Akan tiba satu masa bila kita pasrah dengan pasangan, apa yang dia lakukan bukan lagi menjadi keutamaan buat kita. Langsung tidak terkesan.
Mungkin selama ini mak-mak terlalu beremosi bila sang suami tidak berubah laku, puas diluah tetapi seakan mencurah air ke daun keladi. Kini hanya mampu dan berserah saja kepada Allah.
Jika dia mahu berubah, maka berubahlah. Jika tidak abaikan saja bila terlalu pasrah dengan pasangan. Betul tak?
Bila Sudah Pasrah Dengan Pasangan
Kongsi Firdaus Shakirin, bila kita sudah pasrah dengan pasangan. Maka apa yang dia buat bukan lagi satu keutamaan untuk kita fikirkan sehingga serabut fikiran…
Kita sudah tak lagi sakit hati, terasa hati atau pun ambil hati…emosi kita kekal tenang dan tenteram walaupun dia ada depan-depan…
Tanggungjawab jalan, kewajipan jalan…
Tak miss, tiada mogok, tak tunjuk perasaan… Deep inside, tak berharap langsung sesuatu yang luar biasa berlaku pada dia… Jika dia hendak macam itu sampai bila-bila pun ikut dia lah…
Usaha sudah, doa juga sudah dan tawakal pun sudah… Mungkin belum masanya untuk Allah bagi Hidayah kepada dirinya…
Ads
Apa Yang Dia Lakukan Bukan Lagi Menjadi Keutamaan
Bila kita akan pasrah dengan pasangan? Bila kita sudah cakap berkali-kali, bila kita sudah tegur berkali-kali, bila kita sudah nasihat berkali-kali tapi satu apa pun tak masuk ke dalam telinga dia, otak dia…
Dia tak nampak kebaikan dari apa yang cuba disampaikan…
Dia hanya nampak pasangannya itu hendak kawal dirinya, hendak sekat pergerakannya, hendak ganggu kebebasannya… Setakat itu saja yang dia boleh fikir dan mampu fikir…
Kerana jika kita masih hendak teruskan dengan beremosi atau terasa hati untuk setiap apa yang dia buat, maka kerja tak berjalan, hendak buat apapun terganggu dan yang penting, hendak beribadah pun tak boleh fokus…
Give your head and your heart a rest…stop thinking about it…
“I’m Done”
Mingguan Wanita : Pasrah bererti menyerah saja kepada Allah SWT, apa-apa yang berlaku selepas ini adalah atas kehendak Allah.
Sememangnya dari urusan kematian, mandi jenazah, solat dan pengebumian semuanya KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) uruskan, oleh itu hargailah setiap pengorbanan mereka.
Sekiranya terdapat sedikit kesalahan ketika mereka menguruskan pesakit, berbaik sangkalah. Jangan panjang-panjangkan aduan hingga ke pihak atasan.
Percayalah apa yang berlaku kadang-kadang di luar dugaan mereka. Mungkin terlalu penat melaksanakan tugas, terbeban dengan kerja lebih waktu kerana tidak cukup kakitangan tentu sahaja melelahkan.
Oleh itu, hargailah pengorbanan barisan hadapan dan apa yang berlaku kepada ahli keluarga atau kenalan terdekat adalah takdir yang ditentukan Allah.
Ikuti perkongsian Muharrik Daie ini dan cuba fahami apa yang disampaikan:
Abang ipar aku telah pergi meninggalkan dunia. Mati. Asbabnya Covid-19. Hakikatnya ajalnya sampai. Kalau tak kena Covid pun Abang ipar aku tetap akan meninggal mungkin dengan asbab yang lain.
Sebab janji, waktu dan tarikh meninggalnya telah ditetapkan di azali lagi. Kita wajib beriman dengan qada dan qadar Allah. Abang ipar aku meninggal di atas stretcher. Keseorangan, tiada teman. Itu yang doktor beritahu.
Meninggal keseorangan, di atas strecher pun atas kehendak Allah. Dan tempat itu juga telah ditetapkan. Itu pun kita kena akui dengan iman dan akidah yang kita faham. Jadi, orang yang berakidah tidak ada masalah dalam soal begini.
“Sampai hati KKM biarkan abang meninggal begitu Mal.” Rungut kakak aku pada aku.
“Itu sudah rezeki arwah kak.” Jawab aku ringkas.
“Kalau ya pun, masukkanlah dia dalam wad. Akak sudah pesan pada nurse itu ketika akak balik dari hantar abang tadi.” Ujar kakak aku sambil mengesat air matanya.
Aku diam membatu, tak nak jawab sikit pun dan aku biarkan akak aku dengan perasaannya. Biar dia menangis sepuas-puasnya. Aku tahu, bila air matanya sudah banyak keluar ia akan berhenti.
Kalau aku layan dan pujuk. Pasti dia akan mengajukan perasaan tak puas hatinya pada pihak hospital. Aku nak mengajarnya redha.
Redha dengan apa yang terjadi, walau di sisi manusiawinya, dia tetap rasa makhluk yang bersalah. Pihak hospital yang bersalah!
