Bilionair Jepun, Yusaku Maezawa. Foto AFP

Bukan sebarangan orang boleh melancong ke bulan. Memandangkan ia melibatkan kos yang sangat besar dan tempat terhad. Hanya yang benar-benar berkemampuan layak mendapat tempat melancong ke sana.

Iklan Teman Wanita

Bertuahnya bila kaya raya dan banyak duit, segalanya boleh diusahakan.Seorang bilionair Jepun melancarkan iklan dalam talian bagi mencari teman wanita untuk terbang ke bulan bersamanya menggunakan roket SpaceX.

Yusaku Maezawa, yang baru-baru ini memutuskan hubungan dengan seorang pelakon wanita Jepun, kini menerima permohonan wanita bujang berusia 20 tahun atau lebih, yang mahu menikmati kehidupan dengan sepenuhnya.

Usaha mencari pasangan yang sepadan itu kini dijadikan rancangan televisyen menggunakan saluran di laman sesawang.

Sunyi Usia Meningkat

Usahawan itu bersetuju dengan idea terbabit kerana kesunyian dan usianya yang meningkat.

“Saya hidup seperti mana yang diimpikan setakat ini,” katanya yang mempunyai tiga anak bersama dua wanita berbeza.

“Pada usia 44 tahun, ketika perasaan sunyi dan kekosongan mula menyelubungi diri, hanya satu yang saya fikirkan iaitu mencintai seorang wanita.

Maezawa yang turut mengiklankan pencariannya di akaun Twitter, berkata: “Kenapa tidak menjadi wanita pertama untuk melancong ke bulan?”

Pilihan Muktamad Akhir Mac

Tarikh tutup permohonan ialah 17 Januari 2020 dan beliau akan membuat pilihan muktamad menjelang akhir Mac selepas keluar bersama setiap pemohon.

Maezawa, yang juga ketua syarikat fesyen dalam talian, Zozo, sebelum ia dijual kepada Yahoo! Japan tahun lalu, terkenal kerana gemar membeli hasil seni yang mahal.

Beliau dijadualkan melancong ke bulan pada 2023 atau selepas itu sebagai penumpang swasta pertama dalam kapal angkasa SpaceX milik usahawan Elon Musk.

Maezawa juga bercadang membawa kira-kira enam karyawan bersamanya dalam penerbangan itu, yang akan mengelilingi bulan tetapi tidak mendarat di atasnya. – Agensi

MW: Ada duit, kaya semua boleh beli. Melancong ke bulan pun tak menjadi masalah. Wanita yang berminat bolehlah menghantar permohonan.Huhu

Sumber: Bharian