Kadang-kadang, kita ‘naik pelik’ bila tengok cicak banyak di rumah. Sedangkan itu rumah baru dan entah dari mana datangnya binatang ini.

Selalunya, setiap rumah memang akan ada ‘penghuni’ yang tidak diundang ini. Bila malam yang senyap sunyi pun boleh dengar suara cicak. Ada masa bersahutan tanda cicak banyak kat rumah.

Kalau di kampung memang tak dinafikan sebab rumah dikelilingi pokok-pokok. Tapi kalau di bandar kita pun hairan macam mana ia boleh muncul. Walau bagaimanapun, cicak banyak di rumah jangan ambil ringan.

Jangan anggap kehadiran cicak di rumah ini tidak memberi kesan. Najisnya saja buat kita rasa ‘sakit hati’ sebab perlu bersihkan sebaik mungkin. Ini belum lagi kalau cicak banyak di rumah. Mahunya semua temapt ada dengan najisnya.

Selain itu, cicak banyak di rumah, jangan pandang ringan sebab antara salah satunya ia menjadi bahan pembawa sihir. Minta dijauhkan. Inilah yang dikongsikan oleh Mujahid Abdul, semoga ia memberi peringatan kepada kita semua.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Petua Mudah Atasi Masalah Tahi Cicak Di Tepi Tingkap Dan Lantai Dengan 3 Bahan Dapur

DIY Perangkap CICAK Mudah Jimat Kos, Guna Kotak & Double Sided Tape!

Info Lebih Menarik DI SINI

Cicak Banyak Di Rumah, Hati-Hati!

Dalam sebuah artikel yang pernah saya baca. Ternyata kita harus berhati hati jika di rumah banyak sekali cicak selain haiwan yang merugikan bernama tikus. Sebab itulah, cicak ini disunnahkan untuk di bunuh.

IKLAN
1. Kotoran Dan Bangkai Cicak Najis sShingga Membatalkan Wuduk Dan Solat

“Yang rajih adalah pendapat jumhur ulama, bahawa kotoran cicak dan juga bangkainya adalah termasuk najis. Sehingga wajib dihindari dan dibersihkan jika mengenai badan, pakaian atau tempat-tempat yang dipakai untuk beribadah. Wallahu a’lam”

2. Cicak Adalah Musuh Nabi Ibrahim a.s

Ia memiliki sifat munafik yakni berkhianat.

Dalam hadisnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda yang artinya: “Bahawasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya, kecuali cicak. Karena sesungguhnya cicak itu mengembus-embus api yang membakar Ibrahim.” (HR. Ahmad)

3. Pahala Membunuh Cicak

Dalam kitab Shahih Muslim disebutkan, “Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang kedua).”

4. Cicak Menjadi Bahan Sihir

Mungkin pernah terjadi, ada cicak yang tiba tiba sudah mati mengering atau hangus. Dan kita perlu waspada kerana cicak ini termasuk haiwan melata yang sering dijadikan media pembawa sihir.

IKLAN

Banyak dari golongan jin yang menjelma rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dir umah.

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan kepada kami bahwasannya jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama, jin yang selalu berterbangan (melayang) di udara, kedua, jin dalam wujud haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka berpergian” (HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang shahih).

5. Cicak Mengandung Bakteri Escherichia Coli (E Coli)

Mikroba yang terkandung dalam cicak bisa menyebabkan sakit perut dan membahayakan kesihatan tubuh.

Maka harus hati hati jika ada makanan atau minuman yang kejatuhan kotoran cicak.

Jngan lupa menutup makanan dan minuman kita di malam hari kerana kita tidak pernah tahu ada penyakit apa yang masuk ke dalamnya termasuk salah satunya jika cicak menjilatinya.

IKLAN

Rasulullah bersabda :
“Matikanlah lampu-lampu kalian, jika kalian hendak tidur. Dan tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bejana serta wadah-wadah makan dan minum kalian” (Hr Bukhori)

Mingguan Wanita : Semoga bermanfaat untuk semua. Jangan kesian, sunnah bila dibunuh.

Sumber: Mujahid Abdul

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI