Bila Ibu Susah Cuma Beri Furqan Minum Susu Pekat Manis, Berulang Pula Ke Hospital Naik Turun Bas Ekspress

Si comel Muhammad Furqan Dzulkarnain Muhamad Firdausi, 5 ini anak istimewa. Sakitnya kronik sampai ibunya terpaksa rayu bantuan untuk membeli mesin oksigen dan pendakap lutut untuknya.

Sebabnya, ibu dan ayahnya benar-benar tidak mampu. Ibunya, Siti Asmahul Husnah Maarof, 24 cuma seorang suri rumah sepenuh masa. Suaminya pula hanya seorang pekerja kedai makan dengan pendapatan yang tidak seberapa.

Allah menguji keluarga ini dengan dihadirkan seorang anak comel yang mengalami Autism Spectrum Disorders (ASD) dan Attention Deficit-Hyperactivity Disorder (ADHD). Sejak umur dua tahun Furqan sudah menghidap penyakit ini.

Furqan juga dikesan ‘Global Development Delay’ diikuti masalah sendi dan tulang kaki kiri selain menghidap jangkitan kuman khusus pada salur darah utama.

Sebab itu, anak saya sangat memerlukan mesin oksigen dan pendakap kaki. Tapi saya tidak cukup wang untuk membelinya.”

Saya mohon bantuan Baitulmal. Kata pihak Baitulmal, mereka boleh biaya tapi separuh saja daripada kos peralatan yang mahu dibeli.”

IKLAN

 

Bila Ibu Susah Cuma Beri Furqan Minum Susu Pekat Manis, Berulang Pula Ke Hospital Naik Turun Bas Ekspress

Rayu Bantuan Beli Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut

Kerana ketidakcukupan wang, ibu ini kentalkan jiwa minta bantuan orang ramai. Keluarga ini sememangnya benar-benar tidak mampu untuk membeli peralatan perubatan yang Furqan perlukan.

Mahu ke Hospital Sultan Ismail (HSI) ini saja pun mereka perlu berulang turun naik bas. Selalunya jika ada temu janji dengan pihak hospital berangkatlah dua beranak ini naik bas.

IKLAN

Saya tak ada kenderaan sendiri. Terpaksalah naik bas ekspres dari Mersing jam 7.15 pagi. Dalam jam 10 baru sampai. Biasanya saya berhenti dekat pusat membeli belah di Tebrau sambung jalan kaki dengan anak ke HSI.

Balik dari hospital pun macam itulah juga. Kena ambil bas ekspress untuk balik ke Mersing.”

Bila Kesempitan, Cuma Beri Anak Minum Susu Pekat Manis

Bila dah berjalan jauh dan terdedah sebegitu, tentulah ianya tak bagus untuk Furqan. Lagi-lagi, anak istimewanya itu mudah diserang jangkitan kuman dan boleh melarat terkena lelah.

Sepatutnya dalam usia nak masuk pra-sekolah ini, Furqan dah boleh ke sekolah. “Saya dah tanya banyak pusat asuhan, tapi tak ada yang sanggup ambil anak saya. Dia masih pakai lampin pakai buang. Dia juga agak agresif bimbang tak mampu kendalikan Furqan.”

IKLAN

Itu pun saya minta tolong untuk tampung kos tambang pergi Johor (Bahru). Saya juga sudah mohon bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) tetapi ia dalam proses.

Suami buntu. Kos untuk anak lebih dari kemampuan suami saya. Di mana mahu membeli susu dan lampin pakai buang lagi. Bila tiba kesempitan wang, saya akan beri anak minum susu pekat manis. Anak pula dia tidak boleh terima nasi, cuma boleh makan biskut dan roti sahaja.”

Sayunya kisah Furqan ini, jika anda mahu menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan ke :

No. akaun : 6-8805730-10
Siti Asmahul Husnah Binti Maarof
Public Bank
Facebook : Husna Daus

Update Mesin Oksigen Dan Pendakap Lutut

Untuk mesin oksigen, saya tidak berapa pasti berapa harganya. Manakala pendakap kaki, saya diminta untuk cari di farmasi. Bagaimanapun, semua farmasi di Mersing tidak menjual peralatan ini.”

Sumber/Foto : Sinar Harian, Husna Daus

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI