suntik kesedaran kepada orang ramai supaya membuat pemeriksaan tahunan,” ungkap Ella ketika ditemubual pada program Komuniti Global Hearing Care Centre (GHCC).
Ketahui Bermasalah Selepas Buat Pemeriksaan Telinga
Ella juga menyatakan dirinya hanya tahu mengenai masalah tersebut apabila menjalani pemeriksaan ketika menghadiri program anjuran GHCC.
“Sebelum ini, ada rakan bertanya mengapa saya pakai alatan di telinga, jadi saya jelaskan yang saya boleh dengar tetapi tidak setajam orang lain. Sebenarnya sesiapa saja boleh buat pemeriksaan kalau rasa kurang selesa pada pendengaran,” katanya.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...