Ini perkongsian dari Cik Puan Idah Binti Basri tentang cara claim Wang Tak Dituntut dari akaun-akaun lama yang kita ada dan tak dituntut walau bertahun-tahun lamanya. Rupa-rupanya mudah saja caranya. Anda pasti terkejut tengok nilai duit tuntutan dekat RM14K ini. Dah macam harta karun pun ya.
Nak bagitau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uol boleh claim balik. Even RM20 30 ringgit diaorang akan pulangkan pada kita.
Just bawa IC ke Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut di Jabatan Akaun Negara, tingkat 42 Menara Maybank. Kalau tak pasti just bagi IC diaorang cek dan akan beritahu ada duit untuk dituntut atau tidak.
Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan. Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card n ada di antaranya duit dari syarikat insurance.
Ads
Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.
Pergi jangan tak pergi. Kena rajin dan usaha sikit.. haa tu ha dapat RM14K beb!!!
Tip Ringkas Nak Hantar Borang Claim Untuk Duit Tak Dituntut Bawah RM100
1. Cetak kad pengenalan depan belakang.
Ads
2. Cetak muka surat pertama akaun bank simpanan (kalau nak kreditkan wang tak dituntut dalam akaun bank yang aktif). Dengan ini tak perlulah ke kaunter 22.
3. Bawa bersama kad pengenalan dan buku bank (nak menunjukkan buku bank tu masih aktif).
Ads
4. Isi borang Wang Tak Dituntut
Nota Gambar
“Ramai yang masih was-was. Ini tadi kawan Kakyu pergi 19/7 dapatlah RM1000 lebih. Lepas apa duit tiket ke Perth”
Haa.. apa lagi? cepat-cepatlah tuntut wang yang tak dituntut yang ada dalam bank tu ya. Dimaklumkan tahun depan akan dibangunkan pula satu protal yang membolehkan orang ramai menyemak Wang Tak Dituntut ini. Jadi tak perlulah beratur panjang.
Aaron Aziz seru hentikan sebar video, pelakon yang berasal dari Singapura Datuk Aaron Aziz menyeru agar berhenti menyebarkan video mengenai ibu dua anak, Wan Nor Baizura Bharudin atau ‘Kak Long 7E’ yang kini tular di media sosial.
Aaron Aziz Seru Hentikan Sebar Video
Malah menerusi kapsyen sebuah hantaran di laman sosialnya, Aaron juga menyentuh mengenai setiap manusia yang tidak pernah ada yang sempurna.
“Tiada yang sempurna. Semua orang ada sikap buruk. Maafkanlah. Itu lagi mulia daripada nak memburuk-burukkan,” tulisnya.
Jagalah Maruah & Aib Anak Wanita Itu
Video yang mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut dan anaknya, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, di dalam kedai serbaneka yang dianggap biadab serta keterlaluan.
Selain video tersebut, turut tular video wanita terbabit bersikap kurang ajar terhadap kakitangan restoran makanan segera.
Malah Aaron juga turut menyentuh mengenai maruah dan aib anak kepada wanita itu.
“Di sini, saya minta jasa baik netizen semua untuk berhentilah memuat naik semula (repost) mengenai Kak Long 7E. Dia pun dah minta maaf dan pasti menyesal.
“Kasihan anaknya, nanti nak pergi sekolah malu diejek atau apa.
“Kita Doakan Yang Baik-Baik Saja.
“Cerita dah habis, jadi biarlah mereka sekeluarga tenang. “
“Saya pasti dia sudah belajar dan menerima pengajarannya,” kongsinya.
Jadikan Pengajaran – Komen Netizen
Di ruangan komen pula ramai yang setuju dengan pendapat hero drama popular Suamiku Lelaki Pendosa itu.
Rumah kampung yang ditinggalkan tak berpenghuni ini asalnya rumah bekas arwah nenek yang terletak di Tuaran, Sabah, Tuan Asri Meris Anthony. Idea transformasi, mengubah kediaman kampung menjadi rumah kedesaan Inggeris yang ohsem ini dilakukan oleh beliau dan isteri dengan daya imaginasi yang luar biasa dan kos material serba sederhana.
“Kami berkongsi beberapa gambar dari awal transformasi bermula sehingga ke hari ini, bukan untuk riak atau menunjuk. Tapi kami gembira dapat berkongsi idea transformasi kami yang mana diharap dapat memberi inspirasi kepada rakan yang lain.
“Ramai yang tanya budget keseluruhan renovate ini tapi kami tak ada jumlah atau budget yang khusus sebenarnya. Ini kerana kami membuat renovasi bila ada budget lebih dan ianya sedikit demi sedikit.
“Ini kerana kami bukanlah golongan ada-ada yang meletakkan budget selepuk untuk keseluruhan kos transformasi. Cukup dengan menggunakan daya imaginasi yang agak tinggi untuk menghasilkan apa yang diidamkan dengan material kos sederhana.”
Pasangan suami isteri ini, Tuan Asri Meris Anthonydan Puan Siti Rohani kerap kali ke luar negara, dalam penjelajahan itulah mereka memperoleh idea dekorasi kediaman. Setelah mendapat pekerjaan di Sabah, mereka mula menetap di rumah yang ditransformasikan itu. Pasangan ini juga merupakan admin group Kelab Deco Deco Rumah (KDDR) dan mereka banyak berkongsi tip dan informasi dekorasi dalam grup berkenaan.
Kronologi Transformasi Pada Setiap Gambar (Rujuk Tarikhnya)
Struktur Asal Dan Setelah Dicat Semula
Ini adalah struktur asal dan setelah dicat semula. Warna asal rumah ini adalah warna kuning lembut. Banyak kayu struktur asal telah reput dan rosak, terutamanya bahagian dinding dan tangga. So agak memerlukan kesabaran sedikit untuk memperbaiki setiap satu bahagian terutamanya bahagian dinding dalam.
Meratakan Tanah Bahagian Bawah Rumah
Proses kedua selepas mengecat adalah meratakan tanah di bahagian bawah rumah. Dalam masa yang sama juga kami menukarkan tingkap asal kepada yang lebih moden dan selari dengan tema “Inggeris” yang diidamkan..
Proses Tukar Tingkap
Hampir semua tingkap di setiap ruang ditukar dan ini memerlukan proses yang agak memakan masa kerana tukang ukur akan mengukur setiap satu tingkap dan membuat tingkap tersebut di kilang mereka selama hampir sebulan sebelum proses pemasangan bermula. Kami memilih frame putih dan clear glass yang mana bersesuaian dengan konsep English.
Membuang Kayu-kayu Reput
Proses pemasangan tingkap siap dan dalam masa yang sama beberapa kayu yang reput di bahagian dalam rumah mula ditukar kerana banyak struktur kayu yang telah reput.
Proses Menukar Pintu
Proses penukaran kayu yang reput di dalam rumah hampir siap & pada masa yang sama proses penukaran semua pintu bermula.
Proses Pembuatan Tangga Dan Balcony Bermula
Proses Menghias Ruang Balcony
Masa ni sangat-sangat excited sebab walaupun balcony dan tangga masih belum siap tapi keterujaan ingin menghias ruang balcony telah bermula.. hehehe.. Wiring lampu pun sudah mula dipasang.
Proses Pemasangan Dan Menunggu Proses Railing
Atap bahagian balcony dalam proses pemasangan & menunggu proses railing.
Siap Pemasangan Railing
Setelah pemasangan railings siap, hati mula berbunga-bunga cinta sebab gambaran design balcony & tangga yang diidamkan semakin nampak jelas.. hehehe
Proses Memasang Tiles
Masa ni pemasangan tiles di bahagian balcony & tangga sudah mula dipasang. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang direncanakan.
Inspirasi Konsep Shabby & Cottage
Alhamdulillah.. Setelah ruang balcony siap, pelbagai eksperimen dibuat utk menata rias ruang kecil ini. Semuanya adalah terinspirasi dari konsep “shabby & cottage”.
Menghias Ruang Tamu
Ini adalah ruang tamu kami yang sekangkang kera.. walaupun kecil tapi ianya dihias dengan penuh kasih sayang sehingga menjadi ruang favourite seisi keluarga.
Ruang Balcony Dihias Mengikut Mood Tuan Rumah
Ruang balcony sentiasa bertukar wajah dan berubah mengikut mood.. hehehe
Hasilnya Memang Luar Biasa!
Tadaaaaaa… Inilah hasilnya.. Walaupun bukanlah segah rumah banglo atau istana, tak semewah rumah orang lain, tapi Alhamdulillah kami happy dapat mengubah rumah yang pada asalnya terbiar lama & hampir reput berubah kepada istana impian kami sekeluarga yang penuh dengan kasih sayang.. hehehehe
Transformasi Paling Latest
Yang ni yang paling latest. Saja lari sikit dari konsep “all white”.. sebab inginkan kelainan & inginkan suasana sedikit elegan dengan menerapkan warna ‘royal blue’ terutamanya pada kain langsir.
Waaahh… dahsyat tengok kesan bilik air sebelum dan selepas yang dihasilkan oleh seorang mak-mak ini. Sangat berkesan dan cukup bersih!
Ya, sebenarnya pekerjaan mak-mak jadi lebih mudah kalau tahu caranya, apa lagi jika dapat tahu produk murah tetapi berkesan macam yang Doktor Hani Mynis kongsikan kali ini.
Nah, inilah masanya nak pulun kemas rumah dengan cara jimat… jom tengok barang apa yang mak-mak perlu cari untuk bersihkan tandas pula!
Cuci Tandas Kotor Dengan Cara Paling Berkesan
The downside of buying secondhand house, dia datang sekali dengan pakej bilik air yang kalau tengok boleh hilang selera makan seminggu.
Tapi berita baik nya, dapat lah hani buat tutorial untuk uols macam mana untuk buat deep cleaning bilik air.
Kecuali zip cream cleanser tu, semua bahan pencuci hani beli dari Eco.
1. Ni pun dah bersihkan sikit dengan air. Gambar sebelum lagi menakutkan, macam tengok cerita hantu.
Pastikan kikis dulu untuk hasil yang lebih bersih tanpa kerak.
2. Tuang clorox straight from bottle dia. Tak perlu bancuh dulu dengan air.
Hati-hati masa guna clorox ni takut terpercik kat mata ke. Pakai sarung tangan, face mask, goggles kalau perlu.
Biarkan peluntur tu bertindak balas dgn kotoran sambil kita buat kerja lain. 10-30 minit pun ok. Dibiarkan semalam lagi bagus.
3. Baca instruction kat botol dulu sebelum guna ya!
Safety first!.
4. Biarkan 15 minit dia bertindak balas lepas tu jirus dengan air. Jangan terkena kulit ya.
5. Lepas 15 minit jirus air kat acid stain remover tadi baru mula sental dengan magic span ya.
Haaa… mudah bukan? Selepas ini tak perlu pun nak upah orang luar cuci tandas sebab mak-mak pun boleh buat sendiri. Yang penting cari dulu barang-barang yang membantu mudahkan kerja mak-mak itu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.