Tapi bagi aku, pihak hospital tak salah pun. Bukan abang aku saja yang mereka nak layan, malah ribuan lagi pesakit covid menjadi patient mereka. Memang tak terlayan. Waktu kalut ini kalau nasib baik, patient dapatlah masuk wad.
Kalau nasib tak baik, duduklah di atas kerusi roda atau strecher menunggu giliran dimasukkan ke wad. Katil memang tak cukup. Itu yang kita kena faham sangat-sangat.
Aku lihat wajah nurse (jururawat) dan doktor pun rasa kasihan sangat. Sudah tak rupa orang wajah-wajah mereka. Mungkin bertugas sehingga 14 jam sehari. Atau mungkin lebih.
Aku boleh bayangkan betapa berkecamuknya perasaan mereka. Dan letihnya zahir batin mereka menghadapi suasana ini. Berat mata memandang, berat lagi mereka memikul.
Itu belum lagi balik ke rumah hendak layan anak dan isteri atau suami. Mungkin dapat tidur sekejap saja untuk rehat. Esok rutin sama akan mereka lalui. Bayangkan, sudah dua tahun mereka hadapi suasana ini. Hanya mental dan semangat yang kuat saja boleh lalui tugas getir ini.
Bila aku baca berita ada seorang individu itu komplain pada media, bapa dia tidak dilayan dan mati kerana tak di beri oksigen dan selimut. Aku senyum saja.
Aku rasa tuduhan itu melampau, sebab kalaulah patient itu benar-benar perlu oksigen, sudah pasti diberi oleh doktor. Malah aku yakin mereka hanya akan memberikan oksigen kepada yang betul-betul memerlukan saja kerana oksigen pun terhad.
Tidak mungkin mereka biarkan patient mati tercungap-cungap begitu saja.
“Tak nak buat aduan ke Mal?” Tanya akak aku setelah berhenti menangis.
“Tak payahlah kak, abang pun sudah meninggal. Tak ada untung apa pun. Saya percaya hospital sudah pantau dan jaga elok tadi. Cuma ajalnya sudah sampai macam itu, hendak buat macam mana. Komplen pun bukan abang boleh hidup balik.” Tegas aku.
Akak aku menjeling aku. Aku tahu dia masih tak puas hati dengan pihak hospital dan nasihat aku. Tapi aku tetap terus memberi semangat untuk menyejukkan hatinya. Aku tak mahu dia ikutkan perasaan sedih dan geramnya.
Perempuan biasalah. Emosinya kena dicontrol. Jika tidak, macam- macam boleh berlaku. Dengan aku mungkin dia hormat. Tak berani hendak lawan cakap tapi kalau adik-beradik lain pasti diherdiknya.
Sewaktu pengebumian, aku dan kakak aku hanya dapat pandang dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan melihat kecuali setelah selesai pengebumian.
Sewaktu pihak hospital sedang mengali kubur dan menguruskan pengembumian, aku bisik pada kakak aku …
“Kak tengok kak, dari urusan kematian, mandi mayat, solat dan pengebumian dan sebagainya semua KKM uruskan. Letih mereka kak. Akak tak kasihan ke? Layanan bagaimanakah yang kita nak lagi?
“Hargailah pengorbanan mereka semua. Tak perlulah akak komplen-komplen dan simpan sesal dalam hati. Cukuplah. Kita tamatkan di sini. Semuanya sudah selamat diatur Allah. Kita doakan abang dan semua mereka yang telah membantu kita.” Ujarku sambil meramas bahu kakak yang aku sayangi.
Akak aku hanya mengangguk sambil mengesat sisa air matanya. Air mata terakhir bukti kasih pada suaminya yang telah pergi dan juga redhanya dia pada Allah atas ujian yang Allah timpakan padanya.
Sunyilah dia selepas ini tanpa usik senda teman syurganya. Aku pula, hanya menangis di dalam hati. Menangis sedih abang ipar yang aku sayangi pergi. Dan menangis mengenang kan giliran aku yang akan pergi. Mungkin esok atau lusa. Sesungguhnya mati itu datang dengan tiba-tiba. Mati itu benar dan banyak ibrahnya buat yang masih hidup.
Apa yang penting bagi aku dan bagi kita semua adalah, jagalah akidah kita dalam apa pun suasana. Bersabarlah dalam apa pun ketentuan Allah buat kita.
Kepada semua staf frontliners hospital dan sebagainya, kalian semua hebat. Jasa kalian semua memang tidak terbalas. Nasihat aku buat kalian semua, jaga niat dalam bertugas. Pastikan benar-benar berniat berkhidmat untuk Allah. Syurga menanti kalian. Amin.
Sebolehnya setiap mak ingin menjadi ibu terbaik buat anak-anak. Kadang-kadang ada rasa marah, geram dan sakit hati bila anak mula buat perangai. Tapi, kasih seorang ibu tidak akan sampai hati dibiarkan ras marah itu lama-lama.
Nak jadi ibu terbaik tidak perlu berlembut 24 jam. Ada masanya bila sudah penat dan anak masih buat hal yang kadang membangkitkan kemarahan, mesti akan keluar bebelan dan ‘cubitan’ manja untuk anak-anak.
Bagaimana nak jadi ibu terbaik untuk anak-anak. Ikuti perkongsian daripada Hanis Athirah Rusli ini agar kita tergolong dari ibu terbaik buat anak-anak.
Terlalu banyak tips dan cara yang tak beberapa realistik bagaimana menjadi
terbaikuntuk anak-anak. Ibu yang gembira sepanjang masa, cool, ceria, bertenaga untuk menjalankan tanggungjawab seharian merupakan penanda aras kita supaya kita berasa puas hati menjadi terbaik untuk anak-anak.
Hakikatnya, motherhood merupakan satu perjalanan dan perjuangan yang sangat panjang, penuh dengan cerita suka duka. Ada hari yang mengembirakan dan ada juga hari yang penuh dengan kekecewaan.
Tapi percayalah saat duka yang kita alami tak menjadikan kita seorang ibu yang gagal, cuma ianya hanya saat kita tergelincir jatuh kedalam motherhood trenches dan kita perlu bangun serta bangkit untuk teruskan perjuangan dan memelihara apa yang Allah amanahkan kepada kita.
Percayalah, kita tetap ibu yang baik, walaupun
Dalam dunia ini tiada langsung perkara yang boleh jadikan kita ibu yang baik dan sempurna. Kerana dalam dunia sementara ini tiada yang sempurna. Hanya pada Allah Maha Esa yang terdapat kesempurnaan. Semua ibu pernah lakukan kesilapan dan punya sejarah silam masing-masing.
Tapi Allah sediakan kita masa hadapan untuk kita perbaiki. Percayalah, Allah tidak pernah menghantar seseorang yakni anak penghuni rahim dalam kehidupan kita tanpa tujuan dan asbab yang jelas atau sia-sia.
Yang penting kita sayangi anak-anak kita, hiasi mereka walaupun ada kalanya terluah pelbagai emosi dan pengalaman yang berbeza. Namun tetap tak menjadikan kita ibu yang gagal.
Sama-sama kita doa dan perbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
“As a mama i’m not perfect. I make mistakes. I forget things. I lose my cool. And somedays I go a little crazy. But, it’s okay because in the end, no one could ever love my child the way I do.
Pernah tak ibu-ibu risau tak mampu menjadi yang terbaik untuk anak-anak? Rasa bersalah dan menyesal? Hakikatnya kita ibu yang baik bila kita terfikir bagaimana ingin menjadi yang terbaik untuk anak-anak.
Mingguan Wanita : Kadang-kadang, kita sebagai mak mesti ada rasa menyesal sebab tak mampu layan anak dengan baik. Tapi ketahuilah Allah hantar anak menghuni rahim kita atas asbab yang jelas untuk kita ada perasaan sayang anak-anak dan perbaiki dengan lebih baik lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ternyata rumah tangga bukan sekadar tempat melepaskan keinginan fitrah, tetapi ia memerlukan tanggungjawab kedua pihak sama ada dari suami ataupun isteri. Kedua-duanya harus saling bertanggungjawab atas ikatan yang telah terjalin.
Perkahwinan bukan perjanjian untuk hidup bersama sehari, dua sebaliknya hingga ke hujung nyawa. Bersamalah untuk belajar ilmu rumah tangga dan berusaha yang terbaik untuk rumah tangga.
Tanpa perlu menjadi orang lain, sebaliknya jadilah diri sendiri untuk menyempurnakan tanggungjawab mak,ayah kepada pasangan masing-masing. Tidak perlu bandingkan pasangan, sebaliknya terimalah dia seadanya.
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, sebuah perkahwinan adalah jalan untuk kita tenteram. Jalan untuk sepasang suami isteri mencari ketenangan.
Namun banyak berlaku hari ini bila suami isteri menjadikan rumah tangga cuma sebagai tempat melepaskan keinginan fitrah. Soal tanggungjawab hilang dan dibiarkan.
Kawan-kawan, Rumah tangga itu laluan ke syurga. Pertahankanlah biar apa pun berlaku. Kita tak diuji pasangan kita sakit. Kita tak Tuhan uji pasangan kita meninggal saat kita masih di awal perkahwinan.
Saya ada ramai kawan yang kehilangan pasangan dalam tempoh awal rumah tangga. Ada juga kawan yang sampai hari ini, temankan suami yang sedang sakit.
Mereka tabah. Mereka sabar dan tak pernah merungut. Malah gembira ceritakan tentang rumah tangga mereka.
Ujian kita kecil kawan-kawan. Sikit sangat. Pertahankanlah rumah tangga kita. Sampai akhir umur dunia kita.
Moga kalian semua ke syurga bersama pasangan kalian. Amin. Firdaus Mokhtar, Syukurnya ya Tuhan.
Mingguan Wanita : Sememangnya bukan mudah untuk mempertahankan rumah tangga. Namun jika mak, ayah saling bertanggungjawab, bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik, insyallah semuanya menjadi lebih mudah untuk membina bahagia bersama.